omniture

CÎROC Raikan Pelancaran Global Vanila Perancis CÎROC

Diageo
2017-08-14 19:51 595

AMSTERDAM, 14 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Vodka ultra-premium CÎROC hari ini meraikan ketibaan produk mewahnya yang terkini dalam koleksi global perisa CÎROC: Vanila Perancis CÎROC

generated by system

generated by system

Variasi baharu ini menggandingkan rasa mewah dan berkrim vanila Perancis dengan tekstur lembut CÎROC yang begitu sempurna, bagi menghasilkan asas yang sempurna untuk meraikan majlis koktel.

Pengarah Jenama Global CÎROC Natalie Wills berkata, "Kami sentiasa berusaha untuk membawakan pengalaman sambutan keraian yang baharu, menyeronokkan dan mewah untuk pengguna kami. Vanila Perancis CÎROC akan melaksanakan tugas ini dengan sempurna – profil perisa yang begitu nikmat dan versatil menjadikannya amat sesuai dengan koktel paling hangat yang menjadi trend, serta begitu sempurna untuk sambutan keraian."

Perisa untuk sambutan sepanjang tahun ini dilancarkan bersama hidangan CÎROC-Star Martini, memanfaatkan populariti Porn Star Martini yang semakin meningkat.

Wills menyambung, "Porn Star Martini begitu popular, dengan pantas mendaki kedudukan koktel teratas yang menjadi trend dan kami melihatnya sebagai petanda permintaan yang semakin meningkat dalam seluruh pasaran kami. Gabungan antara vodka vanila yang lembut dengan pelbagai bahan yang jelas masam, disudahi dengan sedikit champagne, menjadikannya sebagai koktel sambutan keraian yang terunggul.

"Vanila Perancis CÎROC menawarkan pilihan yang amat mewah untuk menghasilkan Porn Star Martini terunggul, dan atas sebab inilah hero baharu kami yang dihidangkan untuk Vanila Perancis ialah CÎROC-Star Martini."

Vanila Perancis CÎROC dan CÎROC-Star Martini bakal diperkenalkan menerusi perdagangan dalaman dan luaran dalam seluruh pasaran global – termasuk AS, UK dan Global Travel - mulai Oktober 2017.

Pelancaran Vanila Perancis ini merupakan berita terkini daripada kempen #ONARRIVAL CÎROC, meletakkan CÎROC sebagai tumpuan detik 'ketibaan' sambutan keraian dalam fesyen dan budaya popular.

Baru-baru ini jenama ini mengukuhkan kedudukannya dalam kategori vodka super deluxe, dengan 5 mata peratusan perkongsian keuntungan di seluruh dunia (IWSR, 2016).

Wills menyimpulkan: "Vanila Perancis CÎROC memanfaatkan minat pengguna yang semakin meningkat terhadap kemewahan dan memenuhi kehendak pengguna yang turut meningkat terhadap vodka berperisa ultra-premium, di samping memanfaatkan populariti dan kedinamikan CÎROC yang semakin berkembang."

Vanila Perancis CÎROC berharga RRSP £38.67 / $33.99 untuk 70cl serta mempunyai ABV sebanyak 37.5%.

#CIROCFRENCHVANILLA #ONARRIVAL

CÎROC-STAR MARTINI 

35ml Vanila Perancis CÎROC

15ml Sirap Buah Markisa

10ml Aperitif Rubarb

25ml Puri Pic Putih

5ml Jus Lemon

50ml Champagne (sebagai tambahan)

Gelas Martini/ tidak bercampur / digoncang dan ditapis halus

Dihiasi dengan buah markisa dipotong separuh dan terapung dalam minuman.

Semua bahan-bahan kecuali champagne dimasukkan ke dalam tin Boston berserta ais, digoncang dan ditapis halus ke dalam gelas martini bersaiz besar. Champagne kemudiannya dituang ke dalam gelas kecil yang dihidangkan bersama.

Source: Diageo
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services