XINGYI, China, 15 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Persidangan Pelancongan Gunung dan Sukan Luar Antarabangsa 2017 bakal diadakan di Xingyi, ibu kota wilayah Qianxinan, satu kawasan yang terletak di bahagian barat daya wilayah Guizhou, China pada 15 Ogos 2017.
Olivier Balma, pemandu gunung alp Perancis dan pendaki gunung berpengalaman yang mendaki beberapa puncak gunung merentasi kawasan Qianxinan buat pertama kali sepuluh tahun lalu berkata, "Persekitaran mendaki batuan di kawasan ini benar-benar menakjubkan." Pada ketika itu, beliau mencatat lokasi yang didaki oleh beliau pada peta yang kemudiannya diedarkan kepada para pendaki, memberikan rujukan kepada lebih seratus pendaki gunung yang kemudiannya datang ke wilayah ini dan mendaki kawasan berbatu batan itu.
Sejak beberapa tahun lalu, peminat sukan luar telah melalui pengembaraan hebat dalam "Alam Gunung Ganang" ini yang merangkumi gunung ganang batu kapur kars, ngarai curam yang tidak terkira banyaknya dan juga kelompok air terjun yang indah.
Wilayah Guizhou, kawasan bergunung ganang yang menjanjikan pengalaman yang mendebarkan dan mencabar kepada pengembara dari serata dunia, kian meraih pengiktirafan dunia.
Persidangan tahun ini akan menganjurkan beberapa acara, termasuk Kejohanan Rali China, yang bakal diadakan di Jalan Berliku Dua puluh empat (Twenty-four Turn Road), Liga Kelab Belon Cina, Festival Berjalan Antarabangsa China-Perancis dan pertandingan lumba basikal antarabangsa. Sejumlah besar pendaki gunung alp, termasuk En. Balma, merancang untuk berkumpul di Qianxinan bagi menyertai acara ini.
Wilayah Qianxinan merupakan tempat yang sangat sesuai untuk menganjurkan acara-acara sukan pergunungan memandangkan ia menghimpunkan gunung ganang kars paling luas di seluruh dunia selain Wanfenglin (Hutan Sepuluh Ribu Puncak), salah satu daripada lima hutan puncak yang paling mengagumkan di China, dan Ngarai Ma Linghe, yang dirujuk oleh orang ramai sebagai "parut paling indah di dunia". Selain itu, fosil daripada Nothosaur, reptilia akuatik yang berkeliaran di kawasan ini yang kini merupakan Guizhou semasa zaman Trias kira-kira 210 juta tahun lalu, tersebar secara meluas di seluruh wilayah itu.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170811/1918654-1