omniture

Lufthansa Cargo Tubuhkan Kilang Ujian Bersama IBS Software

IBS Software
2017-08-18 11:48 748

FRANKFURT, Jerman, 18 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

IBS Software, penyedia penyelesaian IT yang terkemuka untuk industri penerbangan global, telah menubuhkan Kilang Ujian untuk Lufthansa Cargo bagi memastikan semua perisian aplikasinya sesuai dengan tujuan serta memenuhi piawaian kualiti tertinggi yang ditetapkan oleh Lufthansa Cargo untuk syarikatnya.

generated by system

Lufthansa Cargo, peneraju dunia dalam industri kargo udara, terkenal dengan proses-proses yang berkecekapan tinggi, keandalan serta kecemerlangan perkhidmatannya. Dengan Kilang Ujian ini, Lufthansa Cargo akan mendapat manfaat daripada pengetahuan domain kargo udara IBS dan pengalaman luas dalam membangunkan, menguji serta melaksanakan sistem bermisi kritikal untuk sejumlah besar syarikat penerbangan dan syarikat pelancongan di serata dunia.

IBS ialah rakan kongsi IT strategik untuk Lufthansa Cargo. Menurut perjanjian ini, IBS bertanggungjawab mengurus pengujian hujung-ke-hujung untuk semua aplikasi menerusi platform IT teras, membolehkan pengenalan yang lancar bagi penaiktarafan produk, perkhidmatan baharu serta hasil inovasi. Kilang Ujian ini juga menggunakan aset-aset didayakan IBS mencakupi rangka kerja ujian, proses yang terbukti serta instrumen yang cekap bagi menyediakan kelebihan kos dan kualiti kepada Lufthansa Cargo. Ia turut menjamin bahawa perkhidmatan ujian disediakan menerusi cara yang boleh diskala, fleksibel dan berkesan kos.

Dr. Jochen Göttelmann, Ketua Pegawai Maklumat Lufthansa Cargo AG berkata, "Dengan Kilang Ujian IBS, kami telah meningkatkan perkongsian strategik kami dengan IBS pada peringkat seterusnya. Dengan menggabungkan pembangunan produk, pelaksanaan projek dan jaminan kualiti yang penting untuk platform IT teras kami, kami berjaya mengurangkan tahap kerumitan IT dan menyelaraskan hubungan penyedia kami. Dengan IBS sebagai rakan kongsi dipercayai, kini kami mendapatkan perkhidmatan yang kritikal untuk perniagaan ini daripada satu pihak sahaja, dan memastikan peralihan projek menjadi operasi berjalan lancar."

"Pasukan Penentusahan dan Pengesahsahihan Bebas kami memainkan peranan penting dalam program IT Lufthansa Cargo dan kami berbangga dengan hakikat bahawa kami berupaya memenuhi jangkaan dan keperluan syarikat penerbangan kargo terkemuka yang terkenal dengan piawaian kualitinya yang tertinggi dalam industri. Kejayaan kami dapat dicapai menerusi kolaborasi yang luar biasa, profesionalisme dan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan Lufthansa Cargo dan IBS sepanjang penglibatan ini. Kami berbesar hati kerana dapat membawakan hubungan kerjasama ini ke peringkat seterusnya dengan menubuhkan Kilang Ujian ini, yang akan menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan strategi IT Lufthansa Cargo. Kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan Lufthansa Cargo yang mana teknologi akan memainkan peranan yang semakin penting pada tahun-tahun mendatang," kata Akshay Shrivastava, Naib Presiden Kanan & Ketua Global Perniagaan Perkhidmatan IBS.

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com

Untuk pertanyaan media
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran
bratati.ghosh@ibsplc.com

Source: IBS Software
Related Links:
Keywords: Air Freight Computer Software Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements