![]() |
Wonder Woman #1, Sensational Comics #1 dan All-Star Comics #8 bakal dijual dengan sebahagian perolehan diberikan kepada Trafficking Hope
SAN JOSE, California, 19 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, tiga daripada buku komik Wonder Woman yang paling jarang ditemui sepanjang zaman akan dijual melalui eBay mulai 17 Ogos pada jam 5 petang PDT — Wonder Woman #1 CGC 9.0, Sensational Comics #1 CGC 9.6 dan All-Star Comics #8 CGC 9.4. Koleksi buku komik yang unik ini telah menghasilkan salinan bergred tertinggi tunggal Sensation Comics #1 dan All-Star Comics #8. Dua daripada komik ini hanya dikatakan akan muncul dalam keadaan yang memecah rekod ini sehingga kini, menjadikan hal ini detik yang menarik untuk sejarah buku komik dan para peminat Wonder Woman di seluruh dunia. Layari: www.eBay.com/WonderWoman
Wonder Woman membuat kemunculan sulung buku komiknya dalam All Star Comics #8 pada bulan Disember 1941. Kemunculan sulung pada muka hadapan ini diikuti dengan Sensational Comics #1 bagi edisi Januari 1942, serta komik penuh yang pertama dikhususkan eksklusif untuknya ialah Wonder Woman #1 pada bulan Julai berikutnya. Secara keseluruhan, ketiga-tiga buku komik ini membuat kemunculan sulung yang definitif, karya seni muka hadapan dan asal usul Wonder Woman sebagai watak buku komik yang memberi inspirasi dan disayangi.
Komik-komik ini dijual melalui eBay oleh penjual Darren Adams, pemilik Pristine Comics. Terdahulu, Darren menjual Action Comics #1 melalui eBay pada tahun 2014, dengan rekod sebanyak $3.2 juta. "Sebagai pengumpul buku komik, ketiga-tiga buku komik Wonder Woman ini adalah benar-benar unik. Ketiga-tiganya dalam keadaan yang hampir sempurna, yang benar-benar mengujakan saya selaku seorang pengumpul – apabila memikirkan komik dalam keadaan seperti ini, yang berusia lebih 75 tahun, masih lagi wujud di luar sana," kata Adams. "eBay melaksanakan tugas yang luar biasa dengan membantu saya menjual Action Comics #1 beberapa tahun lalu, dan saya amat yakin pasaran global mereka akan membantu mendekati dan berhubung dengan para peminat buku komik yang lain seperti saya melalui jualan ini."
Jualan Wonder Woman akan datang dijangka akan turut memecahkan rekod. Sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada Trafficking Hope, sebuah badan bukan untung khusus untuk mencegah penyeludupan manusia, melalui eBay for Charity.
"Dengan peningkatan populariti francais Wonder Woman tahun ini, kami berasa teruja kerana berupaya membawakan tiga buku komik paling penting ini daripada kisah asal Zaman Kegemilangannya kepada 171 juta pengguna eBay. eBay memberikan akses kepada item yang tidak dapat ditemui di tempat lain dan kami teruja kerana dapat memberi peluang kepada pembeli untuk memiliki buku komik penting Wonder Woman bersejarah yang definitif dan bergred tertinggi ini," kata Sam Bright, Pengarah Kanan Seni & Kolektibel di eBay.
eBay & Wonder Woman menurut Angka – Global
eBay & Wonder Woman menurut Angka – A.S.
*Data dikumpulkan daripada jualan barangan Wonder Woman eBay antara 1 Januari 2004 – 10 Julai 2017.
Latar Belakang eBay
eBay Inc. (NASDAQ: EBAY) ialah peneraju perdagangan global termasuk platform-platform Marketplace, StubHub dan Classifieds. Secara keseluruhan, kami menghubungkan berjuta-juta pembeli dan penjual di seluruh dunia, memperkasakan orang ramai dan mencipta peluang melalui Perdagangan Terhubung. Diasaskan pada tahun 1995 di San Jose, California, eBay ialah salah satu daripada pasaran terbesar dan paling menarik di dunia bagi mendapatkan nilai hebat dan seleksi unik. Pada tahun 2016, eBay memperoleh jumlah kasar barangan sebanyak $84 bilion. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat dan portfolio globalnya yang terdiri daripada jenama-jenama dalam talian, layari www.ebayinc.com.
Video - https://www.youtube.com/watch?v=CNxLkjhfSac&feature=youtu.be
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/546101/Final_WW_Image.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/546100/FINAL_Wonder_Woman_Infographic.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/456314/eBay_Logo.jpg