omniture

Zacapa: Selamat Datang Ke Revolusi Rum

Zacapa
2017-08-23 17:56 749

BANDAR RAYA MEXICO, 23 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Rum 'kraf' mewah, diterajui Zacapa, kini begitu popular – bakal dihidangkan dalam koktel berdekatan anda!

Rum benar-benar mengubah reputasinya yang sebelum ini terkenal sebagai minuman beralkohol hanya untuk sang lanun. Ia kini mengambil tempat dalam menu minuman di bar-bar paling terkenal, dinikmati oleh golongan yang amat sofistikated sebagai aperitif dan menukar selera peminum wiski dan cognac selepas makan malam yang paling fanatik, menjadi minuman pilihan untuk percernaan mereka.

generated by system

Transformasi ini membentuk sebahagian daripada revolusi koktel lebih luas yang semakin muncul, dengan beberapa bar melaporkan peningkatan lebih 400%[1] bagi jualan koktel dalam tempoh lima tahun lalu sahaja. Walau bagaimanapun, ia bukan sahaja sebarang koktel, orang ramai semakin mengalihkan perhatian mereka kepada kualiti koktel mereka, dengan hampir 80%[2] pengguna UK mengakui mereka gembira membayar lebih untuk hidangan koktel premium dengan bahan-bahan berkualiti tinggi.

Beberapa pakar pengadun menyatakan gin dan wiski telahpun melepasi fasa tumpuan ramai dan kini tibalah masanya untuk rum pula mengambil tempat di atas pentas. Digemari oleh pengguna dan pelayan bar seluruh dunia, rum jelas sekali menjadi minuman beralkohol pilihan bagi menghasilkan koktel untuk setiap rasa.

Di mana lagi lokasi yang lebih baik untuk mencuba minuman beralkohol gelap yang misteri ini melainkan pusingan akhir Pelayan Bar Bertaraf Dunia Terbaik Tahunan minggu ini, yang dianjurkan di Bandar Raya Mexico pada tahun ini. Sidang kemuncak antarabangsa ini menghimpunkan pelayan-pelayan bar terbaik dunia selain pakar-pakar terkemuka dunia bagi menonjolkan dan meramalkan trend adunan masa depan.

Turut berkongsi beberapa rahsia di sebalik kejayaan rum mewah yang terkenal di dunia ialah Lorena Vasquez, Pakar Pengadun Zacapa, "Kami melihat lebih ramai pelayan bar yang mengesyorkan untuk menikmati rum dengan cara yang sama seperti wiski dan cognac –disejukkan – yang memperkenalkan cecair hebat ini kepada orang ramai seluruh dunia. Zacapa benar-benar merupakan rum dengan rasa mewah yang paling hebat, khususnya apabila dihidangkan tanpa ais, namun begitu, kedalaman rasanya yang unik, kekayaan aroma dan kebolehsesuaian turut menjadikannya begitu sempurna untuk koktel."

"Pada masa kini, orang ramai mengharapkan lebih lagi daripada minuman mereka, minuman yang menceritakan suatu kisah dan mencipta pengalaman. Di Zacapa, itulah yang kami lakukan dan bagi kami, tiada pengalaman mewah yang lebih hebat berbanding masa. Masa ialah salah satu daripada bahan kami yang paling penting, masa bukan sekadar digunakan untuk memiliki kehidupan, tetapi juga untuk menghargainya."

"Kami memberi tumpuan terhadapnya pada setiap peringkat dalam menghasilkan Zacapa. Bermula dengan mengambil masa untuk memilih gula tebu asli terbaik, kepada proses matang kami yang unik, serta kemahiran tangan menghasilkan jalur 'petate' Mayan untuk setiap botol. Masa memainkan peranan penting dalam setiap aspek perjalanan. Ia sama penting apabila setiap orang mengambil masa untuk menikmati kemewahan yang seketika tatkala mereka merasai setiap hirupan. Ia merupakan suatu falsafah yang kami gelarkan sebagai Seni Perlahan dan falsafah ini juga membuahkan hasil."

Rum bukan sahaja mendapat tempat di bar, tetapi juga di meja makan malam. Lebih ramai orang yang beralih kepada rum bagi menikmati saat kepuasan mewah selepas makan malam.

Montserrat De Rojas, Pengarah Pemasaran Global, Zacapa, berkata, "Zacapa bukan sahaja menjadi elemen penting dalam koktel, ia mengugat dan mengambil tempat minuman beralkohol selepas makan malam tradisional seperti cognac dan wiski sebagai minuman alternatif untuk percernaan. Dengan cadangan daripada cef-cef yang dihormati, rasanya yang beraneka dan hangat menjadikannya rum yang sempurna untuk dihirup dan dinikmati bersama rakan-rakan seusai menjamu selera."

Lain kali apabila anda berada di bar atau menghabiskan hidangan yang lazat, pesanlah Zacapa 23 tanpa ais dan jadilah sebahagian daripada revolusi rum.

Nikmati Zacapa dengan berhemah. Layari http://www.DRINKiQ.com.

[1]

The Spirits Business 2017

[2]

The Spirits Business 2017

 

Source: Zacapa
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services