omniture

Solar Bankers Guna Teknologi Rantaian Blok Bangunkan Ekosistem Elektrik Digital

Solar Bankers
2017-08-23 20:46 740

SINGAPURA, 23 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat tenaga suria Solar Bankers Singapore melancarkan Tawaran Duit Awalan pada bulan November untuk membiayai pembangunan komuniti tenaga tempatan di mana pengguna bebas menghasilkan dan memperdagangkan elektrik. Ahli gabungan Solar Bankers Singapore di Arizona, Solar Bankers LLC, dikenali kerana telah membangunkan dan mempatenkan satu siri penyelesaian fotovolta inovatif, termasuk filem berasaskan hologram yang menapis dan menumpukan kemasukkan cahaya matahari untuk membuatkan panel suria lebih cekap dan lebih murah.

generated by system

generated by system

Solar Bankers bekerjasama dengan syarikat teknologi rantaian blok China, ShellPay, untuk mempromosikan desentralisasi secara borongan semua infrastruktur pengeluaran, penghantaran dan pertukaran elektrik. Perkongsian ini merancang untuk menjadikan penjanaan tenaga dan pengedarannya lebih hijau dan lebih cekap dengan membekalkan isi rumah dengan peranti PV canggih Solar Bankers dan menghubungkannya melalui grid-mikro tempatan. Ia membolehkan pengguna menghasilkan elektrik sendiri dan menjual lebihannya dengan harga yang berdaya saing kepada jiran mereka di pasaran tempatan. Pada masa yang sama pemilik peranti memperoleh sumber pendapatan tambahan, kos pengangkutan yang lebih murah akan menyediakan pengguna pasif dengan elektrik yang lebih murah. Urus niaga akan diuruskan oleh kontrak pintar berdasarkan platform rantaian blok ShellPay yang ditambah baik, menjadikan pengantara birokrasi yang besar sesuatu yang sudah tidak lagi digunakan. SunCoin, token-kripto Solar Bankers bertindak sebagai medium pertukaran dalam rangkaian perdagangan tenaga tempatan ini.

Bagi membiayai pembangunan perisian dan meter pintar untuk menjejaki dan menguruskan pertukaran, perkongsian ini bergabung dengan komuniti firma teknologi yang semakin berkembang menggunakan pembiayaan ramai berasaskan rantaian blok. Pembangunan grid awal dirancang akan dilaksanakan di China. Perkongsian ini berharap untuk mempromosikan ekonomi tempatan dengan membantu pengguna mengambil bahagian dalam pengeluaran tenaga. Pendekatan kepada ekosistem elektrik ini memberikan lebih manfaat kepada negara-negara membangun, di mana kerajaan menghadapi halangan kos yang besar untuk memusatkan pengelektrikan di luar bandar.

Hubungi: Carlo Maragliano, Ketua Pegawai Teknologi Solar Bankers: +352691585670, carlo.maragliano@solarbankers.com.

Source: Solar Bankers
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Electronic Commerce Utilities New products/services