omniture

Pengerusi DAMAC Tinjau Pasaran Hartanah Terhangat Toronto Semasa Lawatan ke Kanada

Pertemuan dengan Datuk Bandar Toronto John Tory dedahkan permintaan berterusan kondominium dan rumah oleh penduduk Kanada dan warga asing
DAMAC Properties
2017-08-24 21:34 719

DUBAI, United Arab Emirates, 24 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Pasaran hartanah Toronto terus menyaksikan permintaan kukuh, menurut Pengerusi Antarabangsa DAMAC, Hussain Sajwani, berikutan kunjungan beliau ke bandar tersebut semasa lawatan perniagaan ke Kanada minggu ini bagi meninjau peluang pelaburan baharu.

generated by system

Semasa mengadakan mesyuarat dengan Datuk Bandar Toronto, John Tory, Sajwani memuji kepelbagaian masyarakat Toronto, yang terus menarik golongan profesional berkemahiran tinggi dari seluruh dunia selain pihak pelabur antarabangsa yang ingin bertapak dalam sektor hartanah yang menguntungkan di Toronto. Permintaan kukuh terhadap kondominium dan rumah keluarga di Kawasan Toronto Lebih Besar terus menjadikan bandar tersebut sebagai lokasi pelaburan yang ideal.

"Dari satu segi, Toronto dan Dubai mempunyai beberapa persamaan, memandangkan kedua-dua bandar terus menarik golongan profesional yang berkemahiran dan pihak pelabur yang mencari pasaran yang stabil serta mesra untuk menikmati kehidupan berkeluarga sambil menawarkan pulangan pelaburan yang kukuh atas pembelian hartanah," kata Sajwani. "Kedua-dua bandar merupakan peneraju dalam menarik bakat terbaik dari seluruh dunia, menawarkan persekitaran yang beraneka dan pelbagai budaya yang selamat, bertenaga dan mesra keluarga, namun paling penting, kedua-dua bandar mempunyai pasaran hartanah yang berkembang pesat yang terus menunjukkan ketahanan serta keupayaan memberikan pulangan yang mantap."

Toronto mengalami kenaikan harga hartanah sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh permintaan berterusan oleh penduduk dan warga asing. Agensi perumahan persekutuan Kanada, Canada Mortgage and Housing Corp. (CMHC), berkata penstabilan harga semasa tidak kekal lama, dan tindak balas pasaran yang serta merta terhadap pengenalan oleh kerajaan Ontario baru-baru ini yang melibatkan cukai 15 peratus kepada pembeli asing, bertujuan untuk memperlahankan kadar kenaikan harga rumah yang melampau.

DAMAC terus meninjau peluang antarabangsa di luar negara yang akan membolehkannya memperluas pengaruh globalnya melangkaui Timur Tengah. Pada 14 Ogos 2017, ia mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama tahun 2017, yang menunjukkan jualan tempahan kira-kira sebanyak USD 1.1 bilion dan penyerahan lebih 1,000 unit di pembangunan induk DAMAC Hills, menjadikan jumlah unit keseluruhan yang diserahkan melebihi 3,100 unit.

Sejak tahun 2002, DAMAC telah menyempurnakan lebih 19,000 kediaman dan lebih 44,000 unit pada pelbagai peringkat pembangunan. Pengaruh Syarikat melangkaui seluruh Timur Tengah dengan projek-projek utama berada di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan, United Kingdom dan Oman.

Dapatkan maklumat lanjut di http://www.damacproperties.com

DAMAC Properties telah menerajui pasaran hartanah mewah Timur Tengah sejak tahun 2002 - memberikan pengalaman hidup mewah kepada penduduk dari seluruh dunia. Mencipta nama pada tahap tertinggi bagi kehidupan bergaya, DAMAC Properties mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju mewah utama di rantau ini, menawarkan reka bentuk ikonik dan kualiti terbaik. Pengaruh syarikat kini melangkaui seluruh Timur Tengah menerusi projek-projek di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan dan juga United Kingdom.

Setakat 30 Jun 2017, DAMAC Properties telah menyempurnakan hampir 19,000 kediaman. Syarikat ini mempunyai portfolio pembangunan melibatkan lebih 44,000 unit rumah pada pelbagai peringkat kemajuan dan perancangan, merangkumi lebih 13,000 bilik hotel, pangsapuri berservis dan vila hotel, yang akan diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts. Berbekalkan visi dan momentum, DAMAC Properties kini membina kehidupan mewah Timur Tengah generasi akan datang.

Ikuti DAMAC Properties melalui Facebook, Twitter (@DAMACofficial) dan YouTube.

Source: DAMAC Properties
Keywords: Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Economic news, trends, analysis