omniture

Keuntungan 6 bulan ZTE Meningkat 29.8% dalam Jualan Rangkaian Mudah Alih dan Peranti Lebih Tinggi

ZTE Corporation
2017-08-25 23:40 817

SHENZHEN, China, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, melaporkan peningkatan sebanyak 29.8% keuntungan bersih pada separuh pertama, dikuasakan oleh pertumbuhan dalam rangkaian mudah alih syarikat dan perniagaan telefon pintar.

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham biasa bagi syarikat yang tersenarai melonjak kepada RMB 2.29 bilion dalam tempoh enam bulan pertama, menurut pengumuman tentang keputusan ZTE hari ini. Pendapatan asas sesaham meningkat kepada RMB 0.55. Perolehan pada separuh pertama pula meningkat sebanyak 13.1% kepada RMB 54.01 bilion.

Perbelanjaan untuk penyelidikan & pembangunan (R&D) ZTE meningkat kepada RMB 6.68 bilion pada separuh pertama, atau sebanyak 12.4% daripada perolehan. Ini menjadikan perbelanjaan R&D syarikat melebihi RMB 10 bilion sejak 12 bulan lalu, memandangkan ZTE menumpu pada inovasi dalam 5G, IoT dan pengkomputeran awan untuk meningkatkan daya saing keseluruhannya. Pada bulan Mac 2017, syarikat menduduki kedudukan No. 1 dalam senarai permohonan paten terkini Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), memperlihatkan peningkatan tumpuan syarikat terhadap penyelidikan dan pembangunan untuk teknologi-teknologi generasi seterusnya.

Bagi divisyen Rangkaian Pembawa, yang menyumbang sebanyak 59.9% daripada perolehan, ZTE terus mengukuhkan pelaburannya dalam teknologi-teknologi 5G termasuk rangkaian tanpa wayar dan pembawa 5G. Disokong oleh kepimpinannya dalam teknologi 5G, syarikat komited untuk membantu pembawa menggunakan inovasi rangkaian terkini dan lancar berubah daripada rangkaian 4.5G yang menyokong transformasi digital berterusan dalam kalangan pengendali seluruh dunia.

Bagi Rangkaian Tanpa Wayar, portfolio LTE ZTE dipilih sebagai satu-satunya 'Peneraju' dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh GlobalData. Hasil inovasi dan kepimpinan berterusannya dalam teknologi-teknologi 4G dan 5G, syarikat telah melakar kejayaan yang stabil dalam pasaran global, dan menggunakan lebih 60 rangkaian Pra5G selain 240 rangkaian SDN dan NFV di seluruh dunia.

Bagi Rangkaian Talian Dawai, ZTE mencapai kejayaan cemerlang dalam virtualisasi rangkaian, transmisi optik 100G dan lapangan akses optik generasi seterusnya. ZTE turut menjalin kerjasama yang meluas bersama pengendali telekomunikasi dari Jerman, Sepanyol, Jepun, Rusia, Thailand dan China dalam lapangan rangkaian tetap dan pembawa, dengan itu membantu pengendali, kerajaan dan perusahaan peringkat global merealisasikan transformasi rangkaian dan peningkatan nilai.

ZTE mencapai pertumbuhan sebanyak 41.7 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam penghantaran cip yang dikeluarkan sendiri pada separuh pertama tahun 2017. Pada separuh pertama itu, cip jalur asas perisian berbilang-mod Pra5G ZTE dihantar kepada pengendali antarabangsa terkemuka, dan cip IoT syarikat turut menjalani ujian kebolehoperasian dengan vendor-vendor berbeza. ZTE menjadi peneraju dalam mengaplikasikan penyiaran VR dalam aktiviti-aktiviti sosial secara besar-besaran, dan merupakan yang pertama melancarkan penyelesaian berasaskan MaaP dalam industri ini. Ia menyelesaikan ujian kebolehoperasian RCS bersama tiga pengendali telekomunikasi utama di China, mempercepatkan penggunaan komersial RCS di China. Syarikat juga melancarkan uSmartAI, satu penyelesaian robot pintar.

Bagi divisyen Pengguna, ZTE memperlihatkan pertumbuhan dalam pendapatan operasi dan keuntungan kasar. Saluran jualan telefon bimbit syarikat mencakupi lebih 160 negara dan wilayah. ZTE menduduki tempat keempat dalam pasaran telefon pintar AS dan berada dalam kalangan lima negara terbaik termasuk Australia, Jerman, Kanada dan Spain. Penghantaran STB terminal ZTE mencapai peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun sebelumnya pada separuh pertama, melebihi kadar penghantaran tahunan pada tahun 2016.

ZTE mewujudkan operasi Perniagaan Perusahaan domestiknya pada tahun 2017, yang akan menumpu pada penggunaan transit rel, pembiayaan dan urusan kerajaan. Ia akan terus menjadi keutamaan dalam pasaran komunikasi bersepadu transit rel domestik.

Syarikat juga akan terus mengukuhkan pelaburannya terhadap teknologi utama dan pasaran penting, di samping mengukuhkan pengurusan pematuhan, kawalan dalaman dan faedah pekerja serta pemegang saham. Pada bulan April, syarikat mengeluarkan opsyen saham kepada lebih 2,000 kakitangan bagi meningkatkan insentif.

Melihat ke hadapan, syarikat akan komited untuk menjadi perintis dalam teknologi 5G, menjadi peneraju dalam pempiawaian, perspektif teknikal serta pengkomersialan. Pada masa depan, syarikat akan tetap mengukuhkan pelaburannya dalam dua aspek – teknologi-teknologi penting seperti rangkaian tanpa wayar 5G dan pembawa 5G, selain akan menumpu pada pasaran-pasaran utama dan para pelanggan.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:


Margrete Ma

Mark Lee

ZTE Corporation

Cohn & Wolfe

Tel: +86 755 26775207

Tel: +852 36651008

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: mark.lee@cohnwolfe.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings