omniture

Osram ambil alih penyedia platform perisian terkemuka A.S.

- Pengambilalihan Digital Lumens perkukuh portfolio untuk aplikasi Internet Komunikasi Benda (IoT) berdasarkan sistem pencahayaan yang disambungkan dalam bangunan perindustrian
- Melalui sensor bersepadu, platform mudahkan aplikasi tersuai selain kawalan pencahayaan
Osram
2017-08-28 09:47 702

SHANGHAI28 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Osram bersetuju mengambil alih Digital Lumens Inc., sebuah syarikat A.S. yang berpangkalan di Boston, Massachusetts yang mengkhusus dalam penyelesaian IoT perindustrian. Ditubuhkan pada tahun 2008, Digital Lumens menggaji 65 kakitangan dan pada tahun fiskal yang lepas menjana jualan dengan nilai pertengahan dua angka jutaan dolar AS. Platform perisian Digital Lumens boleh digunakan untuk menjalankan aplikasi meliputi semua aspek, bermula daripada kawalan pencahayaan pintar, penggunaan tenaga dan sistem keselamatan kepada pengukuran parameter alam sekitar seperti kualiti udara. Platform berasaskan awan ini serasi dengan komponen serta perkakasan daripada pengeluar lain. Digital Lumens membangunkan kumpulan pelanggan yang mantap untuk penyelesaian IoT perindustian, menerusi lebih 2,500 pemasangan.

"Pengambilalihan Digital Lumens meletakkan Osram dalam kedudukan kukuh dari segi penawaran penyelesaian digital bertumpukan masa depan untuk sektor pengurusan kemudahan dan aplikasi IoT," kata Stefan Kampmann, Ketua Pegawai Teknologi OSRAM Licht AG. "Dengan menggabungkan perisian dan sensor dalam satu platform, kami berupaya memberikan perniagaan dengan maklumat lebih mendalam tentang persekitaran dalam bangunan dan penggunaan ruang mereka. Sebagai sebuah syarikat yang memahami ruang, Osram mengambil langkah seterusnya dalam usaha membangunkan model-model perniagaan baharu yang melangkaui sistem pencahayaan. Lebih-lebih lagi, platform ini turut serasi dengan produk lampu yang dibuat oleh pengeluar lain."

Pengambilalihan Digital Lumens daripada sekumpulan pelabur modal usaha niaga akan membolehkan Osram mengembangkan perniagaannya dengan penyelesaian lampu digital dan menambah kepakarannya dalam perisian, sensor dan ketersambungan. Para pelanggan yang menggunakan penyelesaian IoT berasaskan awan Digital Lumens membayar caj perkhidmatan secara bulanan untuk mengakses data yang sentiasa direkod dan dianalisis oleh sistem pengurusan pencahayaan mereka. Ini membolehkan mereka mengoptimumkan proses perniagaan dan mendokumentasi pemboleh ubah persekitaran yang penting untuk proses.

"Saya berbesar hati kerana kami akan bekerjasama dengan pakar-pakar teknologi OSRAM bagi menerajui jalan demi pertumbuhan selanjutnya dan aplikasi pelanggan baharu. Pelanggan sedia ada dan masa depan kami boleh mengharapkan inovasi yang lebih bernilai tambah," kata Tom Pincince, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Digital Lumens.

Perancangan telah dibuat untuk menggabungkan beberapa perkhidmatan digital sedia ada Osram ke dalam platform. Ini termasuk penyelesaian navigasi dan lokasi Einstone, yang menggunakan Bluetooth untuk menghantar tawaran sasaran kepada telefon pintar orang ramai, sebagai contoh apabila mereka berada dalam persekitaran runcit. Dalam satu projek rintis, peningkatan jualan yang ketara dan boleh diukur telah dicapai, dengan Einstone berjaya meraih Anugerah Penyelesaian Dalam Kedai Terbaik sempena pameran perdagangan Euroshop 2017.

Dengan meneruskan perniagaan produk dan perkhidmatan sedia adanya, Osram bakal meningkatkan pengukuhan kedudukannya bukan sahaja sebagai penyedia aplikasi IoT perindustrian berasaskan platform, tetapi juga sebagai rakan kongsi untuk penyelesaian yang dibuat khusus, yang mengoptimumkan proses-proses dalam bangunan.

LATAR BELAKANG OSRAM

OSRAM, yang berpangkalan di Munich, ialah pengeluar lampu terkemuka di dunia, yang mencatat sejarah sejak 100 tahun lalu. Portfolio produk merangkumi aplikasi berteknologi tinggi berasaskan teknologi semikonduktor seperti inframerah atau cahaya laser. Produk-produk ini digunakan untuk pelbagai aplikasi, bermula daripada realiti maya, pemanduan automatik atau telefon bimbit kepada penyelesaian lampu pintar dan terhubung di dalam bangunan dan juga di bandar-bandar. Bagi lampu automotif, syarikat ini merupakan peneraju pasaran dan juga teknologi. Berasaskan operasinya yang berterusan (tidak termasuk Ledvance), OSRAM menggaji kira-kira 24,600 kakitangan di seluruh dunia pada akhir tahun fiskal 2016 (30 September) dan menjana hasil berjumlah hampir €3.8 bilion pada tahun fiskal tersebut. Syarikat ini juga tersenarai dalam bursa saham di Frankfurt dan Munich di bawah WKN 'LED 400' (kod bursa saham: OSR). Maklumat tambahan disediakan di www.osram.com.

Penafian  

Dokumen ini mengandungi kenyataan dan maklumat berkaitan perniagaan masa depan dan prestasi kewangan serta pembangunan akan datang yang mungkin merupakan kenyataan jangkaan – iaitu kenyataan tentang proses-proses yang berlaku pada masa depan, dan bukan pada masa lalu. Kenyataan-kenyataan berkaitan masa depan ini boleh dikenal pasti melalui ungkapan seperti "menjangka", "mengharapkan", "ingin", "merancang", "percaya", "bercita-cita", "menganggarkan", "akan", "meramalkan" atau perkataan-perkataan dengan maksud yang serupa. Kenyataan-kenyataan sedemikian adalah berdasarkan jangkaan semasa dan andaian tertentu berhubung pengurusan OSRAM. Oleh yang demikian, kenyataan-kenyataan ini tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian tertentu. Pelbagai faktor, yang kebanyakkannya adalah di luar kawalan OSRAM, menjejaskan operasi, prestasi, strategi perniagaan dan keputusan OSRAM dan boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar OSRAM berbeza dengan ketara berbanding mana-mana keputusan, prestasi atau pencapaian masa depan yang mungkin dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan jangkaan demikian atau dijangkakan berdasarkan trend terdahulu. Faktor-faktor ini termasuk khususnya, tetapi tidak terhad kepada, hal-hal yang dijelaskan dalam bab "Laporan tentang Risiko dan Peluang" menerusi Laporan Tahunan OSRAM Licht Group. Sekiranya satu atau lebih daripada risiko atau ketidakpastian ini berlaku, atau sekiranya andaian yang tersirat terbukti tidak benar, keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar OSRAM mungkin berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan yang relevan seperti yang diharapkan, dijangkakan, dihasratkan, dirancang, dipercayai, dicari, dianggarkan atau diramalkan.OSRAM tidak bercadang, mahupun memikul apa-apa kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak kenyataan jangkaan ini berdasarkan perkembangan yang berbeza daripada yang dijangkakan. Disebabkan oleh pembundaran, nombor-nombor yang dipaparkan dalam dokumen ini atau dokumen lain mungkin tidak memberi jumlah yang tepat berbanding jumlah yang diberikan dan peratusan mungkin tidak memperlihatkan angka mutlak yang dirujuk oleh mereka.

Source: Osram
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Acquisitions, mergers, takeovers