omniture

Merck Peroleh Natrix Separations Untuk Pertingkat Keupayaan Pemprosesan Generasi Akan Datang

Merck
2017-08-28 20:00 398

-- Tingkatkan portfolio kromatografi kegunaan tunggal Merck

-- Percepat tawaran pengeluaran mAb dan vaksin Merck

DARMSTADT, Jerman, 28 Ogos, 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh Natrix Separations, penyedia produk membran hidrogel bagi kromatografi kegunaan tunggal yang berpangkalan di Ontario, Kanada. Urusniaga ini dijangka akan ditutup pada suku ketiga 2017. Butiran kewangan tidak didedahkan.

Merck signed an agreement to acquire Natrix Separations, a company known for its technology platform capable of delivering high productivity and impurity removal in a single-use format. This acquisition complements Merck’s efforts to drive next-generation bioprocessing, ultimately enabling faster, more efficient technology for customers. Pictured here is a magnified view of the Natrix HD Membrane pore structure, comprised of up to 95 percent functional monomer.
Merck signed an agreement to acquire Natrix Separations, a company known for its technology platform capable of delivering high productivity and impurity removal in a single-use format. This acquisition complements Merck’s efforts to drive next-generation bioprocessing, ultimately enabling faster, more efficient technology for customers. Pictured here is a magnified view of the Natrix HD Membrane pore structure, comprised of up to 95 percent functional monomer.

Natrix terkenal dengan platform teknologi uniknya yang berupaya untuk memberikan produktiviti yang tinggi dan menyingkir bendasing dalam format penggunaan tunggal, bersesuaian dengan pemprosesan generasi akan datang. Pemerolehan ini melengkapi usaha Merck untuk memacu pemprosesan biologi generasi akan datang, yang akhirnya membolehkan teknologi yang lebih pantas, dan lebih cekap untuk para pelanggannya.

"Platform teknologi Natrix dan pilihan pembangunan dan keupayaan yang dibawanya untuk kromatografi penggunaan tunggal dan kitaran pantas, akan membolehkan kami mempercepatkan penawaran dalam pengeluaran mAb dan vaksin," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Pengarah Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Pemerolehan ini mewujudkan peluang luar biasa untuk memacu pertumbuhan dan perkembangan pemprosesan generasi akan datang – satu bidang yang semakin penting bagi para pelanggan kami."

Pemprosesan generasi akan datang adalah sebarang teknologi, boleh dikembangkan atau sistem yang mengubah templat pembuatan antibodi monoklonal sedia ada melalui intensifikasi operasi unit, sambungan operasi unit, atau pemprosesan berterusan. Pengeluar biomas sedang menuju ke arah pemprosesan generasi akan datang kerana faedahnya yang banyak, termasuk peningkatan produktiviti kilang, kecekapan kos dan pengurangan risiko. Pemprosesan generasi akan datang dijangka meningkat tiga kali ganda dalam saiz pasaran antara tahun 2020 dan 2025.  

Natrix memasarkan membran pertukaran anion dan membran pertukaran kation. Natrix sedang membangunkan produk tambahan untuk membolehkan proses penulinan biologi penggunaan tunggal dan berskala penuh.

"Bergabung dengan Merck memberikan kami peluang untuk bekerjasama dengan beberapa minda terbaik industri, membolehkan kami meneruskan tugas hebat yang dilaksanakan oleh para saintis kami," kata John Chickosky, Ketua Pegawai Eksekutif Natrix Separations. "Saya benar-benar teruja untuk menjadi sebahagian daripada usaha yang lebih besar dan melihat manfaat kombinasi ini dalam langkah-langkah kemajuan yang akan laksanakan untuk para pelanggan kami dan komuniti saintifik seluruh dunia."

Latar Belakang Natrix Separations, Inc.

Natrix Separations membolehkan pengilangan biofarmaseutikal yang cepat dan fleksibel melalui pemprosesan hiliran produk pakai buang yang berproduktiviti tinggi. Membran Natrix HD yang inovatif mengatasi batasan dari segi kecekapan, kelajuan dan kefleksibelan yang dikenakan oleh pendekatan modal intensif konvensional kepada kromatografi. Produk-produk Natrix mempunyai piawaian industri kimia yang mantap, dan berskala dari R&D ke pengeluaran komersil. Natrix berpangkalan di Burlington, Ontario, Kanada. Bagi maklumat tambahan, layari www.natrixseparations.com

Semua terbitan berita Merck diedarkan melalui emel pada waktu yang sama ia tersedia di laman sesawang Merck. Sila lawati www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian,menukar pilihan anda atau hentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah €15 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat ini memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/548923/Merck_Acquires_Natrix_Separations.jpg

 

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers