omniture

adidas dan Pharrell Williams Lancar "Don't Be Quiet Please"

adidas
2017-08-29 00:31 316

-- adidas dan Pharrell Williams lancar "Quiet Please", satu kempen di seluruh Bandar Raya New York bagi raikan sukan tenis dengan satu pengaktifan untuk mengundang masyarakat setempat membuat ikrar yang mengubah permainan –

-- adidas dan Pharrell Williams umum sumbangan untuk NYC Parks bagi usaha pemulihan gelanggang tenis –

-- adidas dan Pharrell Williams jalin kerjasama dengan pertubuhan bukan untung Horizons dan Court16 wujudkan biasiswa tenis untuk kanak-kanak –

NEW YORK, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Semalam, adidas, Pharrell Williams, Stan Smith dan atlet-atlet tenis yang ditaja oleh adidas Garbiñe Muguruza, Angelique Kerber, Sascha Zverev, Dominic Thiem dan Jo-Wilfried Tsonga berhimpun di Gelanggang Komuniti Frederick Johnson, Harlem, New York untuk menganjurkan klinik tenis bersama pertubuhan-pertubuhan belia tempatan bagi memulakan pelancaran Quiet Please, satu kempen seluruh Bandar Raya New York bagi menginspirasikan individu-individu untuk membuat ikrar yang mengubah permainan. Semasa acara tersebut, Pharrell Williams menyampaikan satu manifesto yang mengundang warga New York untuk menyertai beliau dalam satu usaha pengaktifan seluruh bandar demi menggalakkan semua penduduk untuk mempercayai keupayaan suara mereka dan bersuara dengan lantang bagi menginspirasikan perubahan melalui kasih sayang.

Photo Credit: Noam Galai/Getty Images for adidas
Photo Credit: Noam Galai/Getty Images for adidas

Diilhamkan untuk melihat tenis dari sudut pandang yang berbeza, dan sejauh mana sukan boleh menjadi pendorong kepositifan dan perubahan, adidas dan Pharrell Williams bersama-sama mengumumkan satu program kemasyarakatan termasuk pemulihan gelanggang tenis Bandar Raya New York melalui sumbangan untuk Taman-taman NYC dan pewujudan biasiswa tenis kanak-kanak dengan kerjasama Court16 dan Horizons. Demi menyahut semangat Pharrell Williams, etos beliau dan komitmen adidas untuk mengubah kehidupan melalui sukan, matlamat program kemasyarakatan ini adalah untuk menyediakan satu platform kepada masyarakat Bandar Raya New York dan memperkasa golongan belia.

Bagi meraikan manifesto Pharrell Williams, pada 28 Ogos, adidas akan menyediakan untuk Bandar Raya New York, komuniti dan tetamu khasnya, satu platform yang membolehkan suara mereka didengari dan menggalakkan semua orang untuk lantang bersuara dalam menginspirasikan perubahan melalui kasih sayang. Kerusi pengadil menjadi ikon simbolik kempen Quiet Please dan bertindak sebagai pentas fizikal di seluruh bandar untuk orang ramai mengekspresikan diri dan kasih sayang mereka. Demi mewujudkan sensasi sosial di seluruh bandar, sepuluh kerusi pengadil akan diletakkan di lokasi-lokasi berikut: Columbus Circle, The Apollo Theater, The New York Public Library, Herald Square, Flatiron, Union Square, Astor Place, Christopher Street di Gay Street, Petrosino Square dan Atlantic Terminal.

Sebagai rakan kerjasama yang sudah lama bergandingan dengan adidas, Pharrell Williams telah membawa perubahan terhadap sukan tenis. Diilhamkan oleh legenda-legenda tenis hebat yang terdahulu, Pharrell Williams menghasilkan koleksi persembahan pertama beliau bersama adidas. Garbiñe Muguruza, Angelique Kerber, Sascha Zverev, Dominic Thiem dan Jo-Wilfried Tsonga semuanya akan memakai adidas Tennis Collection by Pharrell Williams semasa perlawanan tenis mereka berikutnya yang diadakan di Bandar Raya New York. Koleksi premium ini akan disediakan di adidas dan kedai-kedai utama Billionaire Boys Club, adidas.com, serta para peruncit terpilih di seluruh dunia pada 31 Ogos.

Manifesto
"Setiap perlawanan tenis bermula dengan dua perkataan yang serupa: 'Tolong Senyap.'
Namun perubahan boleh menjadi hingar dan kasih sayang kita boleh mengubah segala-galanya.
Di luar gelanggang kita akan membiarkan suara kita didengari sekuat yang kita mampu.
Seandainya anda melihat peluang terhadap kebaikan, bersuaralah.
Kita dapat mengubah permainan ini kepada yang lebih baik, bersama-sama."
-Pharrell Williams

#adidasPharrellWilliams

Tetamu khas untuk kerusi pengadil bakal didedahkan pada hari Ahad, 27 Ogos. Terus bersama @adidasNYC.

Latar Belakang adidas Tennis

adidas Tennis diwakili oleh pemain-pemain tenis terkemuka seperti Simona Halep, Angelique Kerber, Garbiñe Muguruza, Kristina Mladenovic, Caroline Wozniacki, Tomas Berdych, Lucas Pouille, Dominic Thiem, Jo-Wilfried Tsonga, Sascha Zverev dan Novak Djokovic (Kasut Sahaja). Untuk maklumat lanjut tentang adidas Tennis, sila layari www.adidas.com/tennis. Untuk imej tambahan sila layari bilik berita media kami di news.adidas.com dan ikuti kami melalui Twitter atau Instagram menerusi @adidasTennis.


Foto - https://mma.prnewswire.com/media/549208/adidas_tennis.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/549209/Quiet_Please.jpg

Source: adidas
Related Links:
Keywords: Entertainment Retail Social Media Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit Socially Responsible Investing