omniture

Model perniagaan inklusif kunci tingkatkan pertumbuhan ekonomi ASEAN

Philippine Board of Investments
2017-08-29 09:46 587

MANILA, Filipina, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Lebih banyak syarikat di ASEAN kini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan peluang pendapatan selain perkhidmatan dan barangan yang relevan serta berpatutan untuk masyarakat berpendapatan rendah. Jenis-jenis perniagaan ini, yang dikenali sebagai perniagaan inklusif (IB) melangkaui tanggungjawab sosial korporat (CSR) tradisional dengan menyertakan golongan miskin dalam perniagaan teras sebagai pembekal, pengedar, pengguna dan peruncit. ASEAN kini memiliki 332 juta penduduk yang hidup dalam kemiskinan dan syarikat-syarikat IB berpeluang untuk meneroka kebanyakan golongan ini.

"Oleh kerana perniagaan inklusif dapat mencipta peluang pekerjaan dengan matlamat untuk memperbaiki kualiti hidup kita, khususnya untuk masyarakat berpendapatan rendah, mereka membantu kami merealisasikan matlamat VISI Komuniti ASEAN 2025 dalam mewujudkan ASEAN yang menumpu pada orang ramai dan berorientasikan penduduk," kata Timbalan Setiausaha Perdagangan Filipina dan Ketua Urusan Lembaga Pelaburan (BOI) Ceferino Rodolfo.

Syarikat-syarikat IB kini terdiri daripada kurang satu peratus daripada semua syarikat berdaftar selain sektor tidak rasmi ASEAN, namun syarikat-syarikat ini bertambah semakin pantas dan menarik hampir 60 peratus pelabur berimpak di Asia Tenggara. Syarikat-syarikat ini telah membuat impak sosial yang positif terhadap berjuta-juta orang untuk sektor-sektor seperti kesihatan, air, tenaga dan perumahan.

Model dan skala berimpak tertinggi di ASEAN didapati dalam sektor perniagaan tani. Sebagai contoh, Urmatt Group Thailand, melibatkan lebih 3,000 petani pekebun kecil yang mengeluarkan beras organik, chia dan produk kelapa. Kennemer Foods International (KFI) Filipina pula melengkapi 10,000 petani koko dengan bahan-bahan penanaman berkualiti tinggi, latihan serta teknologi pertanian.

Kebanyakan model IB di ASEAN dilaksanakan oleh syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan besar. Walau bagaimanapun, model-model ini boleh didapati daripada program-program CSR dan perusahaan sosial (SE), yang mana syarikat-syarikat memerlukan lebih banyak modal untuk berkembang dan memberi impak sosial pada skala yang lebih kecil.

Thailand, Indonesia dan Malaysia memiliki undang-undang dan keperluan CSR yang ketat terhadap pendedahan prestasi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) korporat, yang menawarkan templat yang berpotensi serta batu loncatan untuk dasar-dasar IB. Vietnam turut melaksanakan dasar dan program sedia ada untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana, yang berpotensi untuk terikat dengan model-model serta amalan-amalan IB. Singapura dan Thailand aktif menyokong perusahaan sosial yang kemudiannya boleh meningkat maju menjadi syarikat-syarikat IB.

Menurut Rodolfo, peningkatan akses kepada maklumat yang berkaitan dan sumber kewangan, selain peruntukan insentif kewangan, merupakan langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil oleh ahli-ahli ASEAN untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang menggalakkan pelaburan IB.

Maklumat Perhubungan Media

Anthony Quijano 
Pengurus Perhubungan Media 
TeamAsia 
+63 917 824 9109

Source: Philippine Board of Investments
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility Economic news, trends, analysis