omniture

Ayla Networks dan China Unicom Bentuk Perkongsian Strategik untuk Lancar Produk IoT

Ayla Netwroks
2017-08-29 12:27 542

SANTA CLARA, California, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Ayla Networks, platform global Internet Komunikasi Benda (IoT) bagi pengeluar, mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik rasmi dengan China Unicom (HKEx: 0762; NYSE: CHU), salah satu daripada tiga pembekal utama perkhidmatan telekomunikasi di China, untuk membangunkan penyelesaian bagi rumah pintar dan pasaran IoT lain. Kedua-dua syarikat akan memanfaatkan teknologi, produk, perkhidmatan dan sumber saluran masing-masing untuk melaksanakan inovasi IoT.

Pengumuman itu dibuat pada persidangan di Guangzhou yang ditaja oleh China Unicom bagi industri IoT. Pada persidangan itu, Ayla dan China Unicom mempamerkan beberapa idea mereka untuk pembangunan bersama IoT masa hadapan, termasuk rumah pintar, hotel pintar, kereta dengan ketersambungan, rantaian sejuk pintar, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian IoT yang lain.

Sebagai pengendali telekomunikasi terkemuka, China Unicom secara aktif meneroka dan mempromosikan inovasi industri dalam pasaran baharu diwujudkan oleh inovasi IoT. Dengan jangkauan global yang luas daripada platform IoT, Ayla Networks merupakan rakan kongsi yang paling sesuai untuk kerjasama bagi melaksanakan perkhidmatan IOT bernilai tinggi.

"Kami melihat potensi yang besar dalam kerjasama dengan China Unicom untuk membina penyelesaian IoT baharu yang meningkatkan ekosistem platform IoT Ayla yang semakin berkembang," kata Phillip Chang, pengasas bersama, naib presiden dan pengurus besar Greater China untuk Ayla Networks. "Dengan perkhidmatan komunikasi dan maklumat yang komprehensif dan berkualiti tinggi China Unicom, kami sangat teruja untuk membangunkan penyelesaian IoT mudah alih."

IoT ialah gelombang ketiga teknologi, selepas PC dan Internet. Walaupun IoT ialah industri baharu, ia dibina di atas rangkaian teknologi komunikasi dengan gabungan penyatuan industri-industri tradisional. Pada bulan Jun 2017, China Unicom melancarkan Inisiatif Kerjasama Kesambungan IoT Global, yang direka untuk meluaskan pasaran perniagaan IoT dan mencipta lebih banyak nilai melalui kerjasama antara China Unicom dan rakan kongsinya.

Ayla Networks ialah salah satu rakan kongsi IoT yang dihargai dan dipilih untuk bekerjasama dengan China Unicom. Platform IoT Ayla menyediakan kesambungan komprehensif peranti, awan dan aplikasi mudah alih untuk sebarang jenis produk. Platform Ayla bukan sahaja mempercepatkan masa pengeluar untuk memasarkan produk yang berkaitan, tetapi juga mengendalikan kerumitan keselamatan, prestasi, kebolehskalaan dan keupayaan saling boleh kendali IoT. Oleh sebab ini, pengeluar boleh memberi tumpuan kepada kepakaran mereka, dan dalam masa yang sama menggunakan pengetahuan dunia sebenar yang diperoleh daripada produk mereka yang berkaitan untuk meningkatkan pelbagai aspek perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayla Networks, layari www.aylanetworks.com.

Source: Ayla Netwroks
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services VoIP Contracts Licensing/marketing agreements