-- Projek adalah yang pertama buat pusat Penyelesaian Hujung ke Hujung BioReliance® Massachusetts milik Merck
- Kolaborasi memberikan Angiex akses kepada peralatan proses pembangunan dan teknologi Merck
DARMSTADT, Jerman, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan kolaborasi baharu bersama Angiex, Inc., Cambridge, Massachusetts, AS untuk menyokong keupayaan bioteknologi syarikat baharu untuk mempercepat calon ubat antibodi onkologi utamanya kepada kegunaan klinikal. Angiex sedang membangunkan sebuah terapi konjugasi ubat antibodi (ADC) untuk kanser terhadap sasaran vaskular, TM4SF1.
Kolaborasi dengan Angiex adalah projek pertama yang dijalankan di pusat pembangunan biologi baharu Merck di Massachusetts, AS. Merck akan memberi Angiex akses kepada peralatan proses pembangunan hujung ke hujung, program pendidikan dan latihan untuk menyokong kejayaannya.
"Syarikat-syarikat mendapat manfaat daripada kepakaran dan pengalaman kami dalam membangunkan proses-proses pengilangan GMP bagi program-program pembangunan awal klinikal," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Pengarah Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Merck, Life Science. "Dengan pendekatan hujung ke hujung, Merck boleh memudah dan mempercepatkan penskalaan dan pemindahan teknikal bagi syarikat-syarikat seperti Angiex"
Ketua Pegawai Eksekutif Angiex, Dr. Paul Jaminet memuji kepelbagaian rangkaian keupayaan proses pembangunan dan perkhidmatan Merck untuk para pelanggan di semua peringkat pembangunan dan pengkomersilan molekul. "Melalui kerjasama ini, Angiex berharap untuk mempercepatkan laluan kami untuk digunakan di klinik. Kami menghargai kemahiran Merck dalam membawakan satu rawatan inovatif kepada pesakit kanser yang boleh menangani tumor pejal yang paling merbahaya," kata Jaminet.
Penyelesaian Hujung ke Hujung BioReliance® Merck membawakan produk dan perkhidmatan yang membolehkan syarikat-syarikat biofarmaseutikal untuk mempercepat perkembangan terapi baharu berpotensi dari makmal ke ujian klinikal dan ke arah pengkomersilan. Pakej siap guna termasuk proses pembangunan, pengilangan cGMP, reka bentuk kemudahan, peralatan bagi pengeluaran kilang pertama, latihan proses dan peralatan, pertukaran teknologi, kelayakan peralatan dan penetapan bagi pengkomersilan. Untuk terus menyokong Penyelesaian Hujung ke Hujung BioReliance® global, Merck akan merasmikan pusat pembangunan bio baharunya di Burlington, Massachusetts pada bulan Oktober 2017.
Penyelesaian Hujung ke Hujung BioReliance® Merck ialah sebahagian daripada bidang perniagaan Penyelesaian Proses dalam perniagaan Sains Hayat Merck.
Latar Belakang Angiex
Angiex telah ditubuhkan oleh para saintis kelas dunia untuk membangunkan bioterapi sasaran vaskular. Angiex mensasarkan aspek-aspek asas biologi endotelial dengan memberi tumpuan kepada angiogenesis. Produk utama Angiex adalah terapi konjugasi ubat antibodi terhadap kanser. Angiex adalah residen di LabCentral di Cambridge, Massachusetts.
Semua terbitan berita Merck diedarkan melalui emel pada waktu yang sama ia tersedia di laman sesawang Merck. Sila pergi ke www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, tukar pilihan anda atau hentikan perkhidmatan ini.
Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah €15 bilion di 66 negara.
Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ia tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.