LAUF A. D. PEGNITZ, Jerman, 31 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Koleksi Charm Club menetapkan trend dan kecintaan kepada kehidupan – ia nakal, hebat dan mengasyikkan. Dalam Charm Club, kempen baharu musim luruh/sejuk membuka musim ini dengan serta merta dan begitu meriah menarik perhatian kepada rekaan yang digunakan dan diperhalusi oleh pasukan kreatif THOMAS SABO.
Bermula dengan "Royalty", "Vintage", "Streetstyle" hinggalah kepada "Travel around the World": Antara lainnya, barangan tumpuan bulan Jun termasuk salib yang klasik, pelepah bulu yang halus dengan hiasan batu yang diilhamkan oleh etnik, Charm Bunga Teratai yang dihiasi indah dan loket Pohon Cinta yang berkerlipan. Koleksi ini juga memperkenalkan rantai Charm baharu seperti rantai Manik berwarna warni yang panjang, yang membolehkan kombinasi sehingga tiga charm – rantai kasual yang wajib dimiliki oleh semua fashionista!
Gambar Koleksi Charm Club Musim Luruh/Sejuk 2017 sedia dimuat turun untuk tujuan editorial dalam resolusi tinggi di sini.
Youtube: thomassa.bo/LetYourCharmsSpeak
Hashtag: #charmclub #jointhecharmclub
Charm baharu dijual di semua gedung THOMAS SABO, kedai-dalam-kedai, kedai dalam talian di http://www.thomassabo.com dan rakan kongsi terpilih.
Latar Belakang THOMAS SABO
THOMAS SABO merupakan salah satu syarikat barang perhiasan, jam tangan dan kecantikan terkemuka di peringkat global yang mereka, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk lelaki dan wanita. Syarikat, yang ditubuhkan pada 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf an der Pegnitz, selatan Jerman, mengendalikan kira-kira 300 kedainya sendiri merentasi kesemua lima benua dengan jumlah keseluruhan pekerja seramai 1,860 orang. Di ibu pejabatnya, THOMAS SABO menggaji kira-kira 490 kakitangan. THOMAS SABO juga turut berkolaborasi di peringkat global dengan kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan selain pengendali penerbangan dan pelayaran persiaran terkemuka.
Hubungan Akhbar:
THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Felizia Kindermann
Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat
Tel: +49-(0)9123-9715-0
Mel: press@thomassabo.com