omniture

Korber Peroleh HighJump - Pakar Rantaian Bekalan dan Penyelesaian Awan AS-Amerika Terkemuka

Korber AG
2017-08-31 13:41 1108

HAMBURG, Jerman dan MINNEAPOLIS, 31 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

  • Pengambilalihan bakal wujudkan penyedia antarabangsa utama dalam segmen aplikasi pengurusan rantaian bekalan awan 
  • HighJump sediakan Korber dengan tapak lebih kukuh di AS dan platform perisian canggih untuk pertumbuhan dalam organisasi
  • HighJump tubuhkan pusat kecekapan AS untuk inisiatif pendigitan seluruh kumpulan

Kumpulan teknologi bertaraf antarabangsa Korber mengukuhkan Business Area Logistics Systems menerusi pengambilalihan pakar perisian rantaian bekalan AS-Amerika HighJump. Pengambilalihan ini telahpun selesai dan berkuat kuasa mulai 28 Ogos 2017, setelah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa antitrust yang berkaitan.

generated by system

HighJump mengkhusus dalam pembangunan penyelesaian perisian untuk pengurusan rantaian bekalan (SCM). Ibu pejabat syarikat ini terletak di Minneapolis, AS. HighJump mempunyai operasi-operasi tambahan di Kanada, United Kingdom, Australia dan China. HighJump berkhidmat untuk lebih 4,000 pelanggan dalam industri peruncitan, produk pengguna, automotif, aeroangkasa, farmaseutikal dan makanan/minuman.

HighJump telah membangunkan platform teknologi asas yang sedia digunakan dalam infrastruktur awan yang dikenali sebagai "HighJump One Platform" yang tekal diiktiraf sebagai salah satu platform perisian rantaian bekalan industri yang paling anjal dan boleh disesuaikan. Selain platform teknologi ini, syarikat menawarkan aplikasi perisian yang terkemuka di peringkat global yang menyediakan pelanggan dengan pandangan bersepadu terhadap seluruh rantaian bekalan mereka: bermula daripada pengurusan gudang dan intralogistik kepada pengurusan pengangkutan. Platform ini menyediakan keterlihatan yang tekal untuk semua aliran barangan, dengan ciri kebolehsesuaian yang sangat baik dan penyegerakan proses-proses perniagaan merentasi semua saluran.

Melalui pengambilalihan HighJump dan syarikat-syarikat perisian Inconso, DMLogic dan Aberle Software, yang telahpun menjadi milik Korber Group, Syarikat menegaskan perakuannya sebagai peneraju teknologi dalam segmen perisian SCM. "Dengan pengambilalihan HighJump, kami benar-benar mengumumkan rancangan masa depan kami dalam sektor ini memandangkan kami mengambil kedudukan antarabangsa yang utama dalam segmen pengurusan rantaian bekalan dan penyelesaian awan," kata Stephan Seifert, Pengerusi Lembaga Eksekutif Kumpulan di Korber AG. "Kami ingin menjadi syarikat pilihan di seluruh dunia untuk pelanggan kami apabila melibatkan penyediaan sokongan demi kejayaan pembangunan perniagaan mereka. Menerusi pasukan pakar yang berpengalaman dan kumpulan pelanggan yang luas, HighJump akan mengukuhkan pengantarabangsaan jangka panjang dan juga trajektori pertumbuhan kami. Dalam masa yang sama, kami turut menubuhkan satu lagi pusat kecekapan dalam pasaran Amerika Utara yang penting. Dalam usaha ini, kepakaran dan pengalaman rakan-rakan sekerja kami akan dapat menyokong inisiatif pendigitan seluruh kumpulan kami melalui pertukaran bersama dalam Kumpulan," tekan Seifert.

"Baru-baru ini, menerusi pengambilalihan pakar perisian logistik AS-Amerika DMLogic, kami telahpun memperoleh rakan kongsi penting untuk Business Area kami," kata Hubert Kloß, Ketua Pegawai Eksekutif Business Area Logistics Systems. "Bersama-sama rakan-rakan sekerja HighJump baharu kami, kini kami mempunyai asas yang amat kukuh, di Eropah dan AS, untuk meneruskan pertumbuhan dinamik kami secara pesat dan dengan jayanya. Syarikat akan disepadukan dalam Perisian Unit Perniagaan menerusi Business Area kami dan merupakan satu lagi tambahan terbaik untuk portfolio kami."

"Korber AG bakal menjadi rakan strategik dan kewangan jangka panjang yang hebat untuk HighJump," kata Chad Collins, Ketua Pegawai Eksekutif HighJump. "Para pemimpin Korber menunjukkan komitmen mereka terhadap kepuasan pelanggan, kepimpinan pasaran melalui teknologi dan fokus perniagaan jangka panjang. Hal ini amat konsisten dengan falsafah perniagaan HighJump. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan sekerja baharu kami daripada Business Area Logistics Systems seperti Inconso, Aberle Software dan DMLogic serta seluruh Korber Group bagi mengukuhkan kedudukan utama dalam pasaran menerusi persekitaran rantaian bekalan yang sentiasa berubah-ubah ini."

Pembelian HighJump akan dibuat daripada syarikat induknya, Accellos Holdings serta pelabur utamanya, Accel-KKR, sebuah firma pelaburan yang berfokus teknologi. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mendedahkan butiran harga belian. TrueCommerce, jaringan perdagangan perniagaan-kepada-perniagaan berasaskan awan dan dahulunya merupakan syarikat saudara seangkatan HighJump akan terus menjadi milik Accellos Holdings dan Accel-KKR.

Latar Belakang Korber 

Korber AG ialah sebuah syarikat pemegangan bagi Kumpulan teknologi antarabangsa yang mempunyai kira-kira 11,500 kakitangan di seluruh dunia. Kumpulan terdiri daripada syarikat-syarikat teknologi paling canggih dan lebih 130 entiti pengeluaran, perkhidmatan dan jualan. Di lokasi-lokasi serata dunia, Korber menggabungkan faedah organisasi yang berada di peringkat global dengan kekuatan perusahaan yang amat khusus, anjal serta bersaiz sederhana yang menawarkan penyelesaian, produk dan perkhidmatan kepada pelanggan mereka menerusi Segmen-segmen Perniagaan merangkumi Automasi, Logistik, Peralatan Mesin, Sistem Farmaseutikal, Tisu, Tembakau dan juga Usaha Niaga Korporat.

 Latar Belakang HighJump 

HighJump ialah penyedia bertaraf global bagi perisian pengurusan rantaian bekalan yang menyelaraskan aliran inventori dan maklumat daripada pihak pembekal kepada rak kedai. Bersama-sama kira-kira 440 kakitangan di seluruh dunia, HighJump menyokong lebih 4,000 pelanggan di 66 negara, bermula dengan perniagaan SME kepada perusahaan global terkemuka. Penyelesaian hujung-ke-hujung HighJump yang beraneka fungsi dan amat boleh disesuaikan mengurus dengan cekap pergudangan, pengilangan, pengangkutan, pengagihan, laluan penghantaran dan kedai runcit milik pelanggan.

Latar Belakang Korber Logistics Systems 

Business Area Logistics Systems, dimiliki oleh kumpulan teknologi antarabangsa Korber dan berpangkalan di Bad Nauheim, Jerman, ialah penyedia utama bagi aplikasi yang bersepadu sepenuhnya bagi tujuan pengoptimuman proses-proses logistik dalaman dan luaran yang kompleks. Di bawah naungan jenama Korber Logistics, Business Area menyediakan penyelesaian digital untuk kilang-kilang pintar (logistik pengeluaran), gudang, e-dagang dan pengurusan seluruh rantaian bekalan. Dalam tiga Unit Perniagaan, naungan jenama ini menggabungkan antara syarikat-syarikat Aberle GmbH dan Consoveyo S.A. (Penyepaduan Sistem), Langhammer GmbH dan Riantics A/S (Penyelesaian Produk), Inconso AG, Aberle Software GmbH dan DMLogic LLC (Perisian). Syarikat-syarikat ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, bermula dengan penyepaduan sistem kepada teknologi untuk penyimpanan, pempaletan, penyingkiran pempaletan serta sistem penghantar, kepada perisian.

Latar Belakang Accel-KKR 

Accel-KKR ialah sebuah firma pelaburan yang berfokus teknologi yang mempunyai lebih $4.0 bilion komitmen modal. Firma ini menumpu pada perniagaan yang didayakan perisian dan IT yang mempunyai kedudukan yang baik untuk mencapai pertumbuhan dengan pendapatan kasar dan keuntungan bersih. Elemen utama dalam strategi pelaburan Accel-KKR ialah komitmen untuk menjalin kerjasama yang kukuh bersama pasukan pengurusan daripada syarikat-syarikat portfolionya dan menumpu pada pembangunan nilai melalui sumber-sumber penting yang tersedia melalui jaringan Accel-KKR. Accel-KKR fokus terhadap syarikat-syarikat pasaran pertengahan dan menyediakan pelbagai penyelesaian modal termasuk modal beli habis, pelaburan pertumbuhan minoriti dan alternatif kredit. Accel-KKR turut melabur dalam pelbagai jenis transaksi termasuk permodalan semula syarikat persendirian, percikan keluar berbahagian dan transaksi menjadi entiti persendirian. Accel-KKR beribu pejabat di Menlo Park dengan pejabat-pejabat tambahan berada di Atlanta dan London.

Latar Belakang TrueCommerce 

TrueCommerce merevolusikan hubungan rakan dagangan dengan menghubungkan pembekal, hab runcit dan pengguna akhir dalam satu jaringan perdagangan global. Jaringan Perdagangan Global TrueCommerce melibatkan lebih 92,000 peruncit, pengedar dan juga penyedia perkhidmatan logistik praterhubung. Menerusi penyelesaian perkhidmatan yang anjal, bersepadu dan diurus sepenuhnya, pelanggan sebarang saiz boleh berhubung dengan mudah bersama mana-mana rakan dagangan sambil menikmati kelancaran platform perkhidmatan terbukti yang mengendalikan puluhan juta transaksi saban tahun tanpa memerlukan sebarang interaksi pelanggan dengan andal. Dari kilang ke gudang, daripada pengedar kepada bahagian hadapan kedai runcit, pelanggan berupaya mencapai tahap keterhubungan dan prestasi perniagaan baharu menerusi platform rakan dagangan yang paling lengkap di dunia.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.koerber.de/en, http://www.koerber-logistics.com/en, http://www.highjump.com, http://www.accel-kkr.com dan http://www.truecommerce.com.

Maklumat perhubungan rakan kongsi:

Henriette Viebig
Ketua Bahagian Komunikasi Kumpulan
Korber AG
Tel.: +49-40-211-07-422
Tel. Bimbit: +49-173-66-96-857
E-mel: henriette.viebig@koerber.de

Matthias Mezele
Pengurus Kanan, Komunikasi Kumpulan
Korber AG
Tel.: +49-40-211-07-364
Tel. Bimbit: +49-173-75-19-148
E-mel: matthias.mezele@koerber.de

Heather K. Smith
Pakar Komunikasi
HighJump
Tel.: +1-800-328-3271 ext. 2717    
Tel. Bimbit: +1-605-203-0605
E-mel: heather.smith@highjump.com

Untuk Accel-KKR:
Todd Fogarty
Kekst
Tel.: +1-212-521-4854
E-mel: todd.fogarty@kekst.com

Source: Korber AG
Keywords: