omniture

IFA 2017 - Pameran Barangan Elektronik Pengguna Utama Global Buka Tirai di Berlin

TVT.media GmbH
2017-09-01 09:00 681

BERLIN, 1 September 2017 /PRNewswire/ --

- Rakaman video IFA disediakan di IFA Global Broadcast Center

IFA di Berlin ialah pameran perdagangan yang terkemuka di dunia bagi barangan elektronik pengguna dan perkakasan rumah. Ia bakal berlangsung mulai 1 - 6 September di Tapak Pameran Berlin.

generated by system

Jenama-jenama terkemuka dunia turut mempamerkan produk-produk elektronik rumah mereka. Pelbagai inovasi dan pameran perdana dibawakan di IFA dan menarik sejumlah besar pengunjung saban tahun. Dengan Pasaran Global IFA, satu ruang tambahan disediakan di STATION Berlin mulai 3 - 6 September untuk peruncit dan pembeli.

Bukan sekadar pameran perdagangan, IFA menawarkan pelbagai keseronokan dan hiburan untuk para pengunjungnya. Kawasan luar dengan IFA Sommergarten menyediakan konsert dan program pentas. Mendepani masa depan industri ini, buat pertama kali pada tahun 2017, satu platform inovasi disediakan sebagai sebahagian daripada pameran. IFA NEXT menghimpunkan para penyelidik, golongan profesional industri, syarikat-syarikat baharu dan para peruncit untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan maklumat. Bersama-sama Sidang Kemuncak dan Ucaptama IFA+, IFA NEXT menawarkan acara berpusat bagi tujuan pertukaran profesional.

Para wartawan dari seluruh dunia akan berada di tapak pameran untuk melaporkan tentang trend baharu dan perkembangan terkini dalam industri. Kediaman Pintar, Kereta Terhubung, Realiti Maya dan Internet Komunikasi Benda merupakan topik-topik utama IFA 2017.

Rakan media IFA TVT.media menerbitkan rakaman video IFA 2017 yang komprehensif untuk wartawan media, dihoskan di IFA Global Broadcast Center. Impresi pembukaan gala, rakaman pameran perdagangan serta temubual bersama pakar dan pempamer boleh dimuat turun di sini:

http://www.ifa-gbc.com

Hubungi
Hannes Dollinger
Penerbit
TVT.media GmbH, Oberländer Ufer 180-182, 50968 Köln
Tel.: +49(0)221-78-87-95-40
Tel.: +49(0)179-79-98-506
Faks: +49(0)221-78-87-95-90
Emel: hannes-dollinger@tvtmedia.de
Laman sesawang: http://www.tvtmedia.de

Source: TVT.media GmbH
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Semiconductors Trade show news