omniture

Mahindra Comviva Tandatangan Perjanjian Peroleh Emagine International

Mahindra Comviva
2017-09-04 14:09 621

NEW DELHI, 4 September 2017/PRNewswire/ --

Tingkatkan Suit Pengurusan Nilai Pelanggan Ketika Perluas Portfolio Penyelesaian MobiLytix™

Mahindra Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti, telah menandatangani satu perjanjian untuk memperoleh Emagine International untuk satu nilai yang tidak didedahkan. Emagine International merupakan pakar penyedia penyelesaian pemasaran berkonteks masa sebenar dan perkhidmatan perisikan perniagaan terurus.

generated by system

Pengurusan Nilai Pelanggan mewakili peluang perniagaan penciptaan nilai yang terulung.  Pemerolehan Emagine mengukuhkan kekuatan Comviva dengan ketara dan selain menambah kepada keupayaan teknologi dan penyelesaian kedua-dua syarikat,perkhidmatan pemasaran terurus yang matang menambah kepada keupayaan Comviva memberikan nilai pelanggan yang dipertingkat. Pemerolehan Emagine akan mengukuhkan keupayaan Comviva di dalam rantau ini untuk memberikan penyelesaian hujung ke hujung kepada pelanggan. Ia juga menambah sebilangan pelanggan yang hebat, termasuk Optus, 9 Mobile (sebelum ini Etisalat Nigeria), Virgin Mobile, Vodacom dan Vodafone Australia ke dalam portfolio Comviva.

Comviva juga mengumumkan pelantikan David Peters, Ketua Pegawai Eksekutif, Emagine International dan Amit Sanyal, Ketua Perniagaan, perniagaan pengurusan nilai pelanggan, Comviva, sebagai Ketua Eksekutif perniagaan gabungan ini.

Mengulas tentang perkara ini, Manoranjan 'Mao' Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Mahindra Comviva berkata, "Kami gembira dapat bergandingan dengan Emagine kerana ia akan meningkatkan keupayaan kami dengan ketara untuk memanfaatkan ledakan permintaan untuk penyelesaian analitik pengguna.  Comviva menumpu kepada memastikan kedudukan kepimpinan dalam ruang ini.  Dengan ini, kami berada dalam kedudukan yang sesuai untuk memberikan pertumbuhan hasil yang pesat kepada semua pihak berkepentingan kami."

Bercakap di majlis tersebut, David Peters, Ketua Pegawai Eksekutif, Emagine International berkata, "Kami yakin gabungan kekuatan, kepakarana perkhidmatan, dan bakat syarikat-syarikat kami akan memberikan keupayaan hujung ke hujung produk dan perkhidmatan yang lebih hebat kepada pengendali telekom, memberikan nilai yang lebih hebat kepada semua pelanggan sedia ada di seluruh dunia, dan peluang untuk pertumbuhan yang pesat."

Ditubuhkan pada tahun 1998, Emagine International merupakan penyedia perisian pemasaran berkonteks masa sebenar dan perkhidmatan pemasaran terurus untuk penyedia perkhidmatan komunikasi.  Emagine membolehkan pengendali telekom global mengurangkan pulangan pelanggan dan menjana hasil tambahan bersih daripada pelanggan.Ia dicapai menerusi kempen dan interaksi pintar masa sebenar yang bersifat peribadi, relevan dan tepat pada masanya - 'Marketing To One®' yang sebenar. Emagine telah membangunkan platform pembuat keputusan yang mengubah industri yang dinamakan RED.cloud (Pembuatan Keputusan Acara Masa Sebenar). Ia merupakan platform pembuatan keputusan masa sebenar yang maju, yang membolehkan pengendali mendapat perhatian pelanggan dan mengubahnya menjadi satu tindakan dalam hanya beberapa saat yang amat pendek.  Hal ini, kemudiannya, dijangka akan memaksimakan kedua-dua pengalaman pelanggan dan hasil tambahan.

Latar Belakang Mahindra Comviva 

Mahindra Comviva ialah peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti.  Ia merupakan subsidiari Tech Mahindra dan sebahagian daripada Mahindra Group yang bernilai USD 19 bilion.  Dengan portfolio meluas merentasi penyelesaian kewangan mudah alih, kandungan, infohiburan, pemesejan dan data mudah alih, Mahindra Comviva membolehkan penyedia perkhidmatan meningkatkan pengalaman pelanggan, merasionalkan kos dan mempercepatkan pertumbuhan hasil.  Penyelesaian mobiliti miliknya digunakan oleh lebih 130 penyedia perkhidmatan mudah alih dan institusi kewangan di lebih 95 negara, mentransformasi kehidupan lebih dua billion orang di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.mahindracomviva.com

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam Global & Komunikasi Korporat
Mahindra Comviva
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@mahindracomviva.com

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Acquisitions, mergers, takeovers