omniture

Air China Sedia Lancar Laluan Beijing-Jakarta Tanpa Henti Teroka Laluan Sutera Maritim Lama

Air China
2017-09-05 18:52 648

BEIJING, 5 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada 26 September 2017, Air China akan melancarkan laluan baharu tanpa henti antara Beijing dan Jakarta.  Laluan sedia ada kini berhenti di Xiamen, dengan jumlah masa penerbangan 9.5 jam.  Walau bagaimanapun, dengan laluan tanpa henti baharu, yang dikendalikan oleh pesawat Airbus A330-300, masa penerbangan dapat dikurangkan menjadi 7 jam sahaja.  ia menawarkan penumpang cara yang lebih pantas dan lebih selesa untuk meneroka suasana Jakarta.

Jakarta merupakan ibu negara dan juga bandar yang terbesar Indonesia.  Terletak di pantai barat laut Jawa, ia merupakan pelabuhan terkenal dan bandar paling padat di Asia Tenggara.  Sejak abad ke-15, Indonesia merupakan persimpangan penting antara laut Hindi dan Pasifik, dan hab penting bagi pertukaran komersial dan budaya antara Timur dan Barat. Di era Laluan Sutera maritim lama, kapal-kapal sentiasa singgah di pelabuhan ini dan memenuhi kapal mereka dengan barangan seperti sutera Cina, porselin dan rempah Indonesia, sebelum belayar ke destinasi terakhir mereka.

Angka rasmi daripada Indonesia menunjukkan lebih 1.4 juta pelancong Cina melawat Indonesia pada tahun 2016.  Angka ini merupakan peningkatan hampir 14% di sepanjang tahun lalu, menjadikan China negara sumber terbesar bagi pelancongan dalam negara itu.  Bermula musim luruh tahun ini, penumpang Air China akan dapat mengembara tanpa henti ke Jakarta, di mana mereka boleh berehat dan bersantai jauh daripada hiruk pikuk Beijing, menghargai sejarah dan budaya unik Indonesia dan mengalami dinamika Asia Tenggara.  Para pengunjung boleh menemukan ketenangan jiwa ketika mereka menghirup udara laut yang berbaur kelapa dan menikmati pemandangan yang menakjubkan di sekeliling mereka.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Air China telah melancarkan laluan-laluan baharu antara Beijing dan Mumbai, Colombo, Islamabad, Karachi dan destinasi Laluan Sutera yang lain. Tahun lalu, Air China memperkenalkan perhubungan baharu antara Hangzhou dan Surat Thani, serta Chongqing dan Nha Trang.  Penambahan laluan tanpa henti antara Beijing dan Jakarta ini merupakan perkembangan terbaharu dalam strategi Air China untuk mengubah Beijing menjadi hab lapangan terbang dengan capaian global sebenar, dan mempertingkat rangkuman rangkaian di Asia Pasifik.  Pada masa hadapan, Air China akan terus membangunkan produk pengembaraan yang memberikan keselesaan, berkualiti tinggi dan mampu milik untuk membantu para pelancong meneroka Indonesia.

Maklumat penerbangan:

Nombor penerbangan: CA977/8 Penerbangan keluar (Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad):  Berlepas dari Beijing pada 16:30 dan tiba di Jakarta pada 22:30 (waktu tempatan).  Penerbangan pulang (Isnin, Selasa, Khamis, Sabtu): Berlepas dari Jakarta pada 00:30 dan tiba di Beijing pada 08:30 (waktu tempatan).  Penerbangan dikendalikan oleh pesawat Airbus A330-300, dilengkapi dengan tempat duduk boleh dibaringkan sepenuhnya dalam Kelas Perniagaan, ruang kaki yang 20 peratus lebih luas dalam Kelas Ekonomi, dan tempat duduk bebas daripada kelesuan dalam Kelas Ekonomi.  Sistem hiburan peribadi disediakan dalam semua kelas.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services