omniture

Siaran Langsung Musim Kejohanan SuperMoto FIM Asia 2017 di twenty3.tv

E-Plus Global Sdn Bhd
2017-09-06 17:06 600

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 September 2017 /PRNewswire/ -- Musim Kejohanan SuperMoto FIM Asia 2017 kembali ke Asia yang menyaksikan para pelumba SuperMoto terbaik dunia bersaing bagi merebut gelaran kejohanan serantau tahun ini. Bersiap sedia untuk perlawanan pembukaan musim pada 7 & 8 Oktober 2017 di Stadium Maguwoharjo, Yogyakarta, Indonesia, peminat sukan bermotor boleh bergembira memandangkan kejohanan ini disiarkan secara langsung untuk para peminat global melalui twenty3.tv.

"Kejohanan SuperMoto FIM Asia 2017 bakal menjadi lebih berdaya saing sekembalinya para pelumba dan pengeluar antarabangsa terkemuka bersaing bagi merebut gelaran terunggul. Tahun ini, para peminat global akan disajikan dengan lebih banyak aksi yang padat dengan perlumbaan SuperMoto," kata Satheswaran Mayachandran, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Supersports Group.

Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events, melahirkan keterujaan beliau dengan kembalinya musim kejohanan ini. "Kejohanan SuperMoto FIM Asia telah menjadi pemangkin kemajuan reputasi Malaysia sebagai hab untuk aksi sukan bermotor antarabangsa. Asia Supersports Group telah merapatkan jurang untuk menghubungkan agensi-agensi dan badan-badan kerajaan antara setiap negara tuan rumah menerusi kejohanan. Saya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perkembangan musim 2017 ini dan saya yakin kejohanan ini akan menjurus kepada pertumbuhan industri pelancongan yang lebih hebat buat Malaysia."

Seramai 19 pelumba SuperMoto antarabangsa yang terkemuka bakal dikumpulkan sempena musim SuperMoto, bersaing demi kebanggaan utama negara mereka. Juara musim 2015 dari Thailand, Trakarn Thangthong, menyertai semula perlumbaan dan berikrar untuk merampas kemasyhuran daripada pelapis Malaysia, Muhd Habibullah bin Saleh.

Rakan Saluran OTT Rasmi, twenty3.tv dikuasakan oleh E-Plus Global, menyediakan kandungan sukan dan gaya hidup berkaitan menerusi Penstriman Langsung HD dan Video-atas-Permintaan (VOD). Setiap pusingan dalam Kejohanan SuperMoto FIM Asia tahun ini akan disiarkan secara langsung melalui twenty3.tv yang akan turut menyediakan VOD dan menyiarkan acara-acara untuk perlumbaan.

Peringkat akhir Kejohanan SuperMoto FIM Asia 2017 bakal diadakan di Kuala Lumpur Malaysia.

Strim musim kejohanan penuh secara langsung melalui www.twenty3.tv.

Kejohanan SuperMoto FIM Asia dipromosikan oleh Asia Supersports Group, satu konsortium yang terdiri daripada tiga syarikat iaitu Bikenation Motorsports Sdn Bhd, Trade My Superbike dan E-Plus Global Sdn Bhd; diluluskan oleh FIM Asia; dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebahagian daripada Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia), Kelab Blogger Ben Ashaari serta TX Sports.

 

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Entertainment Semantic Web Sporting Events Sports Television Joint ventures