Jalur lebar tanpa wayar PMP 450 sediakan fungsi ketersambungan mampu milik, andal untuk bandar pintar, sambungan luar bandar dan aplikasi IoT Industri
ROLLING MEADOWS, Illinois, 6 September 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan satu pencapaian penting pembuatan dengan penghantaran modul jalur lebar tanpa wayar PMP 450 kesejuta. Dilancarkan pada September 2012, sistem PMP 450 terus meningkat maju bagi menyediakan prestasi daya pemprosesan yang utama dalam industri, kecekapan berspektrum dan kapasiti, yang membolehkan pengendali rangkaian memperluas rangkaian mereka dengan cara menguntungkan dari segi geografi serta menerusi kepadatan pengguna, di samping memenuhi permintaan kapasiti data yang sentiasa berkembang.
Digunakan dalam pelbagai aplikasi, bermula daripada akses kediaman dan perusahaan, angkut balik CCTV dan perangkaian medan minyak kepada grid elektrik serta landasan kereta api, di lima benua, PMP 450 telah menghubungkan mereka yang tidak terhubung – orang ramai, tempat dan benda. Awalnya digunakan dalam 8GHz, platform PMP 450 kini tersedia menerusi 900 MHz, 2.4 GHz, 3 GHz, 4.9 GHz, 5.1 GHz, 5.4 GHz dan 5.8 GHz – memberikan keanjalan dan keteguhan maksimum dalam penggunaan spektrum. Kapasiti kadar data adalah seiring dengan permintaan pasaran dari semasa ke semasa – yang terkini menyediakan 1.2 Gbps menerusi PMP 450m.
"PMP 450m, dilancarkan pada Oktober 2016 merupakan platform PMP 450 paling canggih dan memanfaatkan berbilang teknologi canggih demi memberikan jumlah daya pemprosesan tertinggi dalam jumlah spektrum RF yang paling sedikit," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Sistem ini menggabungkan sistem penghantar-terima MIMO Berbilang Pengguna Besar-Besaran 14x14 dengan tatasusun antena penghasilan pancaran (beamforming) termaju, sejajar dengan peralihan industri kepada teknologi 5G, bagi memberikan daya pemprosesan melebihi 400 Mbps dalam saluran 20 MHz. Dengan PMP 450m, pengendali rangkaian di seluruh dunia kini berupaya memperluas liputan dan kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan penstriman video serta pemindahan data."
PMP 450m terkini dengan teknologi cnMedusa™ terbukti dapat memberikan fungsi ketersambungan dengan daya pemprosesan tinggi. "Selepas proses pemasangan peringkat awal ini, kami berharap dapat berkhidmat untuk kira-kira 111 pelanggan dengan jumlah permintaan mencecah 50 Mbps muat turun dalam sektor 90o tunggal," kata Rob Reif, Pengurus Pengeluaran, Pixius Communications. "Kami berjaya mencapai kemuncak 113 SM melalui AP ini namun buat masa ini dapat memuatkan untuk 109 pelanggan. Kini, kami menyediakan perkhidmatan muat turun sehingga 118 Mbps semasa penggunaan puncak pengguna. Saya menjangkakan para pelanggan ini lebih berpuas hati dengan perkhidmatan internet tanpa had semasa yang mereka perolehi daripada Titik Akses PMP 450m."
"Titik Akses PMP 450m dipenuhi dengan 126 pelanggan perniagaan kecil-kecilan dan kediaman, setiap satunya memeterai Perjanjian Tahap Perkhidmatan 25 Mbps," kata Tad Vernor, Pengurus ISP di Guadalupe Valley Electric Cooperative (GVEC). "PMP 450m berupaya memberikan 138 Mbps dalam saluran 20 MHz secara berterusan dengan begitu lancar."
"PMP 450m menyediakan fungsi ketersambungan umpama 5G pada masa kini," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk untuk Cambium Networks. "Cambium terus melabur dalam platform PMP 450 dan bakal menambah ciri keupayaan baharu seperti mana diperlukan dan dipiawaikan oleh pasaran dan piawaian – seperti Modul Pelanggan (SM) jalur lebar berprestasi lebih tinggi baharu yang menyokong 4.9 hingga 5.925 GHz. Berita terbaik untuk pengendali rangkaian ialah platform Titik Akses (AP) yang terus berkembang ini serasi sepenuhnya dengan modul pelanggan yang dipasang dalam rangkaian, agar keupayaan berkapasiti lebih tinggi yang baharu ditambah dengan hanya menukar AP, tanpa memerlukan kos dan masa untuk menaik taraf SM yang digunakan di lokasi pelanggan."
Kajian kes yang terperinci bagi penggunaan Pixius Communications dan GVEC disediakan melalui laman sesawang Cambium Networks.
Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubung – Orang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks memungkinkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai lebih tujuh lima juta radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.
Maklumat Perhubungan Media:
Sara Black
1-213-618-1501
sara@bospar.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg