omniture

Connections+Cloud Huawei, Dwi Pemacu Pendigitan

Huawei
2017-09-08 01:19 555

Semua Terhubung, Semua Awan, Semua Pintar

SHANGHAI, 8 September 2017 /PRNewswire/ -- Sempena HUAWEI CONNECT 2017, Huawei melancarkan "Connections+Cloud", dwi pemacu bagi strategi pendigitan dan penyelesaian rangkaian perusahaan untuk sambungan pintar semua benda. Strategi dan penyelesaian ini membantu syarikat-syarikat perusahaan mempercepatkan usaha transformasi mereka ke dalam infrastruktur awan dengan menyediakan sambungan rangkaian yang lebih komprehensif dan pengurusan rangkaian yang lebih pintar untuk semua keadan, seperti akses, WAN, pusat data dan saling sambung. Kelebihan-kelebihan ini membantu syarikat-syarikat perusahaan membangunkan infrastruktur teknikal untuk masyarakat pintar masa depan. Hasilnya, syarikat-syarikat perusahaan mempunyai kedudukan lebih baik untuk merebut peluang komersial, menjana pendapatan baharu dan meningkatkan kecekapan operasi menerusi transformasi digital mereka.

"Pembangunan platform dwi enjin digital merupakan strategi produk masa depan Huawei. Dengan kelebihan kolaborasi awan-rangkaian, Huawei menggabungkan keupayaan perisian dan perkakasan, keupayaan saling sambung berkelajuan tinggi pusat data, dan keupayaan inovasi perkhidmatan awan selain bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk membangunkan salah satu daripada lima infrastruktur awan dunia," kata Presiden Produk & Penyelesaian Huawei, David Wang. "Pada masa depan, infrastruktur awan akan tersedia di mana wujudnya sambungan. Tujuan sambungan adalah untuk menyediakan awan yang cekap, dan nilai awan dapat dicapai dengan sambungan." Setiap syarikat perusahaan akan memerlukan rangkaian yang mempunyai fungsi ketersambungan yang lebih kuat, pengurusan yang lebih pintar dan platform yang lebih bersifat terbuka untuk menggalakkan inovasi model perniagaan dan memacu pertumbuhan baharu."

Dalam dunia moden masa kini, syarikat-syarikat perusahaan memerlukan rangkaian untuk menghubungkan bukan sekadar perkhidmatan pejabat teras tetapi juga pengguna, peralatan dan persekitaran. Ini menjurus kepada penggabungan proses-proses perkhidmatan, termasuk pengeluaran, logistik, operasi, pemasaran dan juga jualan. Daripada menyediakan perkhidmatan yang memerlukan usaha terbaik, rangkaian perlu menyediakan kualiti perkhidmatan terjamin, penghantaran data yang tinggi kecekapan, O&M pintar dan perkhidmatan yang selamat – rangkaian perlu menghubungkan perisikan perusahaan bagi mempercepatkan transformasi digital perusahaan.

Huawei menyediakan pelbagai teknologi sambungan rangkaian berwayar dan tanpa wayar, melaksanakan akses maklumat dalam semua keadaan yang mudah, menghapuskan silo maklumat, menyatukan maklumat berpecah-pecah dan membangunkan rangkaian yang dapat mengenal pasti identiti pengguna akses, jenis aplikasi dan persekitaran kerja. Rangkaian Huawei boleh menganalisis tingkah laku dan niat pengguna menggunakan Analitik Data Besar, merangsang pengautomatan rangkaian untuk penghantaran perkhidmatan berkualiti tinggi, jaminan pengalaman aplikasi hujung-ke-hujung, dan O&M pintar serta lokasi kesalahan. Rangkaian juga boleh membuka maklumat menggunakan antara muka mengikut keperluan perkhidmatan dan aplikasi agar pengguna dapat mengoptimumkan dan menginovasi perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan.

Pelancaran penyelesaian rangkaian perusahaan untuk Sambungan Pintar Semua Benda termasuk: penyelesaian CloudCampus yang membantu syarikat-syarikat perusahaan membangunkan rangkaian kampus digital dipacu perkhidmatan, penyelesaian X-Gen Wi-Fi yang memberikan pelanggan dengan pengalaman perkhidmatan video 4K melata dan mempercepatkan aplikasi perindustrian untuk semua senario IT, penyelesaian CloudFabric yang membangunkan rangkaian pusat data awan dengan reka bentuk yang amat ringkas, pengaturan dan O&M, penyelesaian saling sambung DC (DCI) 400G yang membangunkan rangkaian saling sambung berkapasiti tinggi, tanpa sekatan dan kelewatan rendah, serta penyelesaian SD-WAN yang memberikan pengalaman terunggul dalam saling sambung WAN. Produk dan penyelesaian rangkaian perusahaan Huawei digunakan secara meluas di lebih 100 negara dan kawasan seluruh dunia dan mempercepatkan transformasi digital perusahaan berasaskan Sambungan Pintar Semua Benda. Setakat ini, Setakat ini, 197 syarikat dalam senarai Fortune Global 500 dan 45 daripada 100 perusahaan terbaik memilih Huawei sebagai rakan transformasi digital mereka

HUAWEI CONNECT, acara kebanggaan Huawei untuk industri ICT global, bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 5-7 September 2017 bertemakan "Berkembang dengan Awan". Melalui platform global bagi tujuan kolaborasi terbuka ini, Huawei bersama-sama pelanggan dan rakan kongsinya akan meninjau peluang pertumbuhan baharu melalui transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2017/

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news