omniture

MR PORTER Lancar Perkongsian Dan Kolaborasi Rintis Kedua Bersama Matthew Vaughn Untuk Kingsman: The Golden Circle

MRPORTER.COM
2017-09-08 03:43 649

LONDON, 8 September 2017 /PRNewswire/ -- MR PORTER, destinasi dalam talian pemenang anugerah untuk gaya lelaki, dan pembikin filem yang disanjung ramai, En. Matthew Vaughn, dengan sukacitanya melancarkan kolaborasi "costume to collection" kedua bagi label pakaian lelaki, Kingsman, dibangunkan dan diilhamkan oleh filem 20th Century Fox akan datang, Kingsman: The Golden Circle yang ditayangkan di panggung wayang mulai 22 September.

MR PORTER LAUNCHES SECOND PIONEERING PARTNERSHIP AND COLLABORATION WITH MATTHEW VAUGHN FOR KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE
MR PORTER LAUNCHES SECOND PIONEERING PARTNERSHIP AND COLLABORATION WITH MATTHEW VAUGHN FOR KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE

Ini merupakan perkongsian "costume to collection" kedua antara MR PORTER, En Matthew Vaughn dan pereka pakaian yang memenangi anugerah Cik Arianne Phillips ekoran kejayaan penciptaan dan pelancaran Kingsman bagi filem asal 2015 Kingsman: The Secret Service.

Kingsman: The Secret Service memperkenalkan dunia kepada Kingsman – agensi perisikan bebas dan bertaraf antarabangsa yang beroperasi pada tahap kebijaksanaan tertinggi, dengan matlamat utamanya adalah untuk memastikan dunia kekal selamat. Dalam Kingsman: The Golden Circle, wira-wira kita berhadapan dengan cabaran baharu. Apabila ibu pejabat mereka dimusnahkan dan dunia menjadi tebusan, perjalanan mereka membawa kepada penemuan organisasi pengintip bersekutu di AS yang dikenali sebagai Statesman, bermula sejak kedua-dua organisasi tersebut ditubuhkan. Dalam satu pengembaraan baharu yang menguji sepenuhnya kekuatan dan kecerdasan ejen mereka, kedua-dua organisasi rahsia elit ini bersatu untuk menewaskan musuh bersama yang kejam, bagi menyelamatkan dunia. Kingsman: The Golden Circle dibintangi oleh barisan pelakon asal iaitu Messrs Colin Firth, Taron Egerton serta Mark Strong dan turut memperkenalkan barisan pelakon baharu En. Jeff Bridges, En.Channing Tatum, En.Pedro Pascal, Sir Elton John, Cik Halle Berry dan Cik Julianne Moore.

From Costume to Collection 2.0 – Seluruh koleksi pakaian lelaki mewah, yang dipaparkan sepanjang filem, dilancarkan di seluruh dunia melalui MR PORTER pada 7 September dan menyediakan banyak kategori Kingsman asal dan jenama-jenama rakan kongsi. Pakaian utama ini merangkumi: jahitan asal Kingsman; kain kemeja Turnbull & Asser; cermin mata Cutler And Gross; kasut George Cleverley ; tali leher dan kotak saku Drake's ; pakaian luar Mackintosh ; payung Swaine Adeney Brigg ; peralatan menulis Conway Stewart ; serta kafling dan aksesori kecil Deakin& Francis.      

Begitu juga dengan pengenalan watak-watak baharu dan plot jalan cerita dalam Kingsman: The Golden Circle, MR PORTER akan membuat pelancaran menerusi set baharu pakaian "costume to collection" dan jenama-jenama rakan kongsi: jam tangan Tag Heuer; sniker adidas ; but wellington Hunter Boots ; topi Stetson ; jaket varsiti Golden Bear ; denim dan kain kemeja barat Jean Shop; pakaian luar Mister Freedom ; jaket musim sejuk Rocky Mountain Featherbed; kemeja peluh dan seluar Todd Snyder ; botol arak bercembul kaca Higgs & Crick ; dan juga minyak wangi The Perfumer's Story by Azzi Glasser .

Inspirasi untuk koleksi ini diperoleh daripada butiran berkenaan jahitan dalam dua skrip filem tersebut – dalam Kingsman: The Golden Circle, jaket merokok tradisional yang diperbaharui kepada baldu jingga, berserta baju Barat yang dimodenkan daripada Turnbull & Asser dan Jean Shop. Dalam Kingsman: The Secret Service dan Kingsman: The Golden Circle, pakaian adalah penting untuk dunia watak sama seperti kereta dan gajet. En. Vaughn, menerusi sokongan daripada Cik Phillips dan MR PORTER, terus membangunkan rangkaian produk yang menjadi bahagian penting dalam bahasa filem ini dan koleksi yang boleh diterjemah dengan mudah untuk golongan lelaki moden.

Khususnya sejak dilancarkan, Kingsman menjadi salah satu jenama mewah MR PORTER paling laris terjual. Rangkaian "costume to collection" terkini daripada Kingsman ini merupakan musim komersial ketujuh sejak ditampilkan julung kali pada Januari 2015.

En Matthew Vaughn, Pengarah, berkata: "Selepas menonton Risky Business ketika remaja, apa yang saya inginkan ialah sepasang cermin mata hitam Wayfarer – selepas itu Top Gun muncul dan saya ingin kelihatan seperti juruterbang. Kuasa filem untuk menetapkan trend adalah sangat besar dan Kingman merupakan peluang terbaik untuk mencipta label milik saya sendiri yang diilhamkan oleh filem. Namun begitu, ia hanya akan berhasil sekiranya kami mempunyai rakan kongsi terbaik untuk membantu melancarkan koleksi Kingsman, dan MR PORTER ialah pilihan yang jelas."

En Toby Bateman, Pengarah Urusan, MR PORTER, berkata: "Kingsman menjadi salah satu jenama mewah MR PORTER berprestasi tinggi, tujuh musim fesyen dalam perkembangan dan pelancarannya, dan ia begitu sepadan berada sebaris dengan lebih 400 jenama pereka dan gaya hidup yang berkaliber. Kami tidak pernah membayangkan kejayaan besar ini, dan kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Matthew Vaughn dan Arianne Phillips sekali lagi dalam koleksi yang lebih pelbagai dan boleh dipakai untuk Kingsman: The Golden Circle, disediakan secara eksklusif melalui MR PORTER."

Cik Arianne Phillips, Pereka Pakaian, berkata: "Saya berasa teruja untuk menyatakan bahawa perkongsian 'costume to collection' Kingsman dengan MR PORTER terus menjadi standard emas dalam industri – usaha tanpa kompromi, berwawasan dan tulen dalam perdagangan filem, yang mana kami bukan sahaja percaya kepada dunia watak ini, tetapi turut melabur dalam beberapa pakaian lelaki yang paling kualitatif dan kontemporari yang tersedia seluruh dunia. Siri kami seterusnya membawa kami kepada Kingsman: The Golden Circle, yang mana kami meneruskan pengisahan kami bersama pengintip British elit kami dan turut memperkenalkan kumpulan watak baharu bagi memperluas 'costume to collection' Kingsman. Menerusi watak dan jalan cerita baharu kami, saya boleh meneroka ruang baharu dengan pakaian ini khususnya dengan pengaruh Barat terhadap watak Statesman. Bukan sahaja kami telah mengukuhkan kedudukan Kingsman sebagai jenama pakaian lelaki yang sah, bahkan dengan setiap filem, kami mempunyai lebih banyak peluang untuk memperluas koleksi ini tanpa batasan dan bersifat organik."

MR PORTER akan membuat penampilan sulung rangkaian "costume to collection" baharu berserta isu-isu Kingsman khusus dalam The Journal, majalah mingguan digital boleh membeli belah; serta The Post, surat khabar dwibulanan dengan halaman besar.

MR PORTER akan turut membuka kedai Kingsman pertama dunia di London pada 8 September, ditempatkan dalam kedai peniaga wain yang berusia 300 tahun Berry Bros. & Rudd. Kedai mandiri di Berry Bros. & Rudd memainkan peranan penting dalam plot Kingsman: The Golden Circle, yang membolehkan pelanggan dan peminat membeli koleksi ini di dalam kedai runcit fizikal, dan memasuki persekitaran Kingsman, yang diambil terus daripada filem baharu. 

Acara pembukaan kedai bakal diadakan di London pada malam 7 September; pada sebelah petang di NYC, MR PORTER akan turut menganjurkan tayangan eksklusif Arianne Phillips: Dressing The Part, sebuah filem dokumentari MR PORTER yang meraikan hasil kerja pereka pakaian dan jurugaya yang memenangi anugerah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian "costume to collection" baharu dan melihat hab kandungan Kingsman melalui MR PORTER, layari pautan berikut: mrporter.com/en-us/campaigns/kingsman-the-golden-circle.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/552157/Kingsman_MR_PORTER.jpg

 

Source: MRPORTER.COM
Related Links:
Keywords: Entertainment Fashion Film & Motion Picture Household/Consumer/Cosmetics Textiles New products/services