![]() |
NEW YORK, 9 September 2017 /PRNewswire/ -- Tom Ford mempersembahkan Koleksi Musim Bunga/Panas Wanita 2018 yang amat dinanti-nantikan di Bandar Raya New York malam semalam. Persembahan ini berlangsung di Park Avenue Armory bertempat di 643 Park Avenue. Ia merupakan acara pertama yang diadakan sempena Minggu Fesyen New York musim kali ini.
Seusai pertunjukan fesyen, parti selepas pertunjukan dimulakan dengan menampilkan DJ Virgil Abloh. Majlis ini meraikan penampilan sulung minyak wangi Private Blend terkini TOM FORD, "F*cking Fabulous." Minyak wangi ini akan mula dijual di kedai-kedai mulai hari ini, 7 September.
Lebih 800 tetamu hadir termasuk:
Julianne Moore, Kim Kardashian, Russell Westbrook, Liev Schreiber, Karlie Kloss, Hailey Baldwin, Ansel Elgort, Cindy Crawford and Rande Gerber, Ciara, Andrea Riseborough, Doutzen Kroes, Helena Christensen, Suki Waterhouse, Poppy Delevingne, Jimmy Iovine dan Liberty Ross, Leigh Lezark, Gina Gershon, Sistine Stallone, Dylan Penn, Cameron Dallas, Chaka Khan, Pat Cleveland serta Diala Makki.
Julianne Moore memakai gaun ropol baldu dengan zip hadapan daripada logam bedil
Liev Schreiber memakai suit lapel runcing Navy O'Connor dengan baju siang berwarna putih klasik, tali leher dikait berwarna biru gelap, poket empat segi kapas berwarna putih berkrim dan kasut kulit berenda berwarna hitam
Russell Westbrook memakai jaket acara malam jacquard berwarna teal dengan lapel satin, baju malam berwarna putih dan seluar malam berwarna hitam
Karlie Kloss memakai gaun tak simetri hitam dan kasut pump kulit berwarna hitam klasik dengan tumit logam emas
Ansel Elgort memakai jaket koktel Shelton jacquard berus cat biru dengan lapel selendang satin, baju malam plastron berlipat, seluar koktel berwarna hitam klasik dan sandal paten hitam
Cindy Crawford memakai gaun bersulam tanpa lengan dan terbuka bahagian belakang dengan perincian rantai leher logam bedil
Ciara memakai gaun tanpa lengan berwarna hitam dengan perincian skaf kulit dan sandal bertali perak
Chaka Khan memakai blazer tuksedo lapel runcing baldu dengan perincian satin serta seluar kaki tegak berwarna hitam klasik
Doutzen Kroes memakai gaun cady merah dengan panel sisi berfabrik nipis
Pat Cleveland memakai gaun dengan selendang grafik hitam dan putih
Sistine Stallone memakai gaun bersulam bunga berlengan panjang
Helena Christensen memakai gaun mini lengan panjang bercekak dan bersulam gangsa dengan kasut sequin pump gangsa
Leigh Lezark memakai baju lengan panjang berlabuci hitam dengan skirt pensel paten serta kasut suede pump jari terbuka
Gina Gershon memakai jaket tuksedo lapel satin berwarna hitam dan seluar malam berwarna hitam
Cameron Dallas memakai jaket malam baldu hitam dengan seluar jeans biru kelasi dan kasut loafer berantai York
Poppy Delevingne memakai gaun koktel tak bertali bahu baldu berwarna hijau gelap kekuningan dengan perincian corak harimau bintang
Suki Waterhouse memakai gaun mini tenunan kulit paten berwarna hitam
Diala Makki memakai gaun mini warna-blok tutup bahu
Imej Koleksi SpringSS2018:
Dirakam oleh Dan dan Corinne Lecca
https://tomford.box.com/s/42u7m2r60d4ilxmbur4dninhgoqq4usr
Imej Acara dan Ketibaan:
Dirakam oleh BFA
https://tomford.box.com/s/42u7m2r60d4ilxmbur4dninhgoqq4usr
Untuk imej tambahan, sila layari pautan berikut:
https://bfa.com/events/20611
https://bfa.com/events/20612
https://bfa.com/events/20605
https://bfa.com/events/20614
https://bfa.com/events/20609
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/465215/TOM_FORD_Logo.jpg