omniture

Kavalan Raih Lima Anugerah Platinum di International Review of Spirits

Kavalan
2017-09-11 10:08 705

TAIPEI, Taiwan, 11 September 2017 /PRNewswire/ -- Kavalan, wiski terunggul Taiwan memenangi lima anugerah Platinum dan 13 Emas di International Review of Spirits 2017 (IRS).

Kavalan raih 5 pingat Platinum di pertandingan IRS 2017
Kavalan raih 5 pingat Platinum di pertandingan IRS 2017

Wiski Malt Solist Port Kekuatan Tong Tunggal telah dinobat sebagai wiski terbaik 2017 dalam kelasnya dengan markah kategori tertinggi sebanyak 98 markah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan, En. YT Lee berkata para juri telah berpendapat Port sebagai: "Kajian Contoh" dalam pemilihan tong dengan "Kedalaman, kerumitan, panjang dan jiwa cemerlang."

"Pengiktirafan kualiti hasil kerja keras kami amat bermakna apabila memikirkan 10 tahun lalu tiada sesiapa yang percaya bahawa tidak mustahil untuk membuat wiski bertaraf dunia di Taiwan," kata En Lee. 

Para juri menyifatkan Port sebagai 'Berhalwa, Berperisa Buah, Kompleks, Kaya & Berbau Asap' dan beraroma 'Campuran buah-buahan kering, grenache coklat, ceri hitam masak, dan kacang masin' dengan rasa seperti 'jagung manis pangang, kayu manis, cengkih, lada hitam, jem mawar, kulit oren musim sejuk dan jintan manis.'

Semua minuman Kavalan adalah Malt Tunggal. Empat daripada lima pemenang pingat Platinum adalah Kekuatan Tong Tunggal mengikut turutan markah tertinggi seperti berikut:

98 - Kavalan Solist Port
97 - Kavalan Solist ex-Bourbon
96 - Kavalan Solist Sherry 
96 - Kavalan Solist Amontillado Sherry

Platinum terakhir telah diberi kepada  Kavalan Distillery Reserve Tong Peaty dengan 97 markah.

Malt tunggal Kavalan telah dihakimi oleh IRS sebagai "amat berperisa, kompleks, minuman beralkohol bertaraf dunia … produk dihasilkan dengan pintar … dan cuaca tropikal Taiwan yang unik mempercepatkan proses penuaan." Kavalan terhutang budi kepada mendiang Dr. Jim Swan, yang telah bertindak sebagai pakar teknikal Kavalan semenjak konsepsinya di awal tahun 2000 hingga Februari tahun ini.

Latar Belakang Kavalan Whisky

Kilang penyulingan wiski pertama Taiwan dikhususkan untuk seni pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kavalan dimatangkan dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, dan turut memanfaatkan bayu laut dan gunung, selain mata air dari Gunung Salji, yang digabungkan untuk menciptakan rasa berkrim Kavalan yang terkenal. Nama kilang penyulingan ini berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, iaitu lokasi kilang, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induknya, King Car Group. Kavalan telah mengumpul lebih 250 anugerah emas dan boleh didapati di 60 buah negara. Layari www.kavalanwhisky.com/EN/main.aspx.

Hubungan Media:

Yvonne Chou 
886-3922-9000#7162 
yvonne@kavalandistillery.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170908/1937165-1

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards