Mengecas tanpa wayar terus dipertingkat dengan pengecasan serentak telefon pintar dan kamera 360 darjahnya yang terhubung
SAN FRANCISCO, 11 September 2017 /PRNewswire/ -- ConvenientPower Systems mengumumkan reka bentuk pengecas tanpa wayar pertama industri untuk kamera 360 darjah telefon pintar, ION360 UTM. Aksesori pengecasan tanpa wayar baharu ini adalah yang pertama seumpamanya yang terdapat di pasaran, dan menyediakan penyelesaian inovatif bagi aplikasi media sosial, foto dan video masa kini yang banyak menggunakan tenaga.
Pengecas tanpa wayar ConvenientPower Systems mengecas telefon pintar dan kamera lepas tanggal secara serentak, dan merupakan kejayaan dalam memudahkan pengecasan untuk gaya hidup telefon mudah alih hari ini.
"ION360 U adalah satu-satunya platform telefon pintar yang memberikan dimensi baharu dalam kelajuan dan kemudahan kepada foto 360, video dan penstriman langsung dalam perkongsian media sosial dan pengecasan tanpa wayar," kata Giovanni Tomaselli, Presiden dan Pengasas, ION360 Group.
"Dengan melaksanakan pengecasan tanpa wayar ke dalam sarung bateri telefon pintar, fungsi pilihan pengecasan tanpa wayar telefon pintar telah diperluaskan dengan terhubungnya telefon dan aksesori kamera 360 darjah," kata Camille Tang, Presiden, ConvenientPower Systems. "Pertumbuhan aplikasi yang banyak menggunakan kuasa seperti perkongsian pengalaman di media sosial, dan video 360 darjah mewujudkan keperluan untuk sentiasa boleh mengecas, tanpa wayar dan semasa bergerak. Reka bentuk pengecas tanpa wayar baharu bagi kamera telefon pintar memenuhi keperluan ini."
Sarung bateri telefon pintar pengecas tanpa wayar foto dan siaran langsung video ION360 U tersedia untuk model iPhone dan Galaxy terpilih dan ia serasi dengan Qi.
Latar Belakang ConvenientPower Systems
ConvenientPower Systems "CPS" adalah sebuah hab sehenti bagi penyelesaian mengecas, produk dan perkhidmatan tanpa wayar. Satu-satunya teknologi mengecas tanpa wayar dan penyedia penyelesaian dengan teknologi yang terbukti dalam produk yang telah dilancarkan di pasaran, dalam jumlah yang banyak, setiap tahun, sepanjang 8 tahun, CPS mempunyai 25 produk kategori pertama dunia. Penyelesaian dan produknya merentas aplikasi pengguna dan mudah alih, automotif, perabot dan bangunan, perubatan dan penjagaan kesihatan. Teknologi mengecas tanpa wayar CPS dilindungi oleh paten. CPS Group berada di Hong Kong, San Francisco, Shenzhen, Chengdu.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/553903/ConvenientPower_Systems.jpg