omniture

Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Keras Global Terkemuka Perangi Tabiat Minum yang Memudaratkan di Lebih Seratus Negara - IARD

International Alliance for Responsible Drinking (IARD)
2017-09-11 23:14 530

LONDON, 11 September 2017 /PRNewswire/ --

Dengan menubuhkan kerjasama inovatif dengan berates-ratus organisasi, 11 buah syarikat [i] pengeluar beberapa jenama bir, wain dan minuman keras paling popular di dunia telah:

  • Menghubungi lebih daripada 100 juta orang dengan pesanan-pesanan pendidikan yang menumpu kepada pencegahan amalan minum bawah umur
  • Mewujudkan kempen untuk mencegah pemanduan selepas minum di 80% pasaran di tempat mereka aktif
  • Menunjukkan bahawa syarikat-syarikat boleh menjadi rakan kongsi yang cekap dalam menangani amalan minum yang memudaratkan, mempercepat perubahan ke arah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) UN

Seperti yang diperinci dalam laporan kemajuan[iii] Komitmen Pengeluar 2016 yang diterbitkan hari ini, pengeluar-pengeluar terkemuka dunia meneruskan usaha untuk menangani penggunaan alkohol yang memudaratkan dengan memupuk kerjasama baharu di merentas sektor, bermula dengan kerajaan dan peruncit kecil, kepada sektor bukan keuntungan dan sektor swasta lain.

Mengambil contoh daripada kajian kes di sembilan buah negara di seluruh dunia, laporan ini menonjolkan pengajaran dan pandangan utama untuk tindakan masa hadapan dan mengakui bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan walau pun telah membuat kemajuan.

Carlos Brito, Pengerusi IARD[iii] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Anheuser-Busch InBeV (AB InBeV), berkata: "Kami bangga dengan produk kami dan peranannya dalam masyarakat, percaya bahawa budaya minum dengan bijak adalah baik untuk perniagaan, dan menyedari kewajipan kami untuk membantu mengurangkan pengambilan alkohol yang memudaratkan. Kami telah menyaksikan bahawa kemajuan adalah tidak mustahil, tetapi kami tahu masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita semua mencari peluang untuk menikmati perkara-perkara baik dalam kehidupan. Kita mahu yang terbaik untuk keluarga dan komuniti kita. Ia terpulang kepada kita semua untuk mempromosi minum dengan bijak dan mengurangkan amalan penggunaan alkohol yang memudaratkan. Amalan minum yang memudaratkan adalah satu isu kompleks yang mempunyai pelbagai punca. Kami percaya bahawa syarikat-syarikat bir, wain dan minuman keras boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian. Cita-cita IARD adalah untuk mewujudkan piawaian antarabangsa untuk mencegah amalan minum yang memudaratkan, dengan membantu kami berkongsi amalan terbaik, mewujudkan komitmen yang sama dan memudahkan dialog dengan masyarakat awam. Kami bertekad untuk berusaha dalam tahun terakhir Komitmen dan masa hadapan."

Henry Ashworth, Presiden IARD menambah: "Laporan kemajuan menunjukkan keazaman pengeluar-pengeluar terkemuka dunia untuk menjadi penggerak usaha kebaikan dalam industri dan masyarakat mereka. Perubahan jangka masa panjang yang lestari dan pengurangan amalan minum yang memudaratkan hanya boleh berlaku apabila organisasi swasta, awam dan organisasi bukan keuntungan bekerjasama di peringkat tempatan, negara dan dunia. Kami mahu bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk mewujudkan hubungan baharu dan model kerja yang memacu perubahan positif dalam semua komuniti kami."

Sorotan daripada laporan kajian kes termasuk:

  • Pelbagai kempen media sosial yang sangat berkesan, seperti:
    • Australia: usaha pelbagai sektor membawa kepada kempen yang diiktiraf antarabangsa 'Bagaimana untuk minum dengan betul' [https://drinkwise.org.au/our-work/drinking-do-it-properly/#] yang menangani amalan minum berlebihan dan mencapai dua juta orang muda;
    • Afrika Selatan: kempen Facebook kami #bethementor [http://www.bethementor.sab.co.za/] yang disertai oleh komunikasi bersemuka yang dikaitkan dengan 91% pengurangan dalam amalan minum di bawah umur oleh peserta-peserta muda; dan
    • Brazil: program yang dikendalikan oleh ABRABE Sem Excesso ("No Excess") menarik 159,460 pengunjung laman sesawang yang unik, memperoleh 400,000 tontonan YouTube, lebih daripada 808,000 "like" di Facebook, dan lebih daripada 50,000 pengikut twitter.
  • Kemajuan ketara dalam mengurangkan pemanduan dalam keadaan mabuk, sebagai contoh:
    • Poland: Kebanyakan negeri kini mempunyai pegawai polis yang dilatih untuk melakukan ujian nafas alkohol di tepi jalan. Di sebuah negeri yang diberi tumpuan, penurunan sebanyak 44% kemalangan lalu lintas yang berkaitan alkohol dilaporkan antara 2013 dan 2016;
    • Mexico: kebanyakan negeri kini mempunyai pegawai polis yang dilatih untuk melakukan ujian nafas alkohol; dan
    • Sepanyol: kempen pelbagai media untuk mengurangkan amalan memandu ketika mabuk telah diiktiraf sebagai contoh amalan terbaik oleh Forum Alkohol dan Kesihatan Eropah (EAHF) dan telah menerima anugerah daripada Kementerian Industri Sepanyol
  • Memorandum Persefahaman (MOU) yang pertama antara Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Bersekutu dan pengeluar-pengeluar minuman
    • Republik Dominika: MOU mewujudkan pelan kerja komprehensif untuk: mengurangkan amalan minum bawah umur, mengukuhkan dan meluaskan kod amalan pemasaran; mengurang amalan pemanduan mabuk; dan melibatkan sokongan peruncit sebagai usaha untuk mengurangkan amalan minum yang memudaratkan. "Kelompok Alkohol" juga telah diwujudkan, merangkumi ramai pihak berkepentingan yang kini bertemu sebulan sekali untuk membincangkan pelan tindakan dalam menyokong komitmen ini.

Rujukan

i.      11 peserta Komitmen Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Keras untuk Mengurangkan Amalan Minum yang Memudaratkan [http://www.producerscommitments.org] ialah Anheuser-Busch InBev; Asahi Group Holdings; Bacardi; Beam Suntory; Brown-Forman Corporation; Carlsberg; Diageo; Heineken; Kirin Holdings Company; Molson Coors; Pernod Ricard.

ii.     Komitmen Pengeluar

  • Mengurangkan amalan minum bawah umur
  • Mengukuhkan dan meluaskan kod amalan pemasaran
  • Menyediakan maklumat pengguna dan inovasi produk bertanggungjawab
  • Mengurangkan pemanduan dalam keadaan mabuk
  • Melibatkan sokongan peruncit untuk mengurangkan amalan minum yang memudaratkan

iii.    Dilancarkan dalam bulan Januari 2015, IARD adalah sebuah pertubuhan tanpa untung yang berdedikasi dalam menangani isu kesihatan awam di peringkat global dan menggalakkan amalan minum secara berhemah.

Ahli-ahli IARD adalah syarikat-syarikat pengeluar minuman keras terkemuka dunia yang merupakan peserta kepada Komitmen ini. Sebagai Sekretariat kepada Komitmen ini, para peserta Komitmen telah memberi IARD tugas khusus yang memerlukan koordinasi peringkat global.

Sebagai Sekretariat, IARD:

  • Menyelaras pelaporan berkenaan Komitmen dengan KPMG dan Accenture, menguruskan program perintis (terutamanya untuk memandu ketika mabuk)
  • Menyelaras dengan rakan kongsi antarabangsa (sebagai contoh, World Federation of Advertisers)
  • Mengarahkan analisa pematuhan pemasaran
  • Menyediakan pakar (sebagai contoh, penyelidik) dan rakan kongsi (sebagai contoh, peruncit)
  • Mengendalikan analisa ke atas dasar dan program dan mengeluarkan kemudahan dasar dan panduan amalan baik (sebagai contoh, Panduan Pendidikan Alkohol [http://alcoholedguide.org ])

Untuk maklumat lanjut, dan untuk membaca laporan penuh, sila layari: producerscommitments.org

Source: International Alliance for Responsible Drinking (IARD)
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Retail