omniture

Mantan Ketua Saintis RSA Keluarkan Kertas Putih Ketersambungan Kontrak Pintar, Pengarah Kejuruteraan Facebook & Pencipta LLVM Sertai Lembaga Penasihat ChainLink

ChainLink Network
2017-09-12 00:59 527

Umum senarai putih untuk penuhi permintaan jualan ChainLink

SAN FRANCISCO, 12 September 2017 /PRNewswire/ -- Ari Juels, ahli akademik kriptografi dan mantan Ketua Saintis RSA terkemuka, telah mengarang bersama dan mengeluarkan senarai teknikal bersama pasukan SmartContract.com, penyedia perisian tengah rantaian blok terkemuka, yang digunakan oleh pemimpin teknikal seperti SWIFT, dan membolehkan kontrak-kontrak pintar berhubung dengan selamat dengan sumber data luar dan kaedah bayaran luar rantaian (off-chain). Kertas akademik yang disemak setara menawarkan pandangan baharu tentang bagaimana kontrak pintar boleh dikembangkan penggunaannya melangkaui kegunaannya sebagai mekanisme penjualan token, dan mempersembahkan ChainLink, satu pendekatan baharu untuk menghubungkan kontrak pintar dengan data dunia dengan selamat, mana-mana/semua API dan sistem bayaran bank yang tradisional.

Dalam pengumuman yang berkaitan, pasukan ChainLink Network telah menambah Pengarah Kejuruteraan Facebook, Evan Cheng sebagai Penasihat Teknikal yang aktif. Sebelum ini, Cheng mencipta LLVM, yang digunakan oleh semua peranti iOS Apple dan Mac untuk mengendalikan kod mesin tahap rendah selamat, serta memainkan peranan penting dalam bagaimana selamat kod mesin tahap rendah yang dikendalikan oleh beberapa syarikat teknologi terkemuka dunia, termasuk Google, Intel, AMD, Nvidia, dan banyak pemimpin teknikal lain yang bergantung kepada pengendalian sistem yang tidak boleh diubah. Cheng telah menerima ACM Software Systems Award yang berprestij apabila LLVM diiktiraf sebagai piawaian global kerana mencipta kod mesin tahap rendah yang selamat, membolehkan penggunaan seharian segalanya daripada iPhones ke carian Google hinggalah ke kad grafik Nvidia.

Ketua Pegawai Eksekutif SmartContract.com dan Pengasas ChainLink Sergey Nazarov berkata: "Kami beruntung dapat bekerja dengan seseorang yang berwawasan teknikal seperti Evan, sumbangan beliau dalam bagaimana kod mesin tahap rendah boleh mengendalikan banyak perkhidmatan yang kita gunakan hari ini secara selamat, menjadikan beliau seorang pakar berwibawa yang berharga dalam kaedah menjadikan infrastruktur yang terpencar juga sangat selamat."

Kertas putih ChainLink telah diselidik dengan teliti dan disemak oleh profesor sains komputer yang unggul, pakar keselamatan siber, dan pemimpin industri rantaian blok.  Penyelidikan ini telah diketuai oleh Ari Jules, mantan Ketua Saintis di RSA dan kini merupakan profesor Sains Komputer terkenal di Jacob Institute Cornel Tech, serta sebagai Pengarah Bersama IC3, sebuah inisiatif ahli-ahli fakulti di Cornell University, Cornel Tech, UC Berkeley, UIUC dan Technion. Jules telah membuat sumbangan penting dalam bidang keselamatan siber dan telah menyumbang kepada penyelidikan sistem teragih yang mengubah dunia melalui kerjanya yang terkenal bertajuk Proof of Retrievability, yang digunakan oleh pemimpin sistem terpencar seperti Filecoin, Storj dan lain-lain. Kertas putih ini kini boleh didapati untuk semakan umum.

Sergey Nazarov berkata: "Kami sangat gembira dapat bekerja dengan seorang ahli akademik yang istimewa, berwawasan teknikal dan seorang yang hebat secara keseluruhannya seperti Ari. Sumbangan beliau kepada industri keselamatan siber tradisional dan infrastruktur rantaian blok baru muncul benar-benar merupakan asas penting dalam industri.

"Membina ChainLink berdasarkan penyelidikan terkemuka industri dan berfokuskan keselamatan meletakkan pendekatan ini dalam kedudukan paling kukuh untuk berjaya secara teknikal. Kami menjangkakan pendekatan semakan setara, modular dan sumber terbuka seperti yang dibentangkan dalam kertas putih ChainLink akan membolehkan kami mewujudkan sambungan yang selamat dan penting antara kontrak pintar dan sumber luar utama seperti kemasukan data, API, dan pelbagai sistem pembayaran.

Hasil daripada permintaan yang sangat tinggi bagi penyertaan dalam jualan ramai (crowdsale) token ChainLink, pasukan ChainLink telah mencipta laluan dengan berhati-hati untuk memastikan akses meluas. Penjualan ini, yang akan bermula pada 19 September 2017, pada 15:00:00 Waktu Universal Selaras (UTC), akan mematuhi proses senaraian yang ketat yang membenarkan penyertaan yang lebih besar komuniti rantaian blok, dan mereka yang berminat untuk menyokong perisian tengah rantaian blok yang terpencar sepenuhnya.

Token LINK akan digunakan dalam ChainLink Network, yang membenarkan kontrak pintar mengakses banyak sumber luar rantaian secara selamat untuk menjadi benar-benar berguna bagi perjanjian-perjanjian kewangan, insurans, pembiayaan perdagangan, dan perjanjian misi kritikal yang lain. Token LINK akan memberikan pemaju keupayaan untuk membayar setiap Pengendali Nod ChainLink bagi data, API dan keupayaan pembayaran luar rantaian yang mereka sediakan. Keadaan ini menyediakan cara yang selamat, pantas dan boleh disahkan untuk menghubungkan kontrak pintar kepada sumber-sumber data luar, API, sistem dalaman, dan infrastruktur perbankan sedia ada, yang kesemua fungsinya diperlukan untuk kegunaan kes-kes sebenar.

Sergey Nazarov berkata: "Semakin hampir ChainLink kepada pelancaran jualan ramai, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong kami yang mempunyai minat yang mendalam terhadap jualan token LINK. Permintaan tinggi daripada komuniti untuk menyertainya melebihi jangkaan kami dan kami yakin bahawa penjualan token ChainLink akan mencipta asas kukuh bagi ChainLink Network untuk menjadi kaedah pilihan dalam menghubungkan kontrak pintar kepada data kritikal, API dan pembayaran bank ke bank yang tradisional."

ChainLink Network menggunakan beberapa sumber projek terbuka yang lain. Dengan matlamat untuk memberi semula dan menyumbang kepada komuniti, ChainLink dibangunkan dalam cara sumber terbuka.

Sergey Nazarov berkata: "ChainLink menjemput dan menggalakkan komuniti untuk membuat semakan sepenuhnya terma-terma teori dan teknikal kerja kami. Kami benar-benar terhutang budi kepada komuniti akademik, keselamatan siber dan rantaian blok untuk semakan yang ketat dan bertimbang rasa yang telah mereka berikan. Kami tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan komuniti ini untuk mewujudkan perisian tengah rantaian blok yang selamat dan terpencar sepenuhnya untuk kegunaan semua."

Kertas putih ChainLink kini tersedia di https://link.smartcontract.com/whitepaper.

Ketua Pegawai Eksekutif SmartContract.com dan Pengasas ChainLink Sergey Nazarov sedia untuk ditemubual.

Latar Belakang ChainLink Network:

ChainLink Network mewujudkan rangkaian oracle pertama yang terpencar sepenuhnya (The ChainLink Network), yang membolehkan kontrak pintar berhubung ke sumber data luar, API, sistem dalaman, dan infrastruktur pembayaran bank sedia ada dengan selamat, cepat dan boleh diaudit. ChainLink Network dibangunkan dan dikendali oleh SmartContract ChainLink, Ltd dalam sumber terbuka dan didorong oleh komuniti. SmartContract.com (Secure Asset Exchange, Inc.) menyediakan pelbagai jualan perusahaan, pelaksanaan perusahaan, teknikal dan sokongan pentadbiran ke protokol sumber terbuka dan didorong oleh komuniti yang dikendalikan oleh SmartContract ChainLink, Ltd.

Hubungi: Amy Longo, amy@wachsmanpr.com

Source: ChainLink Network
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements