omniture

Air China Lancar Laluan Tanpa Henti Beijing-Athens

Air China
2017-09-12 08:31 622

BEIJING, 12 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada 30 September 2017, Air China bakal melancarkan laluan tanpa henti baharu antara Beijing dan Athens. Perkhidmatan ini akan dikendalikan dua kali seminggu menggunakan pesawat Airbus 330-200, mengurangkan tempoh perjalanan antara Beijing dan Athens kepada hanya 10.5 jam. Para penumpang yang melakukan perjalanan ke Athens dapat menikmati hubungan yang mudah ke Santorini, Zakynthos serta destinasi pelancongan Greek terkenal yang lain.

Athens ialah sebuah bandar yang mempunyai sejarah epik dan warisan budaya yang sukar ditandingi dan berkekalan. Malah pada hari ini, kebanyakan warisan seni bina bandar ini kekal utuh, membolehkan pengunjung untuk menjejak semula sejarahnya yang penuh peristiwa. Sama ada anda sedang mencari mitos Greek, ukiran klasik mahupun semangat Olimpik, Athens mempunyai sesuatu untuk setiap individu hasil keunikan dan keindahan cakerawalanya.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 pemeteraian hubungan diplomatik antara China dan Greece: Laluan baharu antara Beijing dan Athens merupakan satu pencapaian penting, bukan sahaja untuk jalinan penerbangan awam, tetapi juga untuk hubungan dua hala. Greece berada di lokasi strategik yang terletak di persimpangan antara Eropah, Asia dan Afrika. Tatkala inisiatif Jalur & Jalan mula membuahkan hasil, Greece akan memainkan peranan yang semakin besar dalam menghubungkan budaya serta membantu merealisasikan kemakmuran bersama. Laluan baharu antara Beijing dan Athens ini menganugerahkan Greece dengan peranan sebagai hab pengangkutan serantau, berkhidmat untuk pengembara perniagaan, pelancong dan pelajar dari kedua-dua negara.

Air China menawarkan seleksi laluan terbesar antara China dan Eropah. Perkhidmatan laluan baharu Beijing-Athens akan menjadikan jumlah laluan kepada 26 laluan, dengan tawaran 300 penerbangan setiap minggu ke 19 destinasi utama Eropah, termasuk London, Paris, Frankfurt, Munich, Vienna, Rom, Moscow, Barcelona dan Madrid, semuanya dikendalikan oleh pesawat badan lebar.

Maklumat penerbangan:

Laluan baharu Beijing-Athens akan beroperasi pada setiap hari Rabu dan Ahad dengan nombor penerbangan CA863/4. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada jam 02:30 dan tiba di Athens pada jam 08:15; Penerbangan balik berlepas dari Athens pada jam 14:15 dan tiba di Beijing pada jam 04:30 hari berikutnya (semua pada waktu tempatan).

Penerbangan dikendalikan oleh pesawat Airbus 330-200, dilengkapi dengan tempat duduk yang dapat direbahkan sepenuhnya bagi Kelas Perniagaan serta tempat duduk yang ergonomik, tidak meletihkan bagi Kelas Ekonomi. Sistem hiburan dalam penerbangan pula ditawarkan untuk semua penumpang yang memberikan pengalaman menonton yang lebih peribadi.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services