omniture

ZTE Tonjolkan Kehebatan di MWCA 2017

- ZTE terajui ucapan dasar dan jadi panel bincangkan Inovasi, 5G dan kemajuan teknologi lain
ZTE Corporation
2017-09-12 11:27 575

SHENZHEN, China, 12 September 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari mengumumkan bahawa menerusi tema "Merintis 5G", ia bakal menonjolkan kekuatan inovatifnya menerusi penyelesaian bersepadu 5G yang serba baharu, Video Besar, IoT, bandar pintar dan juga jalur lebar industri sempena Kongres Dunia Mudah Alih Benua Amerika (MWCA) 2017, reruai S.342, di San Francisco mulai 12 hingga 14 September. Hasil pertumbuhan penghantaran yang pesat di A.S., peranti mudah alih inovatif ZTE akan turut dipamerkan di acara ini.

Terajui Inovasi 5G 

Dalam zon pameran "Ketersambungan Tanpa Sempadan", ZTE akan mempamerkan produk inovatifnya dan penyelesaian berpakej lengkap yang mencakupi 5G NR, 5G Flexhaul, Cloud ServCore, khususnya produk 5G NR AAU berfrekuensi rendah yang paling kecil dan paling ringan dalam industri, serta ujian komersial bagi frekuensi tinggi dan rendah dan juga kemajuan penggunaan bersama pengendali-pengendali terkemuka.

Sementara itu, syarikat akan turut mempamerkan konsep dan penyelesaian Pra5G pertama yang diusulkan dalam industri. ZTE membina laluan daripada 4G kepada 5G dengan teknologi-teknologi penting LTE-A Pro dan 5G. Menerusi MIMO Besar-besaran pertama di dunia yang menyokong pengagregatan berbilang pembawa dan 256QAM, ia dapat meningkatkan kecekapan spektrum sebanyak enam hingga lapan kali serta hingga hampir had muktamad 5G, dan dengan itu mencipta nilai rangkaian gigabit baharu.

Dalam acara ini, ZTE akan turut membawakan AAU tersuai pertamanya untuk CBRS (Kategori Jalur 48), yang menampilkan antena bersepadu + reka bentuk RRU serta penggunaan mudah yang boleh mengurangkan keperluan nod pengendali serta kos penggunaan dengan amat ketara.

ZTE juga merupakan pengeluar pertama yang memiliki produk yang diberi taraf "Peneraju" dalam kedua-dua kategori pengangkutan paket teras dan pengangkutan optik metro Data Global. ZTE menduduki tempat kedua dalam pasaran CPE jalur lebar, manakala beberapa CPE telah digunakan secara komersial dalam pasaran AS.

Dalam zon pameran "Perkhidmatan Bernilai", syarikat akan menumpu pada demonstrasi penyelesaian Platform Video Premium yang menawarkan pengalaman pengguna terunggul, rangkaian video yang pintar, sistem keselamatan yang tinggi, operasi pintar serta perkhidmatan kediaman pintar bertumpu. Selain itu, ZTE akan turut memperlihatkan keupayaannya dalam lanskap RCS, IoT, bandar pintar dan jalur lebar industri.

Ucapan Dasar tentang Lanskap Teknologi 

Lixin Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Mobile Devices dan ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif CTIA, akan menjadi penyampai ucapan dasar semasa acara ini bagi membincangkan lanskap teknologi. Butiran ucapan dasar ialah:

Ucapan Dasar 3: Kolaborasi Melalui Inovasi
Penyampai:  Lixin Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Mobile Devices
Tarikh: 13 September 2017

Masa: 11:45 pagi - 12:00 tengah hari PST
Tempat: Moscone West, Tingkat 2, Theatre 2020
Topik: Lixin Cheng akan membincangkan teknologi dan inovasi telefon pintar merentasi lanskap Cina dan AS.

Teknologi Telefon Pintar Terkemuka 

ZTE akan memperkenalkan teknologi telefon pintarnya yang terkemuka termasuk Gigabit Phone, telefon pintar pertama dunia dengan kelajuan muat turun yang mencecah 1Gbps. Selain Gigabit Phone, ZTE akan memperkenalkan telefon pintar daripada pelbagai syarikat telekomunikasi A.S. termasuk Blade Z Max, Blade X Max dan Max XL yang memenangi anugerah. Peranti inovatif lain yang akan dipamerkan ialah jam tangan pintar ZTE Quartz dan T-Mobile SyncUP DRIVE, penyelesaian kereta terhubung yang mendorong hampir semua kereta menuju Internet Komunikasi Benda.

Semasa acara yang berlangsung pada 12 dan 13 September, para hadirin boleh mengunjungi reruai ZTE bagi bertemu dan bermesra dengan para pemain profesional bola keranjang masa kini dan legenda termasuk Jordan Bell, Adonal Foyle serta ramai lagi. Selain itu, turut dipamerkan semasa sesi bertemu dan bermesra dengan pemain ialah Trofi Kejohanan Golden State Warriors 2017 untuk para hadirin bergambar bersama-sama.

Sila sertai ZTE di MWCA di Dewan Selatan, reruai S.342, bagi memahami sejauh mana ia memimpin peralihan kepada 5G dan menyaksikan sejauh mana inovasi-inovasinya yang terkemuka mengubah lanskap teknologi.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:


Lunitta LU

Mark Lee

ZTE Corporation

Cohn & Wolfe

Tel: +86 755 26775215 

Tel: +852 36651008

Emel: lu.na8@zte.com.cn

Emel: mark.lee@cohnwolfe.com

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news