omniture

Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa (Guizhou) China ke-7 buka tirai di Guiyang, China pada 9 September 2017

Ekspo pamer pelbagai minuman alkohol bermutu dari serata dunia
The 7th China (Guizhou) International Alcoholic Beverage Expo
2017-09-12 12:26 766

GUIYANG, China, 12 September 2017 /PRNewswire/ -- Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa (Guizhou) China kali ketujuh diadakan antara 9 dan 12 September 2017 di Guiyang, ibu negara wilayah Guizhou, China. Menerusi tema "persembahan minuman beralkohol bermutu dunia dan pemupukan kerjasama dan komunikasi", Ekspo ini merupakan acara penting dalam industri minuman beralkohol yang menonjolkan pelbagai produk daripada seluruh rantaian industri.

Opening ceremony
Opening ceremony

Sebagai platform antarabangsa pertama China bagi pertukaran dan kolaborasi antara pengeluar-pengeluar minuman beralkohol Cina dan antarabangsa ekoran pembaharuan ekonomi Cina, Ekspo ini diadakan selama enam tahun berturut-turut dan menjadi salah satu pameran terbesar, paling diiktiraf di peringkat antarabangsa dan paling berpengaruh di China. Ekspo yang menerima pensijilan Kesatuan Pameran Antarabangsa (UFI) pada bulan Februari 2017, merupakan pameran antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan UFI di wilayah Guizhou dan setakat ini, merupakan satu-satunya pameran minuman beralkohol yang diiktiraf UFI di China.

Ekspo tahun ini membawakan pavilion baharu yang komprehensif, menggabungkan pengambilan minuman beralkohol dengan pelancongan, kebudayaan dan internet, menarik sejumlah pempamer yang terkemuka di dunia termasuk Walmart. Selain itu, 35 persatuan perdagangan antarabangsa yang mengambil bahagian dalam acara ini merancang untuk menjalin kerjasama dengan Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa Majlis Guizhou.

Kawasan pameran berkeluasan hampir 80,000 meter persegi ini telah menarik lebih 2,000 pempamer termasuk Chateau Cheval Blanc, Chateau Lafite Rothschild, Chateau Mouton Rothschild dan Margaux, antara kilang wain yang terkenal di dunia, selain lebih 20,000 pembeli dari seluruh dunia, berserta lebih 80 delegasi Cina dan antarabangsa serta wakil-wakil daripada persatuan-persatuan perdagangan antarabangsa.

Acara ini dijangka akan menjana kadar pusing ganti melebihi 54.5 bilion yuan (kira-kira US$8.1 bilion).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170911/1937176-1  

Source: The 7th China (Guizhou) International Alcoholic Beverage Expo
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Trade show news