omniture

Nobu Hospitality Teruskan Peluasan Eropah Menerusi Pengumuman Nobu Hotel And Restaurant Barcelona Dengan Persetujuan Selenta Group

Nobu Hospitality
2017-09-12 15:00 577

NEW YORK, 12 September 2017 /PRNewswire/ -- Jenama gaya hidup mewah yang diiktiraf di seluruh dunia, Nobu Hospitality, yang diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro serta Meir Teper, dan Selenta Group, syarikat hartanah dan hotel Sepanyol yang dimiliki oleh Jordi Mestre, berbesar hati mengumumkan peluasan berterusan Eropah mereka menembusi Barcelona, Sepanyol.

Main_Lobby
Main_Lobby

Gaya kulinari dan hiburan terunggul, Nobu Hotels and Restaurants merupakan destinasi serba mewah dan dinamik yang menawarkan pentas hebat untuk pengalaman dan eskapisme yang dikongsi bersama. Gabungan terkenal antara kemewahan yang santai, hiburan malam penuh tenaga serta tawaran makanan dan minuman luar biasa terus menakrifkan semula hospitaliti untuk generasi baharu pengembara.

Bakal dibuka menjelang akhir tahun 2018, sebagai sebahagian daripada organisasi Gran Hotel Torre Catalunya yang bernilai berjuta-juta dolar, hartanah ini akan menjadi gabungan bersepadu Nobu Hotel and Restaurant yang menonjolkan inovasi dan imaginasi yang menjadi sinonim dengan nama Nobu. Hartanah ini akan terus menjadi sebahagian daripada koleksi Selenta Group. Perjanjian perkongsian dengan Nobu Hospitality akan meningkatkan perkongsian pengurusan bagi organisasi baharu ini.

Mengungkapkan intipati unik bandar Eropah yang terkenal sambil menonjolkan tawaran gaya hidup aspirasi yang menjadi teras jenama ini. Hotel keempat Eropah dan hartanah ketiga Sepanyol daripada jenama yang mendapat pengiktirafan tinggi, 250 bilik dan suit berserta bilik mesyuarat, ruang acara dan restoran Nobu akan termasuk dalam kontrak pengurusan jangka panjang bersama Nobu Hospitality.

"Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat Sepanyol, Selenta Group dalam satu projek yang begitu menarik, serta kami berharap dapat bekerjasama dengan komuniti Catalan. Dengan pengumuman hotel baharu ini, kami meneruskan pertumbuhan kukuh seluruh dunia bersama Nobu Hotel Barcelona dan menubuhkan Hotel Nobu ke-13 dalam koleksi istimewa kami," kata Trevor Horwell, Ketua Eksekutif Nobu Hospitality.

"Jalinan kerjasama yang hebat bersama Nobu Hospitality ini menyatukan tujuan kami dalam menawarkan pengalaman unik untuk sektor hospitaliti dan pengurusan restoran, memandangkan salah satu segmen perniagaan Selenta Group merupakan perjanjian pengurusan bersama rakan-rakan kongsi antarabangsa," kata Jordi Mestre, Presiden Eksekutif Selenta Group. "Lokasi yang amat baik dan transformasi hebat hotel kami menjadi Nobu Hotel Barcelona mengukuhkan usaha peluasan kedua-dua syarikat dan memperkukuh imej antarabangsa ibu negara Catalan," tambah beliau.

Firma seni bina terkemuka dunia, Rockwell akan mewujudkan persekitaran Barcelona yang ikonik untuk kumpulan pelanggan Nobu Hotels yang setia. Menyatukan konsep hotel mewah di sekitar tempat-tempat awam yang bertenaga, Nobu Restaurant akan ditempatkan di tingkat atas bangunan yang mempunyai pandangan 360 darjah Ibu Negara Catalan, melengkapi tawaran restoran terkenal Nobu menerusi pengalaman menjamu selera di paras tinggi. Nobu Hotel Barcelona akan mengimbangi hotel dan restoran sebagai satu entiti dengan intuitif, mewujudkan gabungan lancar antara hospitaliti mewah dengan aspek terbaik dalam makanan dan minuman, Nobu Hotel Barcelona baharu akan mengekalkan 23 tingkat bilik dan ia memudahkan akses kepada pusat bersejarah Barcelona dan terletak berdekatan dengan pusat perniagaan.

Latar Belakang Nobu Hospitality

Diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, dengan operasi yang berada di lima benua, jenama Nobu meningkat maju di ibu negara dunia sebagai pengalaman gaya hidup destinasi terunggul. Nobu Hotel pertama dibuka pada tahun 2013 dalam Caesars Palace Las Vegas diikuti dengan Nobu Hotel City of Dreams Manila yang dibuka pada tahun 2014, Nobu Hotel Miami Beach pada tahun 2016 selain Nobu Ryokan Malibu, Nobu Hotel Shoreditch London, Nobu Hotel Ibiza Bay pada tahun 2017. Pembangunan masa depan turut dirancang untuk Palo Alto, Marbella, Riyadh, Los Cabos, Chicago, Toronto dan Bahrain. www.nobuhotels.com

Latar Belakang Selenta Group

Ditubuhkan di Barcelona pada tahun 1976, objektif utama Selenta Group adalah untuk melangkaui jangkaan pelanggannya. Syarikat memiliki hotel mewah, pusat peranginan eksklusif dan organisasi bandar fungsian dengan cadangan gastronomi yang mengagumkan. Catalan Company kini mengurus sembilan pilihan penginapan di bandar-bandar berbeza di Sepanyol (Barcelona, Marbella, Valencia dan Tenerife). www.selentagroup.com

Restaurant
Restaurant

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/553927/Main_Lobby.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/553928/Restaurant.jpg  

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Restaurants Retail Travel Corporate Expansion New products/services