omniture

One-Blue Umum Intellectual Discovery sertai Program Pelesenan untuk Produk Blu-ray Disc™ dan Ultra HD Blu-ray™

One-Blue, LLC
2017-09-12 20:13 554

NEW YORK, 12 September 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini One-Blue mengumumkan Intellectual Discovery Co., LTD (Intellectual Discovery) menyertai program pelesenan produk One-Blue sebagai pemberi lesen. Intellectual Discovery menyertai para pemberi lesen program semasa iaitu ARRIS Enterprises LLC, Columbia Technology Ventures, Cyberlink Corporation, Dell Global B.V., Fujitsu Limited, HP Inc., Hitachi Consumer Electronics Co. Ltd., JVCKENWOOD Corporation, Koninklijke Philips N.V., LG Electronics Inc., Panasonic Corporation, Pioneer Corporation, Samsung Electronics Co. Ltd., Sharp Corporation, Sony Corporation, Taiyo Yuden Co. Ltd. dan Yamaha Corporation.

"One-Blue dengan sukacitanya mengumumkan Intellectual Discovery menyertai program pelesenan One-Blue sebagai pemberi lesen," kata Thomas Gabriel, Peguam Pelesenan One-Blue. "Menerusi penambahan Intellectual Discovery, One-Blue mengukuhkan lagi matlamatnya serta komitmen pasaran ke tahap sama rata dan menyelaraskan proses pelesenan paten."

"Intellectual Discovery amat berbesar hati untuk menyertai One-Blue sebagai pemberi lesen. Kami yakin teknologi penting ini akan diguna pakai dengan lebih meluas dalam pelbagai industri cakera optik dan nilainya akan meningkat melalui kumpulan One-Blue," kata Dongsuk Bae, Ketua Bahagian Perniagaan IP, Intellectual Discovery.

One-Blue mengendalikan program pelesenan untuk paten-paten yang penting bagi produk-produk Ultra HD Blu-ray™ dan Blu-ray Disc™ serta merupakan ejen pelesenan bersama bagi para pemberi lesennya. Bagi produk perkakasan dan perisian, lesen produk mencakupi paten-paten penting Ultra HD Blu-ray™, Blu-ray Disc™, DVD dan CD, untuk produk cakera pula merangkumi paten-paten penting Ultra HD Blu-ray™ dan Blu-ray Disc™. One-Blue ialah kumpulan paten inovatif yang memberikan daya saing yang sama, mengurangkan kos, menggalakkan penggunaan yang wajar bagi sistem paten dalam seluruh sektor cakera optik. Mana-mana pemegang paten yang penting untuk format optik yang digunakan dalam produk-produk Ultra HD Blu-ray™ dan/atau Blu-ray Disc™ diundang untuk menghantar paten-paten untuk dinilai dan menyertai program pelesenan sebagai pemberi lesen baharu. Mana-mana syarikat yang berminat mendapatkan lesen untuk satu atau lebih produk Ultra HD Blu-ray™ dan/atau Blu-ray Disc™ di bawah program pelesenan produk One-Blue diminta untuk menghubungi One-Blue melalui alamat emel yang tertera di bawah.

Maklumat lanjut tentang program pelesenan One-Blue dan kadar royalti berkaitan boleh ditemui di www.one-blue.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ashley Teitelbaum daripada One-Blue melalui info@one-blue.com.

Latar Belakang One-Blue, LLC
One-Blue, LLC ialah sebuah syarikat pelesenan bebas yang mengendalikan lesen produk untuk paten-paten yang penting untuk produk-produk Ultra HD Blu-ray™ dan Blu-ray Disc™.

Latar Belakang Intellectual Discovery
Intellectual Discovery Co., LTD ialah sebuah syarikat pelaburan IP bertaraf global dan terlibat dalam pelbagai model perniagaan termasuk pembangunan harta intelek berkualiti tinggi melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan harta intelek. Portfolio Intellectual Discovery merangkumi pelbagai paten dalam bidang-bidang daripada sektor-sektor teknologi industri utama termasuk, tetapi tidak terhad kepada, komunikasi, semikonduktor dan teknologi perisian. Untuk maklumat lanjut tentang Intellectual Discovery layari http://www.i-discovery.com/site/en/.

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/553403/One_Blue_Logo.jpg

Source: One-Blue, LLC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Licensing/marketing agreements