![]() |
NEW YORK, 13 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada hari Ahad, 10 September, adidas dan Wanderlust merebut Gelaran GUINNESS WORLD RECORDS rasmi bagi Orang paling ramai melakukan yoga secara berpasangan dalam acara Wanderlust 108 Brooklyn di Prospect Park. Dipimpin oleh pengajar yoga Elena Brower dan Lauren Imparato, lebih 2500 orang mengambil bahagian dalam usaha memecah rekod yang berlangsung kira-kira 10 minit itu. Pergerakan rakan yoga melibatkan tiga gaya – Pokok Tebal (Thick Tree), Kerusi Disokong (Supported Chair) dan Pintalan Tempat Duduk Disokong (Supported Seat Twist).
"Perkongsian dengan Wanderlust membolehkan kami mewujudkan peluang baharu dan menarik. Merebut gelaran GUINNESS WORLD RECORDS adalah cara unik kami untuk mengumpulkan orang ramai bersama-sama dan meraikan acara Wanderlust yang terbesar di dunia," kata Alison Stewart, Pengarah Kanan adidas Women's.
adidas dan Wanderlust mempunyai visi yang sama dari segi pengalaman holistik dan hubungan erat bersama pelanggan yang mewujudkan komuniti antara sukan dan kehidupan yang penuh kesedaran. Acara-acara transformatif Wanderlust menarik beberapa pengamal kecergasan dan gaya hidup sihat yang paling versatil dan komited di dunia, termasuk jurulatih, pengajar dan hadirin. Wanderlust 108 ialah sambutan sepanjang hari bagi menyokong pergerakan sedar, membawakan triatlon dengan tiga aktiviti sedar di taman kawasan setempat: larian 5K, kelas pergerakan yoga luar dan meditasi terpandu.
"Misi Wanderlust adalah untuk membantu orang ramai mencari tujuan hidup mereka, dan sebahagian daripada usaha ini adalah dengan menjadikan yoga, meditasi dan amalan kesedaran sebagai sesuatu yang boleh diakses, boleh dicapai, berfokus masyarakat dan menyeronokkan. Idea untuk menghubungkan diri dan sumber tenaga kehidupan, di samping memecah rekod dunia bersama rakan adalah benar-benar menarik, dan kami teruja dapat bekerjasama dengan adidas dan Guinness untuk menjadikannya suatu kenyataan," kata Sean Hoess, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Wanderlust.
Bagi mendapatkan imej dan maklumat tambahan, sila rujuk maklumat perhubungan media seperti yang tertera. Untuk maklumat lanjut tentang acara-acara Wanderlust, sila layari www.wanderlust.com. Untuk membeli koleksi pakaian Jenama-Bersama adidas x Wanderlust sila layari http://www.adidas.com/us/wanderlust.
Latar Belakang adidas Group
adidas ialah peneraju dunia dalam industri barangan sukan. Sebagai pereka dan pembangun kasut, pakaian dan aksesori atlet serta gaya hidup, adidas mempunyai misi untuk menjadi jenama sukan terbaik di dunia. Beribu pejabat di Herzogenaurach, Jerman dan Portland, Oregon, adidas menggaji lebih 60,000 pekerja di seluruh dunia dan menjana jualan sebanyak € 19 bilion pada tahun 2016.
Latar Belakang Wanderlust:
Wanderlust Holdings, LLC ialah sebuah syarikat gaya hidup yoga bertaraf global yang ditubuhkan pada tahun 2009. Misi kami adalah untuk membantu anda mencari tujuan hidup anda—untuk menjalani kehidupan yang sihat dan berinspirasi. Acara-acara Wanderlust melibatkan Festival Wanderlust, festival yoga dan muzik berbilang hari yang terbesar di dunia serta Wanderlust 108, "triatlon sedar" selama satu hari yang diadakan di taman-taman bandar seluruh dunia. Pada tahun 2012, kami membuka studio Yoga Wanderlust pertama, satu pembaharuan semula pengalaman studio yoga dan mula menawarkan Latihan Guru Wanderlust, satu program melatih guru yoga yang diinspirasikan oleh pengalaman festival Wanderlust. Pada tahun 2015, kami melancarkan Wanderlust TV, satu platform media yang menghubungkan penonton dengan guru inspirasi mereka serta pakar-pakar kesihatan dan juga Wanderlust Hollywood, sebuah pusat berkeluasan 10,000 kaki persegi yang terletak di Los Angeles, California yang menawarkan kelas-kelas yoga serta meditasi, restoran organik bertaraf dunia dan juga tempat persembahan yang serba lengkap.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/554627/adidas_and_Wanderlust_GUINNESS_WORLD_RECORDS.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/554628/adidas_and_Wanderlust_GUINNESS_WORLD_RECORDS_2.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/554691/adidas_and_Wanderlust_Logo.jpg