omniture

Jambatan Infinitus Sumbangan Lee Kum Kee Group Dibuka kepada Lalu Lintas di Kampung Halamannya, Xinhui

LKK Health Products Group
2017-09-13 15:57 708

JIANGMEN, China, 13 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada tanggal 8 September 2017, setelah enam tahun dibina, Jambatan Infinitus yang disumbangkan oleh Lee Kum Kee Group dibuka kepada lalu lintas di daerah Xinhui, Jiangmen, wilayah Guangdong, kampung halaman Keluarga Lee Kum Kee. Sebuah majlis yang memperkenalkan Infinitus Avenue dan Lee Kum Kee Avenue yang terletak bersebelahan dengan Jambatan Infinitus turut diadakan pada hari tersebut.

Lebih 130 tetamu, termasuk En. Lee Man Tat, Pengerusi Lee Kum Kee Group, dan isteri beliau, ahli-ahli Majlis Keluarga Lee Kum Kee - En. Eddy Lee, Puan Elizabeth Mok, En. Charlie Lee dan En. Sammy Lee, menghadiri acara tersebut.

Gambar berkumpulan ahli-ahli Keluarga Lee Kum Kee dan para tetamu pada majlis perasmian Jambatan Infinitus
Gambar berkumpulan ahli-ahli Keluarga Lee Kum Kee dan para tetamu pada majlis perasmian Jambatan Infinitus

Pada tahun 2011, Lee Kum Kee Group menyumbang sebanyak RMB68 juta (kira-kira USD10 juta) untuk membina Jambatan Lee Man Tat dan Jambatan Infinitus di bandar Qibao, Xinhui. Jambatan Lee Man Tat sepanjang 1.26 km itu telah disiapkan dan dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2014, manakala Jambatan Infinitus telah disiapkan tahun lalu dan dibuka kepada lalu lintas tahun ini. Jambatan Infinitus berserta Jambatan Qibao yang terletak bersebelahan, membentuk empat lorong Gred A sepanjang 2.4 km dengan dua laluan pada setiap arah – jalan raya.

Jambatan Infinitus dibuka kepada lalu lintas
Jambatan Infinitus dibuka kepada lalu lintas

Qibao mempunyai keadaan semula jadi yang sangat baik. Ia dikelilingi oleh sungai, menjadikan jambatan sebagai prasarana pengangkutan utama bagi kawasan ini. Menerusi pembangunan pesat ekonomi tempatan, jambatan-jambatan sedia ada berhadapan dengan tekanan lalu lintas yang berat. Penyiapan Jambatan Lee Man Tat dan Jambatan Infinitus dapat melegakan kebimbangan tersebut, yang bukan sekadar menaik taraf jaringan pengangkutan tempatan, tetapi turut meningkatkan persekitaran pelaburan tempatan.

Bagi menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan Lee Kum Kee Group, kerajaan tempatan menamakan dua batang jalan raya yang masing-masing merentasi Jambatan Lee Man Tat dan Jambatan Infinitus, sebagai Lee Kum Kee Avenue dan Infinitus Avenue.

Sebagai kampung halaman terkenal untuk penduduk Cina di luar negara, Xinhui juga merupakan tempat asal Keluarga Lee Kum Kee. Budaya Cina "dedaunan luruh kembali ke akar", yang bermaksud seseorang akhirnya akan kembali ke tempat asalnya, mendorong Lee Kum Kee Group untuk membangunkan kilang-kilang di Xinhui pada tahun 1995. Setakat ini, dua tapak pengeluaran untuk sos dan produk kesihatan masing-masing ditubuhkan oleh Kumpulan ini di daerah berkenaan, meliputi kawasan seluas lebih 1.13 juta meter persegi – luas permukaan 158 padang bola sepak. Operasi-operasi tersebut bukan sekadar menyumbang sebanyak lebih RMB3 bilion (kira-kira USD450 juta) kepada cukai kerajaan setiap tahun, tetapi turut mencipta peluang pekerjaan dan menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan. Saban tahun, Kumpulan ini terus berusaha menyokong pendidikan tempatan dan juga pembinaan prasarana.

En. Lee Man Tat pernah berkata, "Lee Kum Kee bermatlamat untuk menjadi pengeluar sos terbesar di China, yang mendapat sokongan daripada kampung halaman kami." Kini, dua perniagaan multinasional Lee Kum Kee Group telah merealisasikan peluasan skala. Pembukaan Jambatan Lee Man Tat dan Jambatan Infinitus akan menjadi saksi dan terus memudahkan pembangunan jangka panjang bagi kedua-dua Xinhui serta Lee Kum Kee Group. 

Latar Belakang Lee Kum Kee Group

Lee Kum Kee Group ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong dan ditubuhkan pada tahun 1888. Ia mengandungi dua unit perniagaan antarabangsa: Lee Kum Kee Sauce Group dan LKK Health Products Group. Lee Kum Kee Sauce Group mengkhusus dalam penghasilan sos dan perasa di bawah jenama Lee Kum Kee. LKK Health Products Group mengendalikan pelbagai jenis perniagaan yang mencakupi produk kesihatan herba Cina, pelaburan hartanah, perladangan dan perdagangan herba Cina, serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Tanda dagangan Syarikat ini termasuk "Infinitus", "Tianfangjian" dan "Happiness Capital".

Dapatkan maklumat lanjut melalui www.lkkhpg.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170911/1937269-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170911/1937269-1-b  

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Construction/Building Food/Beverages Transportation Corporate Social Responsibility New products/services