omniture

Deloitte umum hasil mencatat rekod sebanyak US$38.8 bilion

Deloitte
2017-09-14 15:54 759

Menandakan pertumbuhan kukuh tahun kelapan berturut-turut

Sorotan utama:

- Semua perkembangan perniagaan, industri dan wilayah Deloitte didorong oleh pertumbuhan organik, kerjasama strategik dan pemerolehan

- Sepanjang dua tahun lalu, purata pertumbuhan hasil adalah sebanyak 8.3 peratus dalam mata wang tempatan  

- Hampir 70,000 ambilan baharu; bersamaan 1 individu diambil bekerja setiap 8 minit   

LONDON, 14 September 2017 /PRNewswire/ -- Deloitte Global hari ini melaporkan perolehan firma ahli beragregat sebanyak US$38.8 bilion bagi tahun fiskal berakhir pada 31 Mei 2017 (FY2017), mewakili peningkatan hasil sebanyak 7.1 peratus dalam mata wang tempatan atau peningkatan hasil sebanyak US$2 bilion manakala kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) dua tahun adalah sebanyak 8.3 peratus.

"Pertumbuhan hasil Deloitte boleh dikaitkan dengan dua faktor," kata Punit Renjen, Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Global. "Pertama, model perniagaan pelbagai bidang kami terus menjadi sumber kekuatan kompetitif. Kedua, pelanggan mempunyai pilihan dan mereka semakin memilih Deloitte bagi membantu mereka membuat perubahan dan mencipta semula syarikat masing-masing dalam persekitaran perniagaan global yang terus berubah-ubah."

Pertumbuhan seluruh perniagaan, industri dan wilayah

Menerusi tumpuan berterusan untuk mewujudkan impak kepada pelanggan merentasi seluruh kawasan dan tempat perkhidmatan, Deloitte mencapai pertumbuhan dalam kelima-lima segmen perniagaannya—Audit & Jaminan, Perundingan, Khidmat Nasihat Kewangan, Khidmat Nasihat Risiko dan Cukai & Perundangan.

Antara industri-industri yang memacu pertumbuhan Deloitte pada FY2017 ialah Teknologi, Media & Telekomunikasi dan Produk Pengguna & Industri; setiap hasil industri meningkat lebih 9 peratus dari segi mata wang tempatan.

  • Hasil bagi segmen Khidmat Nasihat Risiko meningkat paling pantas iaitu sebanyak 12.9 peratus, didorong oleh peningkatan pengiktirafan risiko sebagai pemacu prestasi strategik, tumpuan terhadap pemerolehan sasaran dalam segmen-segmen pertumbuhan tinggi seperti siber dan penyelesaian inovatif dalam segmen-segmen pengautomatan proses robotik, pengenalpastian risiko dan analitik prediktif.
  • Hasil bagi segmen Perundingan meningkat sebanyak 10.2 peratus, dikuasakan oleh desakan pelanggan untuk mempercepatkan transformasi model perniagaan mereka dalam pasaran disruptif, dan menerusi momentum yang semakin meningkat melalui pemerolehan strategik, kerjasama dan pelaburan dalam segmen-segmen seperti kepintaran buatan, robotik, kognitif, perundingan digital kreatif, pengkomputeran awan, teknologi rantaian blok dan Internet Komunikasi Benda (IoT). Deloitte terus mengambil langkah rintis bagi membantu pelanggan mengubah perniagaan mereka melalui inisiatif inovasi bersama organisasi-organisasi seperti Singularity University dan juga Dewan Pembangunan Ekonomi Singapura.
  • Hasil bagi segmen Cukai & Perundangan meningkat sebanyak 6.6 peratus, didorong oleh keperluan pelanggan berkaitan set semula cukai global—hasil daripada usaha Kakisan Asas dan Peralihan Keuntungan (BEPS) OECD, perubahan teknologi dan pengautomatan, serta globalisasi besar-besaran. Tumpuan Deloitte untuk membantu pelanggan mengurus dan membuat keputusan yang yakin tentang hal ehwal cukai mereka termasuk memperkenalkan beberapa instrumen teknologi global dipertingkat seperti TP Digital DoX, Instrumen Analisis Rantaian Nilai (VCAT) dan myInsight.
  • Hasil bagi segmen Khidmat Nasihat Kewangan meningkat sebanyak 5.8 peratus, dipacu oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penggabungan & pemerolehan (M&A) pelbagai bidang yang luas dan inovatif. Pertumbuhan turut dipacu oleh rangkaian perkhidmatan Forensik Deloitte, yang diiktiraf kepimpinannya dalam eDiscovery, penyiasatan dan analisis serta nasihat pertikaian. Pertumbuhan serantau di China, selain peluasan Jaringan Jenayah Kewangan Asia Pasifik, menyumbang kepada tahun yang mantap bagi segmen Khidmat Nasihat Kewangan.
  • Hasil bagi segmen Audit & Jaminan meningkat sebanyak 1 peratus tatkala ia terus melabur bagi mendorong kualiti dan ketekalan dalam seluruh rangkaian dan mengubah perniagaan audit bagi menyediakan audit yang lebih pintar dan lebih bermaklumat. Firma-firma ahli Deloitte menerajui dalam kemenangan audit Fortune Global 500 keseluruhan bagi FY2017 dan diiktiraf seluruh dunia sebagai peneraju dalam inovasi audit, analitik dan kepintaran buatan.
  • Hasil Asia Pasifik meningkat paling pesat dalam kalangan rantau iaitu sebanyak 9 peratus, diikuti oleh Eropah, Timur Tengah dan Afrika sebanyak 8.6 peratus dan benua Amerika sebanyak 5.6 peratus dalam mata wang tempatan.

Menuju masa depan lebih pantas

Peningkatan gangguan, kerumitan dan kepantasan perubahan yang pesat mencetuskan cabaran dan peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini kepada pelanggan. Kebolehan Deloitte untuk menggabungkan pemahaman industri yang mendalam dan pengalaman dengan pelbagai bidang profesional yang luas, membolehkannya membantu pelanggan menuju masa depan dengan lebih pantas.

Kebolehan Deloitte untuk mengatur ekosistem dan menjalin kerjasama dengan pihak penginovasi digital terkemuka termasuk Amazon Web Services, Facebook, HP, Oracle, dan SAP meningkatkan keupayaannya untuk menawarkan penyelesaian komprehensif yang dapat menangani transformasi perniagaan pelanggan yang paling sukar dan juga cabaran teknologi. Melalui ekosistem ini, Deloitte membantu pelanggan mengenal pasti potensi gangguan, membangunkan strategi untuk menangani gangguan serta melaksanakan aktiviti transformasi perniagaan seperti perkhidmatan baharu, produk, model perniagaan dan pasaran.

Renjen menambah, "Deloitte terus meningkatkan kapasiti kami untuk menyediakan ketinggian dan keluasan kepakaran, pemahaman dan kualiti yang dikehendaki dan layak diperolehi oleh pelanggan kami. Hasilnya, Deloitte menjadi peneraju yang diiktiraf dalam membantu pelanggan beradaptasi dan meningkat maju dalam ekonomi global yang amat kompetitif."

Pelaburan dalam Transformasi

Deloitte membuat pelaburan strategik dalam menggabungkan teknologi transformasi dan analitik data ke dalam penyelesaian dan produknya merentasi seluruh perniagaannya bagi memacu nilai yang lebih hebat buat pelanggan. Contoh-contoh pelaburan ini pada FY2017 termasuk:

  • Menggunakan penyelesaian global bertaraf dunia untuk Audit & Jaminan, termasuk Magnia, platform penyerahan audit miliknya; Illumnia, platform analitiknya; dan Cognia, portal miliknya yang melengkapi golongan profesional Audit & Jaminan dengan instrumen serta pendekatan inovatif yang memanfaatkan kemajuan termaju dalam awan, AI dan pembelajaran mesin.
  • Mendorong peningkatan kualiti audit melalui program Pemantauan dan Pengukuran Kualiti Audit dan Pusat Kecemerlangan Kualiti Audit Global. Penyediaan kurikulum pembelajaran global yang dipertingkat kepada lebih 70,000 ahli profesional Audit & Jaminan seluruh dunia.
  • Membuat pelaburan dalam pasaran-pasaran utama untuk terus mengukuhkan jaringan pejabat global dan pusat penyerahan teknologi Deloitte untuk berkembang dari segi sejauh mana ia berkhidmat kepada pelanggan Perundingan global dan tempatannya yang paling penting.
  • Menggunakan platform ValueD, iDeal, D3 Discovery dan Analitik Jenayah Kewangan dalam seluruh perniagaan Khidmat Nasihat Kewangan bagi menyokong pelanggan dengan tahap pemahaman dan pengalaman baharu demi membantu mereka menyelesaikan masalah perniagaan yang rumit.
  • Membangunkan penyelesaian berasaskan awan bersepadu, yang antara lain, akan memanfaatkan teknik-teknik pembelajaran mesin termaju, pemprosesan bahasa tabii dan algoritma berasaskan graf terhadap data besar bagi mendayakan keupayaan kognitif dan prediktif. Ini akan mendorong pembuatan keputusan yang lebih baik dan membantu menangani dan mengurangkan isu-isu risiko pelanggan dalam segmen-segmen penting seperti kelakuan, siber, perusahaan diperluas serta produk dan kualiti.
  • Membangunkan rangkaian Pusat Perisikan Siber (CIC) global bagi menawarkan penyelesaian yang dapat membantu pelanggan melindungi aset perniagaan dan meningkatkan tahap keselamatan mereka, di samping mengesan, memberi respons dan memulihkan secara proaktif daripada peristiwa-peristiwa keselamatan agar menjadi selamat, berwaspada dan berdaya tahan. CIC beroperasi sepanjang masa, 365 hari setahun demi menyediakan penyelesaian keselamatan yang tersuai sepenuhnya, selaras dengan industri dan terurus termasuk pemantauan peristiwa keselamatan termaju, analitik ancaman, pengurusan ancaman siber dan tindak balas kejadian untuk perniagaan bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat dalam perkhidmatan keselamatan siber.
  • Keterhubungan pelanggan Cukai & Perundangan yang dipertingkat melalui pengenalan penyelesaian didayakan teknologi inovatif dalam seluruh segmen perkhidmatan menerusi platform hubungan digital baharu.
  • Ekosistem Cukai & Perundangan yang diperluas melalui enam usaha sama bersama syarikat-syarikat pengautomatan, kognitif dan teknologi rantaian blok. Penyelesaian Proses Perniagaan (BPS) memeterai lima perjanjian strategik bersama vendor pengautomatan proses robotik (RPA) dan menubuhkan Pusat Kecemerlangan RPA. Deloitte turut bekerjasama dengan The Bakery Worldwide Ltd. untuk menghubungkan perniagaan dan pelanggan dengan ribuan usahawan daripada syarikat teknologi baharu.

Membangunkan tenaga kerja masa depan, hari ini

Pada FY2017, Deloitte menambah tenaga kerjanya di semua rantau geografi dan perniagaan, menerusi hampir 70,000 ahli profesional baharu, satu peningkatan sebanyak 8 peratus berbanding FY2016 –bersamaan 1 individu diambil bekerja setiap 8 minit. Peningkatan kiraan kepala didepani oleh Asia Pasifik dalam kalangan rantau iaitu sebanyak 10.4 peratus, dan oleh segmen Perundingan dan Khidmat Nasihat Risiko dalam kalangan segmen perniagaan, setiap satunya meningkat sebanyak lebih 13 peratus.

Selain itu, pada FY2017, Deloitte melaksanakan beberapa inisiatif yang diwujudkan untuk menyokong pembangunan kerjaya dan kesejahteraan peribadi bagi kalangan ahli profesionalnya, termasuk:

  • Menerima kemasukan ke lokasi Deloitte University (DU) kelima dan keenamnya - Deloitte University North (Toronto, Kanada) dan Deloitte University Asia Pacific (Singapura). Pada FY2017, seramai 65,000 ahli profesional Deloitte mengambil bahagian dalam program-program pembangunan kepimpinan di Deloitte University.
  • Dasar cuti keluarga yang diperluas merentasi rangkaian untuk membantu ahli-ahli profesionalnya mengimbangi kehidupan peribadi dan profesional mereka, memahami kedinamikan pengasuhan dan pelbagai keperluan keluarga. Deloitte berdedikasi untuk menyediakan dasar cuti keluarga yang utama dalam pasaran di seluruh dunia. Contoh-contoh usaha ini termasuk Cuti Ibu Bapa Dikongsi Deloitte UK, yang memberikan ibu bapa yang layak dengan pilihan untuk melalui bersama tempoh bersalin atau cuti mengambil anak angkat bersama pasangan mereka. Selain itu, Deloitte US memperluas dasar cuti keluarga bergaji dan kini menawarkan sehingga 16 minggu cuti keluarga besar bergaji penuh kepada kakitangan lelaki dan wanita yang layak bagi menyokong pelbagai peristiwa kehidupan yang memberi kesan kepada keluarga mereka – bermula dengan menyambut kelahiran anak, menjaga pasangan, saudara kandung atau ibu bapa yang meningkat usia.
  • Melancarkan pengalaman pengurusan prestasi berasaskan kekuatan baharu yang menumpu untuk terus membangunkan kekuatan (bidang-bidang yang membolehkan ahli-ahli pasukan menjadi kreatif, inovatif dan berwawasan) melalui maklum balas dan pembangunan berterusan yang dapat mendorong individu serta pasukan.  
  • Tatkala Deloitte terus berkembang, ia memberi tumpuan khusus untuk mencipta dan menyokong budaya rangkuman. Persekitaran kerja yang inklusif serta pelbagai bukan sekadar mencerminkan dunia kita pada masa kini, ia turut mewujudkan budaya yang sengaja mengundang dan melibatkan perspektif serta pengalaman unik, membawa kepada hasil perniagaan yang dipertingkat dan perkhidmatan yang lebih mantap untuk pelbagai pelanggan, tarikan yang lebih baik dan pengekalan bakat terbaik serta impak masyarakat yang positif. 

"Ahli-ahli profesional Deloitte mewakili tenaga kerja masa depan; bakat terbaik dengan pengalaman hidup, pandangan dan set kemahiran yang berbeza," kata Renjen. "Dalam usaha mewujudkan budaya yang inklusif, kolaboratif dan bertujuan, kami menginspirasikan kakitangan kami untuk mencetuskan impak yang bermakna antara satu sama lain, kumpulan pelanggan kami yang amat pelbagai dan sofistikated, serta masyarakat."

Pada tahun 2017, jaringan Deloitte terus diiktiraf sebagai majikan terbaik dunia dengan anugerah-anugerah yang diraih seperti Majikan Terbaik LinkedIn, 50 Majikan Terbaik untuk Wanita The Times dan Majikan Paling Menarik Dunia Universum, antaranya.

Penyelesaian WorldClass demi impak sosial

Deloitte mengakui bahawa cabaran paling besar terhadap pertumbuhan ekonomi global, kemakmuran dan kemajuan sosial ialah kekurangan akses kepada blok binaan asas bagi kejayaan peribadi dan profesional.

Tahun ini, bagi membantu menangani cabaran ini, Deloitte menggiatkan usahanya untuk membantu memperluas akses kepada peluang-peluang pembinaan kerjaya untuk masyarakat dan individu yang ketinggalan dalam transformasi menuju Revolusi Industri Keempat.

"WorldClass" ialah satu usaha global baharu yang diwujudkan untuk mengaplikasikan kemahiran, pengalaman, keluasan dan komitmen Deloitte untuk mempersiapkan dan memperkasa orang ramai demi memanfaatkan ekonomi dunia baharu melalui akses kepada pendidikan dan juga latihan.

"Jutaan orang masih belum bersedia bagi memenuhi keperluan ekonomi dunia baharu," kata Renjen. "Terdapat usaha-usaha luar biasa yang telahpun dilaksanakan di serata dunia oleh ahli-ahli profesional Deloitte untuk menyokong pembangunan pendidikan dan juga kemahiran. WorldClass meneruskan usaha mereka dengan membantu menyediakan laluan kepada individu bagi memenuhi aspirasi peribadi dan profesional mereka."

WorldClass turut meneruskan kejayaan One Million Futures di U.K., UNLEASH di Denmark, satu inisiatif untuk menyokong Sasaran Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Impact Day (Hari Impak), hari sukarela yang diadakan di seluruh dunia, antara inisiatif lain. Pada FY2017, ahli-ahli profesional Deloitte menghabiskan masa selama lebih 1.2 juta jam terhadap perkhidmatan pro bono (tanpa caj perkhidmatan) dan menjalankan aktiviti sukarela di komuniti mereka, dengan lebih satu pertiga menumpu pada pendidikan dan pembangunan kemahiran. Sumbangan keseluruhan Deloitte terhadap khidmat masyarakat dan komuniti dianggarkan melebihi US$200 juta.

Nota:

  • Semua kadar pertumbuhan yang ditunjukkan dalam siaran media ini adalah dalam mata wang tempatan melainkan dinyatakan sebaliknya.

Latar Belakang Deloitte

Deloitte merujuk kepada satu atau lebih Deloitte Touche Tohmatsu Limited, syarikat swasta UK berhad menurut jaminan ("DTTL"), jaringan firma ahlinya, dan entitinya yang berkaitan. DTTL dan setiap firma ahlinya merupakan entiti yang berasingan dan bebas mengikut undang-undang. DTTL (juga dirujuk sebagai "Deloitte Global") tidak menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Sila lihat www.deloitte.com/about untuk mengetahui lebih lanjut tentang jaringan firma ahli global kami.

Deloitte menyediakan perkhidmatan audit & jaminan, perundingan, khidmat nasihat kewangan, khidmat nasihat risiko, cukai & perundangan serta perkhidmatan berkaitan untuk pelanggan awam dan persendirian mencakupi pelbagai industri. Deloitte berkhidmat untuk empat daripada lima syarikat Fortune Global 500® melalui jaringan firma ahli yang terhubung di seluruh dunia di lebih 150 negara, membawakan keupayaan bertaraf dunia, pandangan serta perkhidmatan berkualiti tinggi bagi menangani cabaran perniagaan pelanggan yang paling rumit. Untuk mengetahui lebih lanjut sejauh mana kira-kira 263,900 ahli profesional Deloitte membawa impak yang bermakna, sila berhubung dengan kami melalui Facebook, LinkedIn, atau Twitter.

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/554315/Deloitte_Logo.jpg

Source: Deloitte
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Accounting news, issues Earnings