omniture

Cristina Diezhandino Diageo Dinobatkan Luxury Woman to Watch dalam tahun 2018

Diageo
2017-09-15 00:01 691

AMSTERDAM, 15 September 2017 /PRNewswire/ --

Cristina Diezhandino Diageo, dinamakan sebagai salah seorang daripada Luxury Women to Watch 2018 oleh Luxury Daily, meramalkan masa hadapan untuk kemewahan dan apa ertinya kepada portfolio mewah Diageo

Cristina Diezhandino Diageo, menyertai eksekutif terkemuka daripada Bentley Motors, Four Seasons, Bang & Olufsen dan lain-lain apabila beliau dinobatkan sebagai Luxury Woman to Watch 2018 oleh gelaran berprestij dunia, Luxury Daily.

generated by system

Luxury Women to Watch 2018 Luxury Daily mengiktiraf 25 eksekutif wanita pintar yang bersedia untuk membawa kelainan dalam perniagaan mewah dalam tahun 2018. Mempunyai pengalaman bekerja di peneraju minuman keras dunia, Diageo, lebih daripada sepuluh tahun, Cristina kini merupakan Pengarah Urusan Reserve Brands yang memenangi pelbagai anugerah, portfolio mewah bagi Diageo.

Bercakap tentang anugerah ini, Cristina berkata: "Kemewahan sentiasa dekat di hati saya. Perniagaan saya bertumpu kepada menjadikan setiap hari istimewa, bahawa pengalaman kemewahan sepatutnya sentiasa tersedia, mudah diakses dan menjadi aspirasi kepada semua. Jadi apabila saya mendengar bahawa saya telah dinamakan sebagai Luxury Woman to Watch in 2018, saya benar-benar gembira!"

Dengan jenama-jenama yang penuh warisan, kehalusan kerja tangan dan keaslian, portfolio Reserve dan Scotch – termasuk Johnnie Walker Blue Label, Cîroc, Don Julio, Bulleit, Tanqueray No. Ten, Ketel One, Zacapa dan koleksi terbaik Single Malts – terdiri daripada beberapa jenama minuman keras termewah di dunia.

Mengulas mengenai masa hadapan kemewahan, Cristina berkata: "Industri mewah telah berkembang dengan pesat, sebahagian besarnya didorong oleh perubahan definisi bagi 'kemewahan'. Ia bukan lagi hanya tentang 'memiliki'. Kemewahan terdapat dalam pelbagai faset, amat dipengaruhi oleh globalisasi, kebanggaan dalam budaya tempatan, dan jumlah mereka yang berpengaruh di segenap masyarakat.

"Dengan keinginan terhadap pengalaman dan emosi semakin menjadi lebih penting dalam industri mewah, kita boleh menjangkakan 'menjadi' atau 'merasa' menjadi sama penting seperti 'memiliki'. Dan apabila ia melibatkan minuman mewah, saya harapkan pemikiran yang lebih dekat kepada makanan dan gastronomi mewah. Semakin ramai yang mengambil berat tentang cara sesuatu minuman dibuat, dari mana ia datang, dan bagaimana ia dihidangkan"

Bercakap tentang masa hadapan Diageo dalam kemewahan, beliau berkata: "Para pelanggan mewah benar-benar menghargai jenama-jenama Reserve dan angka-angka yang ada membuktikannya. Portfolio kami semakin berkembang, dengan Diageo Reserve semakin bertumbuh sebanyak 7% dalam tahun kewangan yang lalu."

"Kami telah banyak melabur dalam penyelidikan global untuk memastikan kami berada di barisan hadapan sektor mewah. Mengikuti jejak langkah para pengasas jenama-jenama kami, kami akan terus menjadi usahawan dalam usaha untuk terus menandingi para pesaing kami di setiap pasaran."

Nota kepada Editor:

Biografi Cristina Diezhandino

Cristina Diezhandino ialah Pengarah Urusan bagi jenama-jenama Global Reserve. Diageo Reserve adalah koleksi premium minuman keras Diageo yang mewakili 16% daripada jualan bersih dan telah berkembang sebanyak 7% di semua rantau ini pada tahun lalu.

Cristina telah memegang jawatan ini selama lebih daripada dua tahun dan telah bersama Diageo selama lebih sepuluh tahun dan pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan Amerika Tengah & Caribbean dan Pemasaran & Inovasi Diageo Afrika.

Sebelum menyertai Diageo, Cristina adalah Pengarah Pemasaran Korporat Sepanyol bagi Alloed Domecq dan sebelum itu telah memegang pelbagai peranan bekerja dalam Pemasaran bersama Unilever HPC di Sepanyol, UK dan AS selama lebih daripada 10 tahun. Cristina adalah lulusan daripada fakulti perniagaan ICADE di Madrid (1989), mendapat tajaan biasiswa Erasmus di ESSEC di Paris (1988) dan lulusan Program Eksekutif di Fakulti Ijazah Perniagaan Stanford (2015). Berpangkalan di Amsterdam, Cristina juga berkhidmat sebagai Pengarah kepada Lembaga vodka Ketel One, yang berada dalam koleksi Diageo Reserve. 

Cristina juga bersedia untuk ditemubual dan mengulas mengenai:

  • Industri minuman mewah dan Scotch
  • Trend minuman mewah dan Scotch
  • Isu semasa yang mempengaruhi / berkaitan dengan industri minuman mewah dan Scotch
  • Peranan beliau sebagai Pengarah Kategori Diageo Global bagi Scotch dan Reserve Brands

Beliau fasih dalam Bahasa Sepanyol dan Inggeris. Untuk maklumat lanjut, untuk mengatur jadual temubual atau sekiranya anda berminat untuk bertemu Cristina apabila beliau berada di negara anda, sila hubungi pejabat akhbar.

Latar Belakang Diageo Reserve

Diwujudkan pada tahun 2014, bahagian Reserve Diageo memberi tumpuan kepada peluang mewah global, membawakan bersama jenama-jenama yang dibina dalam warisan yang kukuh, kehalusan kerja tangan dan keaslian. Portfolio mewah ini termasuk Johnnie Walker Blue Label, Cîroc, Don Julio, Bulleit, Tanqueray No. Ten, Ketel One, Zacapa dan koleksi terbaik Single Malts. Portfolio mewah ini menyumbang 16% daripada jumlah jualan Diageo dan telah berkembang sebanyak 7% dalam tahun kewangan ini.

Latar Belakang Diageo

Diageo adalah peneraju global dalam minuman beralkohol dengan koleksi terbaik jenama-jenama termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, wiski Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff dan Ciroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness.

Diageo tersenarai di Bursa Saham London (LSE) dan Bursa Saham New York (DEO) dan produk-produk kami dijual di lebih 180 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, lawati kami di http://www.diageo.com. Lawati sumber minum berhemah global Diageo, http://www.DRINKIQ.com untuk maklumat lanjut, inisiatif dan cara-cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Raikan hidup, setiap hari, di mana jua

Untuk maklumat lanjut atau untuk meminta temubual dengan Cristina Diezhandino, sila hubungi: Nicola Minford, Smart Communicate, E: Nicola.minford@smartscommunicate.com, T: +44 7841 635002

Source: Diageo
Keywords: Fashion Retail Awards Women-related news