omniture

Sinar Mas Cepsa Mulakan Pengeluaran di Loji Alkohol berasaskan Sayuran bernilai 300 juta EURO di Indonesia

Cepsa
2017-09-15 02:56 732
  • Sinar Mas Cepsa adalah usaha sama antara Cepsa dan Golden Agri-Resources (GAR)
  • Loji bernilai 300 juta Euro di Dumai, Sumatera untuk menghasilkan asid dan alkohol lemak daripada minyak isirung kelapa sawit sumber lestari untuk pasaran Asia, Timur dan Eropah Barat
  • Bahan mentah berasaskan sayuran akan digunakan untuk membuat produk kebersihan, kosmetik, barang pencuci rumah dan banyak lagi

DUMAI, Indonesia, 15 September 2017/PRNewswire/ --

Sinar Mas Cepsa hari ini merasmikan loji oleokimia pertama di Indonesia, yang merupakan pelaburan EUR 300juta yang dibuat sepanjang tempoh dua tahun. Kilang ini akan menghasilkan alkohol lemak daripada minyak isirung kelapa sawit daripada sumber mampan, iaitu bahan utama dalam pembuatan produk harian seperti barang pencuci rumah dan produk penjagaan diri.

Untuk membaca Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8175951-sinarmas-cepsa-alcohols-plant-indonesia/

Sinar Mas Cepsa adalah usaha sama milik sepenuhnya antara Cepsa, sebuah syarikat tenaga bersepadu terkemuka dan peneraju dunia dalam pengeluaran alkilbenzena linear (LAB), yang digunakan untuk membuat detergen terbiodegradasi, dan Golden Agri-Resources, ahli konsortium Indonesia bagi perniagaan Sinar Mas dan syarikat minyak sawit bersepadu menegak kedua terbesar di dunia.

Upacara perasmian loji di Dumai dihadiri oleh pegawai dan orang kenamaan daripada Kementerian Perindustrian Indonesia.

Loji Dumai mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 160,000 tan metrik alkohol lemak setahun. Penjualan alkohol berasaskan sayuran akan tertumpu terutamanya di Asia. Loji ini juga akan memenuhi permintaan kilang surfaktan Sinarmas Cepsa di Jerman yang memberikan perkhidmatan dalam pasaran di Eropah Timur dan Barat.

Pasaran global untuk alkohol lemak dijangka mencapai 4.1 juta tan metrik pada 2025, menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun lima tahun sebanyak 3.5%. Loji ini membantu mengukuhkan kedudukan Cepsa di Asia berikutan perasmian loji di Shanghai pada tahun 2015, yang menjadikannya pengeluar fenol kedua terbesar di dunia.

Kilang penapisan Lubuck Gaung, yang diiktiraf oleh Meja Bulat Minyak Sawit Lestari dan terletak berhampiran, membekalkan loji dengan minyak isirung kelapa sawit yang mampan dan boleh dikesan. Loji Dumai juga swacukup sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut: 

Cepsa - Perhubungan   
comunicacion@cepsa.com
+34-91-337-62-02 / 60-00

Ayesha Khan                        
Pasukan Perhubungan, GoldenAgri-Resources        
ayesha.khan@cohnwolfe.com                
+65-9783-1944                       

Wulan Suling
Ketua, Media & Acara, PT SMART Tbk  
wulang.suling@sinarmas-agri.com  
+62-818-909-900

 (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/554781/Cepsa_Alcohols.jpg )

Source: Cepsa
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Corporate Expansion Financing agreements