Bayat, Eksekutif Dan Dermawan Tersohor, Raih Anugerah Sebagai Pengiktirafan Menjadi Pengasas Sektor Telekomunikasi Afghanistan, Penginovasi Teknologi
KABUL, Afghanistan, 15 September 2017 /PRNewswire/ -- Afghan Wireless Communication Company (AWCC) (www.afghan-wireless.com), syarikat komunikasi mudah ahli pertama negara, pengasas bagi pasaran komunikasi mudah alih Afghanistan dan penyedia utama bagi perkhidmatan suara, data, hiburan dan pembayaran mudah alih untuk lebih 5,000,000 pengguna dan syarikat, hari ini mengumumkan Dr. Ehsan Bayat, Pengasas Afghan Wireless, Ariana Television (ATN) dan Pengerusi The Bayat Group, (www.bayat-group.com), meraih Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Media dan Telekomunikasi Terbaik 2017 daripada International Finance Magazine (IFM).
International Finance Magazine (www.internationalfinance.com), menyediakan para eksekutif terkemuka dunia dengan maklumat, analisis dan pandangan tentang kemajuan dalam pasaran kewangan dunia. IFM mengurniakan anugerah paling berprestij kepada Dr. Ehsan Bayat, bagi mengiktiraf kedudukan bersejarah beliau sebagai eksekutif pengasas Ariana Television Network, dan kerana menubuhkan Afghan Wireless—syarikat komunikasi tanpa wayar pertama di Afghanistan.
Dr. Bayat merupakan pengasas sektor komunikasi mudah alih Afghanistan dan membangunkan Afghan Wireless menjadi syarikat komunikasi tanpa wayar terbesar di Afghanistan.
AWCC menyediakan 4G LTE, 3.75G+ dan 3G Suara, Data, Internet dan Perkhidmatan Pembayaran Mudah Alih My Money bertaraf dunia kepada lebih lima juta pelanggan di 34 wilayah di Afghanistan. Afghan Wireless turut menggaji lebih 100,000 warga Afghanistan.
Sektor komunikasi tanpa wayar Afghanistan ialah segmen terbesar dan paling menguntungkan bagi ekonomi Afghanistan, menyediakan Kerajaan Afghanistan dengan lebih 25% daripada seluruh hasil cukai.
Pada tahun 2017, Afghan Wireless dan ATN menunjukkan komitmen mereka terhadap inovasi teknologi. Pada bulan Mei 2017, Afghan Wireless melancarkan Perkhidmatan LTE 4G—satu-satunya rangkaian LTE 4G Afghanistan. Pada bulan Ogos 2017, ATN melancarkan perkhidmatan penstriman kandungan berkelajuan tinggi.
"Saya berbesar hati kerana dipilih oleh International Finance Magazine sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Telekomunikasi dan Media Terbaik 2017," kata Dr. Ehsanollah Bayat, Pengerusi Afghan Wireless. "Anugerah ini turut mengiktiraf kesetiaan dan kerja keras yang disumbangkan oleh semua pihak di Afghan Wireless, ATN dan seluruh Bayat Group; komitmen mereka telah menjadikan kejayaan kami ini suatu kenyataan."
"Kami semua di AWCC, ATN dan The Bayat Group terus berasa rendah diri—dan berbangga—atas peluang yang diberikan kepada kami untuk berkhidmat kepada rakyat Afghanistan," kata Dr. Bayat. "Kami berbangga kerana Afghan Wireless, ATN dan setiap syarikat yang menjadi sebahagian daripada The Bayat Group merupakan perusahaan yang dibangunkan oleh warga Afghanistan untuk penduduk Afghanistan. Kami berharap dapat berkhidmat untuk rakyat Afghanistan, menyumbang kepada kemajuan negara kita, selama bertahun-tahun akan datang."
Latar Belakang Afghan Wireless:
Afghan Wireless Communication Company (AWCC) (www.afghan-wireless.com) ialah sebuah syarikat komunikasi tanpa wayar pertama Afghanistan dan pengasas pasaran komunikasi tanpa wayar Afghanistan. Dilancarkan pada tahun 2002 oleh Ehsan Bayat, Pengerusi Bayat Group (www.bayat-group.com), AWCC menyediakan perkhidmatan 4G LTE, 3.75G+, 3G, 2.5G, Suara, Data, Internet dan Pembayaran Mudah Alih kepada lebih lima juta Pelanggan Perniagaan dan Pengguna, yang berada di seluruh tiga puluh empat wilayah Afghanistan. Syarikat turut menjalin kerjasama global dengan 425 rangkaian syarikat telekomunikasi tanpa wayar di 125 negara.
SILA HUBUNGI:
Untuk Afghan Wireless:
Alberto Lopez
+1.917.330.4510
a.lopez@tsiglobe.com