omniture

Digital Marketing Institute Peroleh EUR26 juta daripada Spectrum Equity untuk Percepatkan Pertumbuhan Global

Digital Marketing Institute
2017-09-15 11:37 914

DUBLIN, 15 September 2017 /PRNewswire/ --

Digital Marketing Institute, piawaian pensijilan global dalam pemasaran digital dan pendidikan jualan digital, hari ini mengumumkan penerimaan pelaburan EUR26 juta yang diterajui oleh Spectrum Equity, sebuah firma ekuiti pertumbuhan terkemuka dengan pelaburan terdahulu termasuk Lynda.com, SurveyMonkey dan Bitly. Pembiayaan ini akan mendorong pelaburan dalam program pembelajaran dan pensijilan profesional Digital Marketing Institute, sekali gus mempercepatkan pengembangan syarikat di arena antarabangsa.

generated by system

Digital Marketing Institute telah mencapai pertumbuhan pesat, dengan lebih 18,000 profesional di 115 negara  telah menamatkan program pembelajarannya hingga kini. Sejak 2014, Digital Marketing Institute mencapai pertumbuhan sebanyak 73% setahun dengan pengambilan kukuh dalam program pembelajaran dalam talian dan korporat, serta kursus yang dilesenkan untuk ditawarkan melalui rangkaian 100+ rakan pendidikan di seluruh dunia.

Digital Marketing Institute telah melatih lebih ramai profesional pemasaran dan jualan mengikut satu piawaian tunggal pendidikan digital berbanding mana-mana badan pensijilan global yang lain. Pelajar mendapat manfaat daripada kursus komprehensif, terkini yang direka bentuk oleh pengamal pakar, dan disahkan oleh Majlis Penasihat Industri bebas termasuk wakil-wakil syarikat digital terkemuka seperti Google, Facebook, Twitter dan LinkedIn. Lebih daripada 80% alumni Digital Marketing Institute bekerja dalam peranan digital, dengan 20% di peringkat pengarah atau lebih tinggi, merentasi beribu-ribu perniagaan di seluruh dunia.

Bersempena dengan pelaburan itu, Adam Margolin dan Parag Khandelwal daripada Spectrum Equity akan menyertai lembaga pengarah Digital Marketing Institute. Ted Weissberg, mantan Ketua Pegawai Eksekutif ACAMS yang diperoleh pada harga $330 juta tahun lalu, akan menyertai lembaga pengarah sebagai Pengerusi Eksekutif dan bekerjasama rapat dengan Ken Fitzpatrick, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Marketing Institute dan seluruh pasukan dalam pengembangan global syarikat itu.

"Terdapat keperluan mendesak untuk pendidikan pemasaran digital dan jualan digital untuk profesional," kata Adam Margolin dari Spectrum Equity. "Digital Marketing Institute berada di kedudukan unik untuk menangani masalah jurang kemahiran global yang semakin meningkat melalui program pensijilan inovatif yang disahkan oleh industri. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Ken Fitzpatrick, Ted Weissberg dan seluruh pasukan Digital Marketing Institute sewaktu kami berusaha untuk mengembangkan perniagaan di seluruh dunia dan menjadi pembekal latihan dan pensijilan utama bagi profesional pemasaran dan jualan dalam semua industri. "

Sumber: Digital Marketing Institute

Source: Digital Marketing Institute
Keywords: Education Higher Education Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements