omniture

Skala Baharu untuk Pameran Haiwan Kesayangan Asia

Pet Fair Asia 2018
2017-09-15 21:11 864

SHANGHAI, 15 September 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Haiwan Kesayangan Asia ke-20 telah berlangsung di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 24-27 Ogos 2017. Dengan 8 dewan pameran (100,000 kaki persegi) dan 950 pempamer, pameran itu menembusi ambang baharu dalam pendedahan pasaran yang berkembang pesat, membolehkan para profesional mengakses pameran terbesar bekalan haiwan kesayangan Asia.

At Pet Fair Asia 2017
At Pet Fair Asia 2017

33,275 pelawat perdagangan mengunjungi acara tersebut (+ 24.05%/2016), termasuk 3,864 dari luar negara (+ 11.29%). Sejumlah 81.7% daripadanya mengesahkan kunjungan untuk tujuan pembelian dan 95.8% untuk meninjau tentang produk baharu. Minat yang mendalam ditunjukkan dalam kesemua pameran yang diwakili: pembekal huluan, pengeluar, jenama, pengedar, penyedia perkhidmatan dan platform e-dagang. Jangkauan rantaian bekalan yang diperluaskan di Pameran Haiwan Kesayangan Asia membolehkan interaksi perniagaan menegak yang belum pernah berlaku sebelum ini, dari peringkat bahan mentah dan mesin hingga kepada pengguna akhir.

Jenama antarabangsa mendominasi di tapak acara, di reruai pengedar mereka dan melalui reruai korporat kendiri atau pavilion nasional. Keluasan negara China dan persaingan sengit menjadikan ia satu keperluan bagi jenama-jenama mencari pengedar serantau tambahan di samping dapat berkomunikasi secara langsung dengan pengunjung antarabangsa yang semakin meningkat. Selain daripada para pembeli Asia yang telah diwakili dengan baik di acara itu (Korea Selatan, Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia), edisi ini menyaksikan peningkatan pengunjung dari pasaran baru muncul, terutamanya dari Vietnam, Filipina, Iran dan Arab Saudi.

Dalam pasaran domestik, syarikat-syarikat China telah berkembang pesat ke tahap baharu dari segi penjenamaan dan jangkauan geografi perniagaan. Sejumlah 77.6% pempamer mengesahkan mereka menjalankan perniagaan di China dan luar negara, 13.2% secara eksklusif keluar negara dan 9.2% di dalam negara. Pengeksport tradisional terus mengubah model perniagaan mereka ke arah jualan domestik, dengan beberapa jenama baharu yang dipamerkan disokong oleh bajet pemasaran yang mengagumkan - sehingga EUR500,000 telah dibelanjakan dalam 4 hari oleh "Frog Brand" yang baru dilancarkan.

Banyak acara diadakan di sepanjang pesta: Sidang Kemuncak Industri Haiwan Kesayangan Antarabangsa ke-7, Forum Makanan Haiwan Kesayangan ke-6 China, Mesyuarat Tahunan ke-4 Pengurusan Hospital Haiwan Kesayangan, Persidangan Veterinar Shanghai ke-10 dan Seminar ke-2 perihal penumpuan peruncitan haiwan kesayangan dan akuarium. Pentas pameran sibuk dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti: siaran TV secara langung, pertunjukan anjing/kucing dan acara pertandingan.

Pada 2018, Pameran Haiwan Kesayangan Asia akan ditempatkan bersama Aquarama, pameran antarabangsa bagi akuarium dan bekalan terarium, ikan perhiasan dan reptilia, produk taman dan kolam. Kedua-dua acara ini akan mengumpulkan 1400 peserta pameran dalam ruangan terbesar dalam rekod dunia seluas125,000 kaki persegi (10 dewan), dengan 40,000 profesional dan 110,000 pengguna dijangkakan hadir.

Pameran Haiwan Kesayangan Asia 2018
22-26 Ogos 2018, Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai
www.petfairasia.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1940963-1

Source: Pet Fair Asia 2018
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Animals/Pets Trade show news