omniture

Trina Solar Dinilai sebagai Pembekal Modul Paling Dijamin Menguntungkan oleh Bloomberg

Trina Solar Limited
2017-09-18 11:48 697

Jaminan Peroleh Keuntungan disahkan sekali lagi oleh 100% bank, pelabur, pakar industri

CHANGZHOU, China, 18 September 2017 /PRNewswire/ -- Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "syarikat"), sebuah peneraju global dalam modul, penyelesaian, dan perkhidmatan fotovolta ("PV"), telah menerima penarafan tertinggi dalam laporan modul jaminan untuk memperoleh keuntungan terkini, yang diterbitkan oleh Bloomberg New Energy Finance (BNEF). Selepas mendapat kedudukan teratas di kalangan semua rakan industrinya dalam laporan tahun 2016 yang lalu, Trina Solar kini sekali lagi diiktiraf sebagai dijamin menguntungkan oleh 100% bank, EPC, perunding dan pakar industri yang menyertai kaji selidik BNEF.

Bagi laporan jaminan keberuntungan globalnya, Bloomberg New Energy Finance bertanya kepada bank, EPC, penjana tenaga bebas dan firma pelaksanaan pematuhan teknikal bebas jenama modul PV yang mana yang boleh memberi keuntungan. Memetik tafsiran daripada BNEF, "dijamin menguntungkan" bermaksud kesediaan bank untuk menyediakan pinjaman tanpa rekursa bagi sesebuah projek PV sekiranya mereka selesa dengan kualiti produk modul dan sekiranya pengeluar mempunyai kedudukan kewangan yang sihat, supaya ia boleh menepati waranti produk. Responden kepada kaji selidik terkini ini memegang kira-kiranya 15GW kapasiti pembiayaan atau pemilikan dalam projek-projek PV, dan lebih daripada 100GW di bawah pemeriksaan oleh syarikat-syarikat perunding teknikal.

"Keputusan cemerlang ini mengesahkan ikhtiar berterusan Trina Solar dalam bidang kualiti dan keandalan produk, prestasi cemerlang, inovasi dan pengurusan kewangan yang kukuh," kata Rongfang Yin, Naib Presiden Penjualan & Pemasaran Global di Trina Solar. "Kami sangat berbangga untuk memegang kedudukan teratas dalam laporan industri BNEF terkenal ini, terutama sekali kerana penarafan ini diterima daripada bank, pelabur dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam pembiayaan projek PV." Rongfang Yin menyambung, "Keadaan ini memberi pengesahan bahawa konsistensi dibayar dalam jangka masa panjang, mewujudkan kepercayaan dalam Trina Solar dan meninggalkan beberapa pesaing jenama berwibawa di belakang dari segi penarafan jaminan untuk memperoleh keuntungan."

Mencerminkan keyakinan dalam jaminan untuk memperoleh keuntungan Trina Solar, laporan terkini BNEF mendedahkan bahawa Trina Solar memegang volum terbesar dalam projek-projek yang dibiayai oleh pinjaman di kalangan semua pengeluar modul c-Si, seperti yang dikesan oleh BNEF, dengan kira-kira 3GW modul yang dipasang dalam loji kuasa PV di seluruh dunia.

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global bagi modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovolta solar. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama pemasang, pengedar, utiliti dan pembangun seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com. E-mel: press@trinasolar.com

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research