omniture

Institut Marquès membentangkan kajian mereka tentang muzik dan permulaan kehidupan di Massachusetts Institute of Technology

Institut Marquès
2017-09-18 23:12 847

- Dr. Marisa López-Teijón, pengarah kepada pusat yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam Reproduksi Berbantu, telah menerima Anugerah Ig Nobel untuk Perubatan

- Anugerah ini, diadakan di Harvard University, mengiktiraf penyelidikan-penyelidikan saintifik paling mengejutkan dan inovatif yang terbaik tahunan

- Institut Marquès mengikuti barisan penyelidikan canggih terhadap kesan muzik ke atas perkembangan embrio dan fetus

BOSTON, 18 September 2017 /PRNewswire/ -- Institut Marquès membentangkan kajian saintifiknya tentang pengaruh muzik ke atas perkembangan embrio dan fetus di Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Dr. Marisa López-Teijón, director of Institut Marquès, Dr. Àlex García-Faura, scientific director of the center, and Lluís Pallarés, creator of the Babypod, accept their IG Nobel award.
Dr. Marisa López-Teijón, director of Institut Marquès, Dr. Àlex García-Faura, scientific director of the center, and Lluís Pallarés, creator of the Babypod, accept their IG Nobel award.

Kajian mereka, yang diterbitkan dalam majalah saintifik berprestij Ultrasound, telah menemui bagaimana pendengaran fetus berfungsi, menunjukkan bahawa fetus boleh mendengar daripada minggu ke-16 (apabila mereka berukuran 11 cm / 4 inci), selagi bunyi tersebut datang dari vagina ibu.

Dr. Marisa López-Teijón, pengarah Institut Marquès, Dr. Àlex García-Faura, pengarah saintifik pusat tersebut, dan Lluís Pallarés, pencipta peranti vagina Babypod, menerangkan kesimpulan daripada kajian tersebut di MIT. Dr. Alberto Prats, Profesor Anatomi dan Embriologi Manusia untuk Fakulti Perubatan di University of Barcelona, juga merupakan sebahagian daripada pasukan penyelidikan.

Sesi di  Massachusetts Institute of Technology adalah sebahagian daripada Majlis Anugerah ig Nobel, yang mengiktiraf penyelidikan saintifik yang paling mengejutkan dan inovatif terbaik tahunan.

Anugerah Ig Nobel bagi Perubatan

Dr. Marisa López-Teijón telah dianugerahkan dengan Anugerah Ig Nobel bagi Perubatan, yang pertama dalam bidang Obstetrik dalam 27 tahun sejarah penganugerahan.

Majlis penganugerah Ig Nobel diadakan di Harvard University dan Massachusetts Institute of Technology, menjadi tuan rumah kepada para saintis berprestij dari seluruh dunia untuk membentangkan kajian mereka kepada orang ramai dalam cara yang menarik dan menyeronokkan.

Di majlis itu, Dr. Marisa López-Teijón menerangkan: "Institut Marquès kini sedang menjalankan penyelidikan canggih tentang bagaimana muzik memberi kesan kepada perkembangan embrio dan fetus.   

Kami telah menambah baik persenyawaan in vitro dengan menggunakan getaran muzik dalam inkubator di kesemua klinik kesuburan kami. 

Dengan memasukkan pembesar suara dalam vagina beribu-ribu pesakit, buat pertama kalinya kami telah berjaya berkomunikasi dengan fetus. Untuk mencapai hasil ini, kami telah mencipta Babypod. Ia merupakan pembesar suara vagina yang mendapat kelulusan FDA yang bersambung dengan telefon mudah alih.

Terima kasih kepada Babypod, kami telah menemui bagaimana pendengaran fetus berfungsi: fetus hampir tidak boleh mendengar bunyi di luar rahim. Kebolehan mendengar fetus bermula apabila fetus berukuran 4 inci atau 11 cm. Sehingga kini, kajian perubatan hanya boleh mengesahkan bahawa fetus mendengar dari minggu ke-26 dan seterusnya. Fetus bertindak balas sama seperti bayi, dengan ucapan dan pergerakan kerana mereka sedang belajar berkomunikasi. Mitos bercakap kepada perut anda sudah berakhir." 

Menurut kajian Institut Marquès, kini kita boleh berkomunikasi dengan fetus dan merangsangnya secara neurologi. Apa sahaja perangsangan deria membawa kebaikan – semakin awal dimulakan semakin baik.

Muzik merangsang pembelajaran bahasa. Dan dari yang kami lihat, belajar boleh bermula dari dalam rahim.

Anugerah Ig Nobel ini mewakili pengiktirafan oleh universiti-universiti berprestij ini ke atas penyelidikan Institut Marquès untuk menambah baik rawatan reproduksi berbantu.

Pautan-pautan menarik:

Muzik dan rangsangan fetus

http://www.fertility-experiences.com/what-is-the-meaning-of-music/

http://www.fertility-experiences.com/the-story-of-a-discovery/

http://www.fertility-experiences.com/the-story-of-a-discovery-2-the-first-tests-continue/

http://www.fertility-experiences.com/the-story-of-a-discovery-3-the-scientific-research-starts/

http://institutomarques.com/en/scientific-area/response-fetus-vaginal-music-2/

http://www.institutomarques.com/pdf/ultrasound.pdf

Muzik dan kesuburan:

http://www.fertility-experiences.com/music-enhances-in-vitro-fertilisation/

http://www.fertility-experiences.com/ivf-to-the-beat-of-the-music-we-have-made-our-embryos-dance/

Kajian-kajian saintifik:

http://institutomarques.com/en/scientific-area/

http://institutomarques.com/en/scientific-area/response-fetus-vaginal-music-2/

http://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/1742271X15609367?journalCode=ultb

Babypod:

https://babypod.net/en/

Konsert untuk fetus dan embrio

https://www.youtube.com/watch?v=SQNTqFRp09Q

https://www.youtube.com/watch?v=tQF5no3iLSg

Embriomobile:

http://institutomarques.com/en/observe-your-embryos-from-home/

Maklumat lanjut : www.institutomarques.com  dan www.institutmarques.ie 

Hubungan Akhbar Amerika Syarikat: 

kcontreras@webershandwick.com

Pejabat: 617-520-7088
Telefon Mudah Alih: 862-432-8436

Hubungan Akhbar Sepanyol : 

Institut Marquès Barcelona +34 93 285 82 16 

Mireia Folguera: mireia.folguera@institutomarques.com    +34 649 90 14 94

Estefanía Redondo: estefania.redondo@institutomarques.com    +34 661 20 83 85

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/557034/Institut_Marques_Dr_Maris_Lopez_Teijon_director.jpg 

Video - http://mma.prnewswire.com/media/557500/Institut_Marques.mp4

Source: Institut Marquès
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Music Awards Children-related news Clinical Trials/Medical Discoveries