omniture

Tetracore® Inc. Umum Kelulusan Eropah untuk Pengitar Haba PCR Masa Sebenar T-COR 8TM Mudah Alih

Tetracore, Inc.
2017-09-19 08:14 556

Platform diagnostik molekul generasi akan datang perkenal penyelesaian baharu ketersambungan yang direka untuk membawa pengujian lebih dekat kepada pesakit

ROCKVILLE, Maryland, 19 September 2017 /PRNewswire/ -- Tetracore hari ini mengumumkan bahawa pengitar haba PCR masa sebenar T-COR 8 mudah alih telah mencapai status CE-IVD di bawah Direktif Eropah ke atas Peranti Perubatan Diagnostik In Vitro.

T-COR 8, dan perisian proprietari memberikan platform diagnostik molekul yang mudah, fleksibel dan mudah diakses kepada penyedia penjagaan kesihatan. Sistem diagnostik titik penjagaan (POC) yang unik dan mudah digunakan membolehkan ujian molekul masa sebenar di hospital, klinik, pejabat pakar perubatan, dan aplikasi lapangan.

Penyedia penjagaan kesihatan bergantung kepada ujian molekul untuk menghasilkan pengenalan tepat ke atas agen-agen jangkitan untuk membantu memilih terapi sasaran dengan cepat. Kemajuan dalam mengakses ujian molekul menyokong usaha klinikal global untuk menambah baik pengawasan antibiotik. Yang paling penting, diagnostik pesakit yang berdekatan membenarkan rawatan yang sesuai dimulakan dengan segera. Direka untuk titik penjagaan, T-COR 8 membawakan ujian penyakit molekul berjangkit lebih dekat kepada pesakit.

"Kami memberi tumpuan untuk membawakan ujian ke tempat yang paling diperlukan, tanpa mengira persekitarannya," terang Dr. Bill Nelson, Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif Tetracore. "T-COR 8 mendayakan lebih ramai penyedia penjagaan kesihatan untuk menjalankan ujian kritikal di tempat yang paling diperlukan." Tetracore sedang membangunkan beberapa ujian diagnostik untuk virus-virus yang menyasarkan sistem pernafasan, jangkitan yang terjadi di hospital, dan panel penyakit gastrointestinal yang berjangkit. Seiring dengan kandungan proprietari yang sedang dibangunkan, T-COR 8 juga berupaya untuk melaksanakan ujian molekul dalam mod "terbuka", membolehkan para penyelidik dan pembangun untuk mencipta ujian-ujian baharu ke atas instrumen generasi akan datang menggunakan protokol pencipta khusus yang terbina dalam.

Ciri-ciri T-COR 8 termasuk:

  • Tersedia "awan" dan boleh rangkaian (WiFi/ethernet) untuk akses jarak jauh dan muat turun data
  • 8 telaga yang boleh diprogram secara berasingan
  • Instrumen akses rawak, membenarkan pelbagai protokol pada masa yang sama
  • Skrin sentuh 10.4" (26.4 cm) dengan papan kekunci maya
  • Boleh dipasang masuk atau beroperasi dengan bateri terbina dalam (sehingga 4 jam ujian berterusan)
  • Pengimbas kod bar bersepadu
  • Muat turun laporan melalui rangkaian atau pemacu jari USB

Latar Belakang Tetracore, Inc.
Tetracore adalah sebuah syarikat bioteknologi yang mengkhusus dalam pembangunan dan pengilangan peranti diagnostik dan cerakin untuk pengesanan penyakit berjangkit. Terletak dalam Koridor Bioteknologi di Rockville, Maryland. Tetracore ditubuhkan dalam tahun 1998 oleh para bekas pemeriksa senjata biologi Tugas Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan para saintis dari Naval Medical Research Institute di Bethesda, Maryland. Untuk maklumat lanjut layari www.tetracore.com atau hubungi kami di jkelly@tetracore.com

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/371337/Tetracore_Logo.jpg

 

Source: Tetracore, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services