omniture

Trina Solar Capai Kejayaan Penting dalam Penghantaran Modul Solar 3GW ke India

Trina Solar Limited
2017-09-19 17:08 652

CHANGZHOU, China, 19 September 2017 /PRNewswire/ -- Trina Solar telah mencapai penghantaran kumulatif bagi modul solar 3GW di India dari tahun 2010 hingga 2017. Pencapaian penting ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar dan pembekal modul PV terkemuka di negara tersebut menerusi lebih 25% bahagian pasaran setakat ini.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2010, Trina Solar berjaya membangunkan jaringan jualan yang luas di seluruh negara tersebut, menawarkan penyelesaian PV solar yang inovatif kepada pembangun, pengedar, kontraktor kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC), pengeluar kuasa bebas (IPP) dan lain-lain.

Trina Solar berbesar hati dapat mencapai kejayaan penghantaran modul solar 3GW dan ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggannya atas komitmen dan sokongan mereka terhadap jenama Trina. Dengan modul-modul PV beroperasi dalam beberapa projek besar, India kekal menjadi salah satu pasaran paling penting bagi tujuan pertumbuhan di rantau tersebut. Trina akan terus memainkan peranan dalam menyumbang ke arah sasaran negara India dengan kapasiti penjanaan kuasa solar sebanyak 100GW menjelang tahun 2022.

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global bagi modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovolta. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama pemasang, pengedar, utiliti dan pembangun seluruh dunia. Kedudukan utama syarikat dalam industri adalah berasaskan kecemerlangan dalam inovasi, kualiti produk terunggul, keupayaan bersepadu secara vertikal dan pengawasan terhadap alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

 

 

Source: Trina Solar Limited
Related Stocks:
NYSE:TSL
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities