omniture

Incheon National University Anjur 'Sidang Kemuncak Universiti-universiti Bandar-Pelabuhan' sulung

Incheon National University (INU)
2017-09-20 01:54 548

- 48 universiti bandar-pelabuhan dan 3 institut mengambil bahagian dari 11 negara

- Ijazah Doktor Kehormat INU dianugerahkan kepada Prof. Michael Porter Sekolah Perniagaan Harvard diikuti dengan ucapan dasar beliau

INCHEON, Korea Selatan, 20 September 2017 /PRNewswire/ -- Incheon National University (INU) hari ini menganjurkan 'Sidang Kemuncak Universiti-universiti Bandar-Pelabuhan (PUS)' sulung di kampus Songdo, menghimpunkan wakil-wakil daripada 48 universiti dan 3 institut dari 11 negara seluruh dunia.

Majlis Perasmian 'Sidang Kemuncak Universiti-universiti Bandar-Pelabuhan'
Majlis Perasmian 'Sidang Kemuncak Universiti-universiti Bandar-Pelabuhan'

INU menyasarkan untuk mewujudkan jaringan global antara universiti-universiti bandar-pelabuhan seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea dan juga pandangan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha INU dalam membantu Bandar Incheon menjadi sebuah bandar pelabuhan yang benar-benar bersifat global.

Prof. Michael Porter daripada Sekolah Perniagaan Harvard menyampaikan ucapan dasar di PUS tentang 'Produk-produk Pintar, Terhubung' yang diikuti dengan perbincangan mendalam berkaitan daya saing bandar-bandar pelabuhan dan peranan insitusi-institusi yang mengambil bahagian yang terletak di sepanjang pelabuhan global.

Presiden INU Dong-Sung Cho, Presiden American University of Ras Al Kjaimah Prof. Hassan H. Al Alkim, dan Naib Presiden Nankai University Prof. Yan Chunhua mendahului perbincangan meja bulat pertama berkenaan 'Peranan universiti-universiti dalam era Industri 4.0'.

Sesi berikutnya menumpu pada 'Peranan universiti-universiti terhadap pelabuhan dan pembangunan bandar-pelabuhan' dengan pembentangan disampaikan oleh Presiden Yokohama University Yuichi Hasebe, Rektor Myanmar Maritime University Myat Lwin dan Presiden National Taiwan Ocean University Chang Ching Fong.

Sesi terakhir memberi tumpuan terhadap 'Amalan terbaik dalam pembangunan pelabuhan dan kerjasama antarabangsa' bersama Pengurus Besar Ras Al Khaimah Ports Group Cliff Brand, Timbalan Pengarah Eksekutif ASEAN University Network Choltis Dhirathiti dan Presiden Banaras Hindu University Ramashray Prasad Singh.

Prof. Cho, tuan rumah bagi PUS pertama ini berkata, "Agar berjaya menangani perubahan dengan kedatangan era Industri 4.0, syarikat-syarikat mencari bakat-bakat baharu dengan kebolehan terhadap penumpuan. Saya amat yakin universiti-universiti bandar-pelabuhan, di mana berlakunya pelbagai unsur penumpuan, terletak secara strategik untuk memanfaatkan dan memulakan penyepaduan dan penumpuan menerusi inovasi yang tidak dilihat. Saya berharap PUS dapat membuka laluan kepada jalinan kerjasama antara universiti-universiti dan usaha kolaboratif dalam pelbagai penyelesaian masalah."

Semasa sidang kemuncak, INU menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada Profesor Porter.

Latar Belakang Incheon National University (INU) 

INU terletak di bahagian tengah Songdo, berhampiran LapanganTerbang Antarabangsa Incheon, sebuah hab perniagaan antarabangsa yang mempunyai kemudahan terkini seperti IT, BT dan NT. Sejajar dengan ciri geografi dan keistimewaan kawasan, INU menumpu pada perdagangan antarabangsa, pengagihan barangan, penumpuan teknologi gunaan, sains hayat berasaskan BNT, sains bandar dan bidang kemanusiaan tempatan berasaskan sinologi.

INU ialah ahli Liga Universiti-universiti Bandar-Pelabuhan (PUL) yang terdiri daripada 15 universiti dari 12 negara.

Maklumat Perhubungan Media (INU) 

Incheon National University
Jihee Sung
E) jhsung@inu.ac.kr
D) +82-(0)32-835-9574

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170918/1944353-1

Source: Incheon National University (INU)
Keywords: Education Higher Education Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news