NEW YORK, 20 September 2017 /PRNewswire/ -- Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang tertarik kepada cahaya. Kita juga tertawan kepada aroma yang memikat. Kedua-dua elemen ini akhirnya digabungkan dalam eau de parfum terkini daripada Bond No.9--New York Nights, yang meraikan seduhan cahaya berwarna warni yang dihidupkan secara rutin di bahagian atas pencakar langit Manhattan yang semakin bertambah pada setiap malam. Beberapa cahaya ini berkilauan secara berpijar; cahaya yang lain pula kini terus sama dan merata, tetapi masih merupakan LEB pendarkilau dunia khayalan yang bersinar pada diri kita daripada komputer mahupun skrin telefon pintar. Ia bermula dengan Bangunan-bangunan Empire State dan Chrysler yang memberi kuasa kepada pancaran perayaan mereka setiap waktu malam. Lagipun, apakah cara yang lebih baik untuk menyinari puncak menara Art Deco?
Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8174151-bond-no-9-latest-eau-de-parfum-new-york-nights/
Mengapa memilih pelangi dengan cahaya yang meliuk lentok ini? Jawapannya mudah: Kami, warga New York bekerja keras pada waktu siang. Kemudian, untuk mengganjari diri sendiri, kami meraikan sepuas-puasnya pada waktu malam. Jadi, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila pencakar langit ikonik menghiasi bandar yang tidak pernah tidur ini memutuskan untuk turut serta dan berdandan dengan pilihan warna yang paling terang, memantulkan langit waktu malam dengan kerancakan warna.
Pemandangan latar langit pada sebelah malam ini menjadi inspirasi New York Nights, eau de parfum, yang menyusupi udara dengan kegirangan yang serupa. Female urban gourmand berspektrum luas, ia merakamkan cahaya beralun-alun pemandangan latar langit sebelah malam dengan sempurna. Haruman utamanya ialah wangian romantis serta haruman bunga-bungaan yang tidak berselindung--bunga melur dan bunga Cina. Seterusnya ialah haruman mesra yang memikat hati—nilam dan gaharu, dirancakkan dengan asas wangian campuran marin haruman bunga-bungaan yang segar. Haruman asas berpanjangan menjadi perancaknya: kopi yang diadun dengan karamel, merancakkan degupan jantung dan memeriahkan malam New York. Aroma ini disusun dengan begitu indah yang meninggalkan wangian menarik bungaan berkrim ringan bak angin bayu yang diluar jangkaan beberapa minit selepas semburan.
Kedua-dua sisi botol New York Nights memaparkan adaptasi bergaya bandar ini pada waktu malam. Berlatarkan warna biru diraja yang berkilauan waktu lewat malam.
New York Nights membuat penampilan sulung pada 15 September 2017.
Harga: 100ml: $375, 50ml: $260