Liputan sektor luaran Wi-Fi 30° baharu sokong penggunaan di kawasan sempit atau kluster berkapasiti tinggi
ROLLING MEADOWS, Illinois, 20 September 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks hari ini mengumumkan penambahan terbaru kepada keluarga titik capaian luaran cnPilot™: cnPilot e502S Outdoor – Titik Capaian (AP) Luaran 802.11ac. Memenuhi keperluan liputan dan kepadatan unik aplikasi ketersambungan luaran, e502S beroperasi pada jalur 2.4 GHz dan 5 GHz dan menyediakan liputan yang optimum dalam tempat sempit dan pengasingan bunyi dengan pancaran liputan 30o. Antena gandaan tinggi yang bersepadu bukan sahaja memberikan ketersambungan ke stesen yang terletak pada jarak yang jauh tetapi turut meningkatkan prestasi dalam persekitaran yang bising. Jejak kecil dengan antena bersepadu bersama-sama dengan liputan sempit dan gandaan tinggi menjadikannya sangat sesuai digunakan di tiang jalan di tempat lampu dan tanda jalan diletakkan. Modul e502S juga boleh ditempatkan bersama dalam kluster sektor-sektor untuk memenuhi permintaan orang ramai di kawasan yang padat seperti di stadium sukan, konsert, acara khas, dan kawasan awam lain yang mempunyai kepadatan pengguna yang tinggi. E502S melengkapi liputan 120o yang disediakan oleh e501S dan liputan 360o semua arah e500, menyediakan satu set lengkap penyelesaian liputan Wi-Fi luaran.
Wi-Fi luaran siri e500 termasuk port tambahan yang menyediakan kuasa ke atas Ethernet keluaran dan ketersambungan data yang membolehkan beberapa pilihan penggunaan. Pengendali rangkaian sering memasangkan kamera CCTV pada port tambahan untuk meningkatkan keselamatan dan sekuriti. Sekiranya e500 digunakan di kawasan terpencil, pengendali rangkaian boleh menggunakan penyelesaian rangkaian tanpa wayar titik-ke-titik atau titik-ke-berbilang titik Cambium Networks bagi penyediaan angkut balik bersepadu menggunakan port tambahan.
Seperti semua titik capaian cnPilot, e502S yang baharu ini diuruskan oleh sistem pengurusan cnMaestro™ Cambium, yang menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pengawalan, terdapat dalam konfigurasi awan dan di premis. cnMaestro juga termasuk konfigurasi yang dioptimumkan untuk Pembekal Khidmat Pengurusan (MSP) yang membolehkan MSP untuk mengurus rangkaian peribadi dengan teliti dalam satu platform pengurusan tunggal - memberikan kecekapan dan kawalan pengendalian.
Penyelesaian cnPilot dan cnMaestro sudah terbukti di lapangan dan memenuhi piawaian tinggi sistem integrasi yang mencabar. "Wi-Fi ialah lapisan akses di mana kebanyakan interaksi berlaku. Kami menggunakan penyelesaian tertutup dan luaran cnPilot™ Cambium Networks dalam banyak penggunaan utama," kata Bruce McGregor, Pengurus Besar, Southern Rework. "Kami memilih untuk mengesyorkan modul tertutup Wi-Fi perusahaan E400 cnPilot dan modul luaran Wi-Fi perusahaan E500, dengan rangkaian pengagihan ePMP™, dikendalikan oleh sistem pengurusan cnMaestro™. "Pakej teknologi ini terbukti andal dan berkesan kos, dan kini digunakan oleh pelanggan perniagaan dan perindustrian di lebih 50 laman sesawang di Kawasan Pinggir Laut Timur Australia."
"Dengan penambahan e502S, Cambium Networks menawarkan lebih banyak pilihan bagi titik capaian luaran berbanding sebelum ini," kata Vibhu Vivek, Naib Presiden Kanan Produk di Cambium Networks. "Dengan AP luaran siri e500 kami dan AP tertutup e410 dan e600 kami, pengendali rangkaian kini boleh menemui semua pilihan yang diperlukan di bawah satu bumbung untuk menggunakan rangkaian perusahaan canggih tinggi prestasi dan pada masa yang sama mampu milik, yang dikendalikan awan dengan lancar."
cnPilot e502S boleh didapati untuk tempahan sekarang. Sila hubungi penjual Cambium Networks untuk maklumat lanjut.
Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubung – Orang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks memungkinkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai lebih tujuh lima juta radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual penyelsaiannya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.
Hubungan Media:
Sara Black
1-213-618-1501
sara@bospar.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg