omniture

Raffles City Hangzhou: Mempertingkatkan Kualiti Hidup Melalui Reka Bentuk

UNStudio
2017-09-21 16:56 743

AMSTERDAM, 21 September 2017 /PRNewswire/ -- Raffles City Hangzhou, hab mampan dua menara yang direka oleh Ben van Berkel / UNStudio, telah siap. Pembangunan Raffles City kelapan oleh CapitaLand di China, menjadi mercu tanda utama di sepanjang paksi hijau CBD (pusat daerah perniagaan) baharu Hangzhou, dan titik fokus untuk tempat kediaman, bekerja serta aktiviti santai.

generated by system

generated by system

generated by system

Terletak 50 minit dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi dari Shanghai, Hangzhou telah menjadi kuasa ekonomi di China hari ini, didorong oleh sektor teknologi yang berkembang pesat. Bagi sebuah bandar yang bercita-cita besar untuk mencapai kemampanan, ekonomi dan kualiti hidup, UNStudio mengajukan soalan ini: Bagaimanakah satu program yang padat dan bersepadu dapat merangsang kehidupan yang mampan dan mempertingkatkan kualiti hidup?

Di seluruh bangunan, program gabungan saling berkait dalam satu pergerakan lancar. Aliran yang saling berkait ini bermula dari podium bersaiz 116,000m2 di dasar menara. Disusunkan sebagai dua angka lapan bersilang, podium menampung rangkaian fungsi pelbagai guna yang luas. Berkedudukan di pusat membeli belah yang kukuh, atrium yang hebat merupakan tumpuan organisasi dan visual dalaman, yang disambungkan dengan selusur buluh bercorak. Di tingkat atas, kedua-dua menara menyediakan ruang pejabat, SOHO dan pangsapuri Strata serta hotel Conrad. Ia menyediakan orang ramai dengan persekitaran sosial yang sihat dan bersepadu, sambil memastikan bahawa program aktif 24/7.

Dikemasi dengan jubin aluminium berupa kulit bersisik yang berkilauan, menara ini memaparkan sirip lindungan suria menegak, yang mempunyai lapisan luar berputar, diletakkan di atas sistem dinding tirai. Menyerlahkan pilin menara yang berciri unik, sirip itu juga bertindak sebagai bingkai bagi pemandangan dalaman. Menggambarkan aliran sungai Qiantang, ciri reka bentuk menara menampilkan aliran berupa ombak. Ombak sepusat ini meningkat dalam kedinamikannya, bermula dengan tenang di dasar dan semakin meningkat dengan lebih bertenaga sepanjang paksi menegak. Cenderung ke arah sungai dan paksi hijau, kontraposto pilin menara istimewa kelihatan bernyawa.

Menangani kemampanan, Raffles City menyepadukan strategi penting untuk mencapai pensijilan LEED Emas. Bukan sahaja bahan bangunan yang efisien serta struktur bangunan sejajar antara satu sama lain, malah penggunaan pengudaraan semula jadi, perolehan kuasa suria dan prinsip-prinsip pencahayaan semula jadi yang disesuaikan dengan konteks setempat, mengurangkan keperluan tenaga dan bahan bangunan. Raffles City Hangzhou adalah pusat membeli-belah pertama di China yang menggunakan pengudaraan semula jadi dalam skala besar. Selain itu, orientasi timur-barat menara meminimumkan kegelapan sambil memaksimumkan cahaya semula jadi untuk kediaman dan pejabat.

http://www.unstudio.com

 

Source: UNStudio
Related Links:
Keywords: Construction/Building Corporate Expansion