omniture

YOTEL Umum Perkongsian Strategik $250 Juta dengan Starwood Capital Group

YOTEL
2017-09-26 15:00 522

LONDON dan MIAMI, 26 September 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, YOTEL mengumumkan bahawa dana tergabung dengan Starwood Capital Group ("Starwood"), sebuah firma pelaburan persendirian global yang terkemuka, komited untuk membuat pelaburan strategik sebanyak $250 juta dalam YOTEL, termasuk memperoleh 30 peratus pegangan dalam syarikat dan melabur dalam pemerolehan hartanah bagi penukaran dan pembangunan hotel baharu dan hartanah diguna semula secara adaptif tatkala YOTEL memperluas kehadiran antarabangsanya.

Pelaburan dan perkongsian berterusan Starwood dengan YOTEL akan terus menggalakkan usaha peluasan YOTEL yang pesat di seluruh dunia, dengan tumpuan khusus pada Eropah, Amerika Utara dan Asia. Ia juga akan membantu YOTEL mengukuhkan identiti jenamanya, berkembang secara keluasan geografi dan meningkatkan pengalaman tetamu YOTEL yang inovatif. Starwood telahpun memperoleh kawasan-kawasan pusat bandar di Edinburgh, Glasgow dan Amsterdam yang dijangka akan membuka cawangan YOTEL menjelang tahun 2019.

"Perkongsian dan pelaburan strategik ini menekankan minat dan komitmen Starwood yang telah lama wujud untuk melabur dalam platform hospitaliti yang inovatif. YOTEL merupakan jenama menarik yang menumpu pada teknologi, reka bentuk pintar dan pengalaman tetamu yang berbeza pada harga berpatutan, yang merupakan strategi tepat di tengah-tengah gelombang disrupsi digital masa kini," kata Barry Sternlicht, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starwood Capital Group. "YOTEL mendapat tarikan global dan boleh berkembang dengan mudah menerusi usaha pemerolehan dan pembangunan strategik yang utama di lokasi pusat bandar dan lapangan terbang yang menjadi rebutan."

Cody Bradshaw, Pengarah Urusan, Ketua Hotel Eropah di Starwood Capital Group dan Sarah Broughton, Naib Presiden Kanan, Starwood Capital Group akan menyertai lembaga pengarah YOTEL, berserta wakil-wakil bagi pihak pemegang saham utama syarikat termasuk Jassim Al Bahar Group, IFA Hotels & Resorts, United Investment Portugal dan Aqarat yang bersama-sama memiliki 65% pegangan dalam syarikat.

Talal Al Bahar, Pengerusi YOTEL dan ketua pelabur berkata, "Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelabur institusi baharu dalam YOTEL bersama-sama pihak pemegang saham sedia ada kami. Pelaburan oleh Starwood Capital Group mengesahkan strategi syarikat, memberikan kekuatan dan kestabilan pada peringkat perkembangan yang kritikal dan membuka peluang baharu untuk YOTEL bagi menjadi jenama hotel mewah berpatutan yang terkemuka."

Hubert Viriot, Ketua Pegawai Eksekutif YOTEL mengulas, "YOTEL berkembang pesat dengan 15 hotel kini berada pada pelbagai peringkat pembangunan. Kami berharap dapat memanfaatkan pelaburan, reka bentuk, kepakaran operasi dan teknologi Starwood bagi memperluas platform kami, menarik bakat dan menembusi pasaran tambahan, di samping terus bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi sedia ada kami dan memupuk hubungan baharu tatkala kami membawa jenama kami ke peringkat seterusnya."

Perkongsian dengan Starwood Capital Group dilaksanakan ketika YOTEL menyambut ulang tahunnya yang ke-10, iaitu tahun dengan kejayaan pertumbuhan signifikan termasuk pembukaan YOTEL Boston dan YOTEL San Francisco di Amerika Utara serta YOTEL Singapore, yang bakal dibuka pada 1 Oktober dan akan menjadi hotel pertama YOTEL di Asia.

Bank of America Merrill Lynch menasihati YOTEL berhubung transaksi ini.

Latar Belakang Starwood Capital Group 

Starwood Capital Group ialah firma pelaburan alternatif persendirian dengan memberi tumpuan utama terhadap hartanah global, infrastruktur tenaga dan minyak & gas. Firma tersebut dan rakan-rakan sekutunya mengendalikan 10 pejabat dalam empat negara seluruh dunia, dan kini menggaji lebih 3,400 kakitangan. Starwood Capital Group telah mengumpul lebih $42 bilion modal ekuiti sejak ditubuhkan pada tahun 1991, dan kini mengurus lebih $54 bilion aset. Firma ini melabur dalam hampir setiap kategori hartanah di peringkat global, mengalihkan kelas aset, geografi dan kedudukan dalam timbunan modal secara oportunistik, oleh kerana ia berpendapat dinamik risiko/ganjaran akan berkembang. Sejak 26 tahun lalu, Starwood Capital Group dan rakan-rakan sekutunya berjaya melaksanakan strategi pelaburan yang melibatkan pembangunan perusahaan dalam pasaran persendirian dan awam. Maklumat tambahan boleh ditemui di starwoodcapital.com.

Latar Belakang YOTEL 

Diilhamkan oleh perjalanan kelas pertama dan reka bentuk tanpa kompromi yang mengutamakan tetamu, YOTEL menggunakan elemen penting dalam hotel mewah bagi menghasilkan ruang yang lebih kecil dan pintar serta membawakan aspek kemasyarakatan dengan ruang-ruang untuk bekerja bersama, perjumpaan sosial dan senaman. Kabin Premium menyediakan SmartBed™ boleh laras kemegahan YOTEL dengan pancuran mandian hujan monsun yang menyegarkan serta Technowall dengan fungsi pencahayaan boleh laras mengikut suasana, berserta TV pintar, berbilang titik kuasa dan kemudahan ketersambungan yang mudah.

Untuk melihat evolusi YOTEL layari: http://www.yotel.com/evolution

YOTEL ditubuhkan oleh pengasas YO! Simon Woodroffe OBE, yang mengilhamkan perjalanan kelas pertama, mengubah elemen perjalanan syarikat penerbangan mewah kepada kabin yang kecil tetapi mewah (http://www.yo.co.uk).

Hubungi: yotel@kwittken.com 

Source: YOTEL
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion Licensing/marketing agreements